Kereta elok diparkir di tempat letak kereta markas BD. Mereka bertiga terpaksa ke sini bersama-sama kerana menerima panggilan daripada Kasyaf. Katanya, dia meminta ketiga-tiga mereka hadir bersama di markas.Zayyan dan Aurora telah masuk ke dalam terlebih dahulu. Meninggalkan Aries yang jalan terkedek-kedek kerana kakinya yang terseliuh masih belum sembuh. Ada abang dan kakaknya menawarkan untuk membantunya tetapi Aries menolak dan menyuruh mereka berdua masuk terlebih dahulu.
Takut-takut Kasyaf marah kerana mereka lambat disebabkan dia seorang.
" Kau ni. Dah macam penguin aku tengok tahu," Aries menjeling Noah tajam. Dari tadi Noah memerhati Aries dari muka pintu Meeting Room.
" Senyaplah. Bukannya tolong pun," cebik Aries. Noah menjulingkan mata ke atas. Tadi orang nak tolong tak bagi, astu salahkan dia yang dah tak hidup ni.
" Eh kau ni! Sepak kang! Tadi orang nak tolong bukan main kau cakap tak payah. Ei! " Noah mengangkat tangannya gaya ingin memukul Aries. Aries mencebik bibir. Kita tak nak susahkan abang dengan kakak kita je. Salah ke..
PAK!
" Kenapa perlu libatkan Noah pula?! Dia tak ada kaitan dengan semua ni lah! " jerkahan kuat seseorang menyentakkan mereka berdua yang masih berada di luar. Noah terlebih dahulu masuk ke dalam bilik tersebut dengan hanya menembusi pintu bilik mesyuarat itu.
Aries kemudiannya menyusul Noah. Pintu kembali ditutup seusai dia masuk. Melihatkan situasi tegang antara Black Dragon's membuatkan Aries tak senang duduk. Sempat dia melirik ke arah Noah yang sedang berdiri di belakang BD. Memerhati segalanya yang sedang berlaku.
" Tolong faham Luth. Kita perlukan seseorang untuk ganti tempat Phoenix. Jadi, hal ni ada kaitan dengan Noah! " lantang Kasyaf membidas Luthfan yang membantah rancangannya tadi.
" Tak ada siapa yang boleh ganti tempat dia. Semuanya tak layak! " tegas Luthfan. Suaranya berubah dingin. Jelas perwatakan ceria jejaka itu berubah menjadi jejaka dingin. Aura di sekelilingnya sangat mengerikan.
" Kalau kita masih berkeras tak gantikan seseorang untuk jadi Phoenix, BD akan musnah. Sebab Phoenix ialah orang terpenting dalam BD selain aku dan kau. We need the third leader," ujar Kasyaf tegas sambil menatap anak mata dingin Luthfan.
" Tapi, kau tak rasa ke Noah sudi orang lain ganti tempat dia? " soal Harith Karl. Wajahnya jelas menunjukkan reaksi risau.
" Kita boleh tanya di-- "
" Kasy. Kau lupa ke Noah dah mati? " bergetar suara Daniell mengatakan hakikat sebenar. Aries memandang Noah yang masih memerhati di belakang BD. Wajahnya keruh.
Kasyaf terdiam. Sungguh dia lupakan perkara itu. Terlalu berfiir sehingga terlupa perkara tersebut. Sedangkan, dia sedang merancang untuk penggantian tempat Phoenix.
Aries menatap wajah muram Noah di belakang Black Dragon's. Terdetik rasa kasihan di dalam dirinya. Selalunya, Noah ialah orang yang ceria. Namun, apa yang terjadi hari ini?
" Noah," panggil Aries perlahan. Namun, dia tahu Noah mendengar walaupun orang lain tidak dengar. Noah punya pendengaran yang luar biasa. Aries tahu itu.
Noah berpaling memandang Aries.
" Kau nak aku tolong? " soal Aries lembut. Mengharapkan jawapannya adalah ya.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...