Aries melangkah masuk ke dalam rumah agam Tengku Farid. Sunyi dan sedikit gelap rumah itu. Sudah lah malam, tambahlah gelap.Aries mengatur langkah ke arah tangga. Namun niatnya terbantut saat mendengar suara seorang lelaki sedang bercakap. Dek perasaan ingin tahu, Aries ke arah ruang tamu.
Tiang menjadi tempat persembunyiannya untuk mencuri dengar perbualan Tengku Farid dan Puan Marsya.
" Tolonglah abang. Kita berhenti seksa fizikal dan mental Aries. Dia anak kita juga abang," permintaan Puan Marsya buat Aries hairan. Kenapa sanggup wanita itu memohon untuknya?
" Sejak bila awak pandai kesiankan budak malang tu? "
" Kenapa pula kita kena berhenti? Lagipun, dia bukan anak kita. Dia cuma anak angkat. Faham? Anak, angkat! Lainlah kalau dia tu anak kandung kita," ujaran Tengku Farid buatkan Aries terpempan di tempatnya. Apa yang dia dengar tadi? Aries.. tak salah dengar kan?
" Abang dah call dia. Malam ni juga kita bagitahu semuanya pada dia," tekad Tengku Farid.
" Tapi, abang.. "
Aries tak sanggup mendengar selanjutnya, dia terus menaiki anak tangga lalu laju kakinya ke arah bilik kerja Tengku Farid. Sesak rasa dadanga saat mengingati semula kata-kata Tengku Farid tadi.
Sesampainya dia, Aries menyelongkar setiap laci di dalam bilik kerja tersebut. Dia pasti, bukti bahawa dia anak angkat Tengku Farid dan Puan Marsya ada di dalam bilik kerja ini. Aries perlukan bukti untuk memercayai semuanya.
Tangannya terus menyambar fail biru pekat yang sesuai dengan cariannya. Aries menekup mulut tidak percaya selepas membaca kesemuanya.
" Allah," perlahan sahaja Aries mengucapkan sebaris kalimat suci itu.
" Tengku Aries Axier! What are you doing?! " memetir suara Tengku Farid menyoal. Terkejut juga dia apabila melihat Aries di dalam bilik kerjanya.
" P.. pa. Is this right? I'm not.. your son? " dihiraukan sahaja amarah Tengku Farid. Dia hanya inginkan kebenaran. Dari mulut papa sendiri!
Tengku Farid membatu. Puan Marsya yang turut berada di sebelah suaminya memandang sayu Aries Axier.
" Aries sayang. Mama boleh jelaskan. Kita bincang ya sayang? " lembut nada Puan Marsya. Aries terkejut. Inilah yang dia inginkan dari mama, tapi.. sekarang.. tiada perasaan gembira muncul. Dia rasakan semua yang dikatakan Puan Marsya ialah penipuan semata-mata.
" S.. sebab ini ke.. papa dan mama.. benci sangat Aries? Sebab ni ke papa dan mama suka pukul Aries? " bergetar suara Aries menyoal.
" Betul. Betullah tu. Aku benci kau sebab kau tak sama taraf dengan aku! Kau tu cuma anak gelandangan yang orang bagi dekat aku untuk jaga. Kau cuma anak angkat. Anak angkat! Tak berharga pun," ujar Tengku Farid tanpa nada.
" Jadi, kalau kau nak pergi mati sekalipun, pergilah. Aku tak kisah," Aries hela nafas kesat. Sesak sangat dadanya sekarang.
" Kalau mak aku tak kesiankan kau ni, tak adanua aku ambil kau sebagai anak aku! Tak hingin lah! Dah lah jijik, kotor! Lagi kotor lagi najis! Pergi mampus jelah! " Aries ketap rahangnya kuat. Sedih, kecewa dan marah. Bercampur baur.
" Abang. Stop it. Aries. Mama tetap sayang Aries walaupun Aries bukan anak mama. Aries anak mama," Aries memandang pula Puan Marsya.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...