𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 22

91 4 0
                                    


      Aries Axier membelai lembut kepala sang burung yang berada di tangannya. Berat hatinya ingin melepaskan sang burung yang sudah diberi nama White itu.

    Tapi apakan daya? White mempunyai hak untuk terbang bebas di udara bersama kelompoknya. Lagipula, sayap White sudah pulih dan boleh kembali terbang dengan sedia kala.

    " Hey White. Take care ok? " bibirnya melekap sesaat pada kepala kecil White sebelum Aries melagakan kepalanya dengan sang burung.

    Aries kembali memandang White yang sedang menyengetkan kepalanya sambil memandang Aries.

   " I will miss you little buddy," senyuman kecil dilakarkan di bibirnya.

    " Thanks for the sweet memories. I will never forget you,"

    " Bye bye White! Until we meet again. Ti amo, White! " [ Saya sayangkan awak ] kornea mata memandang pemergian White yang sudahpun terbang di udara pagi yang indah tersebut.

     " Kenapa kau lepaskan dia sedangkan kau sendiri sayangkan dia? " suara Noah menyapa.

   Aries memandang Noah sambil tersenyum.
  " Sebab White pun nakkan kebebasan. Kalau aku kurung dia dalam rumah ni, how about him? He will be upset, right? White tak boleh jumpa keluarga dia. Mesti dia akan rasa sedih. Aku taknak dia rasa sedih," terang Aries panjang lebar. Noah mendecit geram.

     " Jangan jadi terlalu baik Aries. I'm warning you,"

      Aries hiraukan Noah. Dia berjalan melintasi Noah dan mengambil Ginger yang sedang duduk sambil memandangnya. Sebaik sahaja berada di dalam dakapan Aries, terus Ginger menyandarkan badannya pada dada bidang Aries.

      " Aries," panggil Noah. Aries berpaling ke belakang sambil menjungkit sebelah kening.

    " Ikut aku," arah Noah tegas sambil berjalan meninggalkan Aries. Aries memandang sepi belakang badan Noah sebelum dia meletakkan Ginger di atas sofa lalu mengikuti langkah Noah.

    Aries berhenti seketika apabila Noah berjalan menembusi pintu bilik Zayyan.

    " Cepatlah! " jerit Noah kuat. Aries mendengus kasar sebelum dia masuk secara berhati-hati ke dalam bilik Zayyan.

       Mujur sahaja yang lain tiada di rumah sekarang. Mereka ada di company dan ada juga berada di markas. Tinggal Aries dan Noah sahaja di rumah. Dan juga.. si bulus, Ginger!
 
       Aries mendekati Noah yang sedang menghadap dinding. Kosong iris Aries memandang gambar-gambar yang tergantung di dinding tersebut.

     " Kenapa kau bawa aku masuk dalam bilik Yan? Kalau diorang balik nanti macam mana? " soal Aries kepada Noah. Noah menggeleng perlahan. Menjamin Black Dragon's tak akan pulang dalam masa terdekat. Dia kenal Black Dragon's.

      " Gambar-gambar ni berkaitan dengan keluarga sebenar kau," Aries tatap Noah sekilas sebelum dia kembali merenung gambar-gambar keluarga kecil Zayyan.

      Di dalam satu gambar, terlihat seorang lelaki yang sepertinya seorang bapa, seorang ibu. Ada juga kelibat seorang teruna yang masih bersekolah, seorang gadis yang juga sekolah menengah dan.. seorang budak lelaki yang tersenyum gembira di dalam gambar tersebut.

      Melihat gambaran kanak-kanak lelaki itu, kepala Aries berdenyut hebat.

      ' Tadaa! Aiskrim untuk Aries! '

      ' Yay! Terima kasih ibu! '

     Aries memejam matanya apabila suarang asing itu muncul di dalam kotak ingatan Aries. Secara tiba-tiba.

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now