Aurora mengetuk pintu bilik adik bongsunya. Dulang yang berisi sarapan pagi untuk sang adik diperbetulkan apabila ianya seperti mahu tergelincir dari tangan. Nanti jatuh, naya je kena kemas." Aries. Kakak masuk ya? " pinta Aurora. Tangan memegang tombol pintu sebelum dia memulas tombol tersebut. Pintu terbuka. Aurora masuk ke dalam. Sebelum mencari kelibat Aries, dia menutup semula pintu. Dulang makanan diletakkan di atas meja belajar Aries.
Aurora mendekati Aries yang sudah terlena di atas lantai. Aurora duduk bersimpuh sebelum mengangkat kepala Aries untuk berbantalkan pahanya. Nanti tak berbantal sakit tengkuk.
Kemudian, tangan perlahan-lahan mengusap kepala Aries.
"Aries.. bangun? Sarapan. Semalaman Aries tak makan apa-apa," Aurora risau akan adiknya. Semalam, Aries langsung tak menjamah apa-apa. Jejaka itu hanya terperap di dalam bilik. Itu yang membuatkan Aurora sering datang ke Mansion. Semata-mata untuk melihat keadaan Aries. Nak diharapkan Zayyan? Zayyan kerja. Menyusabkan pula kalau nak ulang alik dari syarikat ke rumah semata-mata nak tengok Aries.
Aries.. kecewa teruk selepas mendapati bahawa Tengku Farid ialah H. Ianya memberi impak besar kepada Aries. Walaupun Tengku Farid tidak pernah melayan baik Aries, Aries tak pernah sekalipun membencinya. Malah, langsung tidak timbul perasaan benci terhadap lelaki berumur tersebut. Kerana apa? Kerana Aries sayangkan Tengku Farid. Aries sayang lelaki yang bergelar papanya itu. Tengku Farid menjaga Aries, memberi makan Aries, beri tempat tinggal yang baik untuk Aries, itupun sudah cukup bagi Aries untuk mengetahui bahawa Tengku Farid.. masih ada perasaan sayang terhadapnya.
" Papa nak bunuh Aries malam tu," Aurora membatu saat mendengar suara serak Aries. Baru bangun. Aurora tahu, dia tahu Tengku Farid sebenarnya ingin membunuh Aries malam itu. Namun disebabkan satu kesilapan, nyawa abah menjadi galang gantinya.
" Papa benci Aries dari kecil. Sebab tu papa sanggup bunuh Aries," sambung suara itu lagi.
" Tak. Papa yang dengki dengan abah kita. Dia nak abah menderita dengan kehilangan Aries tapi, disebabkan abah tahu rancangan papa, nyawa abah yang melayang," terang Aurora. Dahulu, Tuan Luqman dan Tengku Farid merupakan sahabat baik dari kecil. Namun, disebabkan harta, semuanya berubah. Tengku Farid benci melihat kebahagiaan dan kekayaan Tuan Luqman. Jadi, Tengku Faris ingin memusnahkan kebahagiaan tersebut. Namun, semuanya tidak mengikur rancangan apabila Tuan Luqman terlebih dahulu mengetahui rancangan jahat bekas sahabat baiknya itu.
Semua maklumat itu mereka dapat daripada pihak polis. Pihak polis pula mendapat maklumat tersebut daripada keterangan Tengku Farid yang akhirnya memberitahu semuanya. Kini, Tengku Farid akan dijatuhkan hukuman mati.
" Patutlah.. papa benci Aries. Papa benci Aries sebab gagal bunuh Aries dulu. Kalau Aries mati, mesti abah masih hidup sekarang," kata Aries sebelum mengetap bibir.
" Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah. Kita tak boleh salahkan sesiapa. Kita kena reda. Jangan asyik salahkan diri Aries atas kematian abah. Abah tak tenang dekat sana nanti, sayang," pesan Aurora.
" Aries tak pernah putus asa untuk dapat kasih sayang papa. Aries sanggup kena maki, kena pukul dengan papa asalkan papa bahagia. Tapi, bila dah jadi macam ni.. baru Aries sedar yang Aries tak layak dapat kasih sayang papa. Papa benci Aries dan.. papa takkan pernah sayangkan Aries,"
" Aries pun nak rasa semula kasih sayang ibu bapa. Tapi, ibu dengan abah dah tak ada. Mama dengan papa benci Aries," bergenang air mata Aurora tika mendengar luahan Aries. Peritnya Ya Allah menjadi seorang Aries Axier.
" Mujurlah Allah masih berikan kakak dan abang yang penyayang untuk Aries. Jadi, janji ya kakak? Jangan tinggalkan Aries? Aries nak kakak dengan abang sayang Aries sampai bila-bila. Sampai Aries mati," kata Aries. Matanya dengan mata hazel Aurora bertembung. Aries tersenyum kecil. Aurora mengesat air matanya kasar sebelum mengangguk laju.
" In Sya Allah sayang. Kakak dengan abang takkan tinggalkan Aries. Kami akan sayang Aries sampai bila-bila. Sampai kami mati nanti,"
Zayyan menjauh daripada pintu bilik Aries selepas perbualan kedua-dua adiknya berakhir. Air mata yang mengalir tadi disela perlahan. Niatnya untuk menjenguk Aries, namun terhenti apabila mendengar luahan Aries tadi.
Pilu hati lelakinya mendengar segala luahan sang adik. Betapa tabahnya Aries menghadapi segala ujian berat yang menimpa.
" Abang janji akan sayang Aries dan Aurora sampai bila-bila. You are my soul, you are my strength. My brother and sister are my sunshine. Forever,"
TO BE CONTINUED..𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...