Siap sahaja Harith Karl memeriksa keadaan sahabatnya itu, dia melabuhkan punggung di sofa kosong yang terletak di penjuru ruangan itu.Kini, Black Dragon's sudah lengkap di situ. Bersama dengan Aurora Freyya.
" Kita kena cari Tengku Aries dahulu. First, cari tempat tinggal dia. Make him as our friends " mereka memandang Kasyaf yang sedang mengatur rancangan.
" Plan kau tak ubah macam nak pergunakan dia " tegas nada Zayyan. Membantah rancangan Kasyaf.
" Kita terpaksa. Kalau kau nak cari adik kau cepat, just follow the plan " bidas Kasyaf, tenang.
Zayyan terdiam. Dia memandang Aurora di sisi. Aurora mengangguk perlahan. Menandakan bahawa menyuruh Zayyan bersetuju sahaja dengan rancangan Kasyaf.
" Aku ada sikit maklumat tentang dia " kini semua orang menumpukan perhatian kepada Luthfan Zander.
Luthfan melempar satu fail berwarna hitam ke atas katil hospital yang diduduki Zayyan. Zayyan laju menyelak fail tersebut. Aurora di sebelah turut melihat maklumat di dalam fail tersebut.
Dalam fail itu hanya ada maklumat biasa. Maklumat peribadi Tengku Aries dan apa kegiatannya kebelakangan ini. Tak ada apa yang menarik pun tentang kegiatan jejaka hazel itu.
" Dia tinggal dekat kawasan perumahan elit D'Sir. Tak silap aku, dia duduk dengan kawan dia, Hayan Davier. Tak silap aku, Hayan Davier ni bekerja sebagai doktor. Baru setahun. Di mana tempat dia bekerja, aku tak dapat cari " jelas Luthfan panjang lebar.
" Hayan.. Davier? " gumam Harith Karl sendirian. Dia macam pernah dengar nama tu. Itu bukan ke...
KTAK
" Err.. maaf? Saya mengganggu? Saya cuma nak hantarkan ubat dekat encik Zayyan " suara jejaka yang berpakaian doktor itu kedengaran. Pelik dia apabila semua di dalam bilik itu bertindak merenungnya.
" Doktor Hayan! " Harith bangun dari sofa lalu bergerak merangkul bahu doktor muda yang bernama Hayan Davier itu.
" Err.. doktor Karl " teragak-agak Hayan membalas.
" Kebetulan pula kitorang cari kau! Sini sini! Masuk. Kita bincang elok-elok " biasa nada Harith namun menggerunkan Hayan. Seperti ada udang disebalik batu!
" Ok guys! Inilah doktor yang Luth cakap tadi. Hayan Davier. Dia kerja dekat sini. Allah permudahkan kerja kita! " kata Harirh Karl.
Dulang didalam pegangan Hayan diambil lalu diletakkan di atas meja kecil katil Zayyan. Zayyan buat muka jengkel tika ubat-ubatan berada dekat dengannya. Perlahan tangan menolak dulang itu agar menjauh darinya.
" Ada apa ni? " soal Hayan sambil memandang Harith, rakan sekerjanya.
" Kitorang nak tanya dan minta tolong kau sikit. Boleh kan? " Harith memulakan perbualan. Hayan perlahan-lahan mengangguk.
" Kau kenal Tengku Aries Axier? " soal Kasyaf mendatar.
Hayan memandang mereka satu persatu. Suspicious. Kenapa mereka tanya tentang Aries?
" Kenal. Dia kawan aku. Kitorang duduk serumah. Kenapa? " tanya Hayan.
" So.. kau ni kawan rapat dia lah kan? " Hayan angguk kecil.
" Straight to the point! Kau kena bawa kitorang jumpa dia " ujar Hud Izzat pula.
" Hah? Kenapa pula? " tanya Hayan. Kalau main setuju je, takut mereka ni ada niat jahat je.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Acción( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...