Aries Axier masuk ke perkarangan The Mansion. Selesai memarkirkan kereta di tempat parkir, Aries bergerak masuk ke dalam rumah agam tersebut.Langkah kemudiannya ditala ke arah tangga.
Namun, belum sempat kaki menaiki satu anak tangga, kepalanya tiba-tiba sahaja dibaling dengan pasu bunga. Aries menunduk sambil memejamkan mata.
Terasa darah mengalir di belakang kepalanya.
" Nice son! " Aries menoleh saat mendengar suara Tengku Farid.
Aries memandang abang sulungnya yang memandang tajam terhadapnya. Agaknya lelaki itulah yang membaling pasu bunga itu tadi.
" Abang dah kenapa?! " bengang Aries dibuatnya.
Tengku Adam Firdaus melakar senyuman sinis kepada adik bongsunya.
" Saja. Nak test ketepatan aku " sinis Tengku Adam.
" Apa pula salah Ries kali ni? " lemah Aries menyoal. Sungguh dia penat hidup dalam keluarga ini.
" Salah kau? Kau yang ambil duit aku dalam bank kan? " Aries memandang Adam.
" Bila masa abang? Ries tak pernah sekali pun ambil duit abang " Aries membela diri.
" Jangan percaya abang! Mirsya nampak dia ambil duit abang dekat bank semalam! " Tengku Adrelin Mirsya pula semakin mengeruhkan keadaan.
" Haih. Aries, Aries. Kuat menipu juga ya kau ni? Siapa ajar kau?! " terhinjut bahu Aries apabila dia dijerkah ibunya, Puan Marsya Adlina.
" Sumpah.. demi Allah abang, Aries tak ambil duit abang! Entah entah kakak yang ambil! " kata Aries berani sambil memandang wajah cuak Tengku Adrelin Mirsya.
" K... Kau jangan nak menuduh aku Aries! " tengking Adrelin kuat.
" Kalau dah buat tu mengaku jelah! Apa yang susah sangat?! " jerkah Puan Marsya lagi.
" Mama.. Ries tak buat! "
Berombak dada Puan Marsya. Baginya Aries sedang menipu!
" Kau ni memang nak kena diajar dengan aku ni! Mari sini! Sini!! " Puan Marsya menarik kuat pergelangan tangan Aries.
" Mama! Tak nak! Sakit!! Hisk " namun segala rayuan Aries dihirau Puan Marsya.
Disebatnya seluruh tubuh Aries dengan menggunakan tali pinggang suaminya di ruangan dapur itu.
" S... Sakit ma! "
" Diam! Inilah balasannya bila kau berani menipu aku! "
" Kau berani buat lagi, memang lagi teruk aku kerjakan! " semakin lama semakin kuat sebatan yang dilakukan Puan Marsya.
Manakala Tengku Farid, Tengku Adam dan Tengku Adrelin hanya melihat di luar dapur dengan muka tak berperasaan. Puas melihat Aries, mereka bertiga kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
Tak berhati perut,
Kejam,
Manusia bertopengkan syaitan.
Itulah mereka. Itulah ahli keluarga Tengku Farid. Berlagak baik di hadapan orang, namun, di belakang, hanya mereka sendiri yang tahu betapa kejamnya mereka.
ZAYYAN dan Aurora berhenti di pintu pagar Tengku Mansion. Tingkap dibuka untuk bercakap dengan pengawal yang berkawal di pintu pagar.
" Iya? Datang sini ada urusan apa? " soal seorang pengawal yang memakai cermin mata.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...