Zayyan Hayqayl menatap kosong kertas yang dipegangnya sedari tadi. Dia gembira.. tapi pada masa yang sama.. dia takut. Zayyan takut akan reaksi Aries jikalau dia tahu kebenarannya.Maklumat di dalam kertas itu Zayyan baca semula.
Nafas dihela kasar.
" Kenapa abang tak gembira? " soal Aurora yang sedari tadi hanya memerhati kelakuan Zayyan.
" No! Abang gembira. Cuma.. abang takut dengan reaksi Ries nanti. Lepas dia tahu semua ni, dia.. tinggal dengan kita atau tak? Abang takut Ries lebih pilih untuk tinggal dengan Tengku Farid," luah Zayyan.
Aurora terdiam.
" Buat masa sekarang, kita rahsiakan dari Aries," cadang Aurora.Zayyan mengangguk setuju.
Segalanya jadi makin rumit sekarang.
KELOPAK mata dibuka perlahan-lahan. Siling putih menjadi tatapan pertama kornea mata. Saat digerakkan tubuh badan, dia mendesis sakit.
Mata kembali ditutup apabila sinaran matahari menusuk masuk ke dalam irisnya.
" Aries! " tanpa sempat Aries berkata apa, tubuhnya dipeluk oleh seseorang.
Aries tak mampu membalas. Seluruh tubuhnya rasa lemah dan tak mampu digerakkan.
" Tiga hari kau tidur," pelukan semakin dieratkan. Hayan rindu. Rindu dengan sahabatnya.
Selepas sahaja menerima panggilan dari Harith tentang Aries, terus Hayan bergegas pulang untuk menjenguk Aries. Risau sungguh hatinya saat dia dikhabarkan bahawa sahabat karibnya itu dimasukkan ke hospital.
" Kenapa kau degil Ries? Aku dah cakap.. jaga diri kau! Aku takut benda macam ni jadi. Sekarang, dah terlambat. Kau buat aku risau," berkaca mata Hayan menuturkannya. Aries lah satu-satunya sahabat yang paling dia sayang. Jika Aries tiada, maka, tiada lagilah tempat dia meluah.
" H.. Hay. Aku takut," ujar Aries tersekat-sekat.
Hayan memandang hairan si sahabat.
" Kenapa? "" Papa. N..nak aku mati. Sekarang, aku tak mati. Hiks tolong aku. Aku takut papa pukul aku lagi. S..sakit," adu Aries. Menggeletar seluruh tubuhnya apabila terbayangkan Tengku Farid memukulnya lebih teruk.
" Ries. Calm down. Aku ada dekat sini. Aku tak akan benarkan dia jumpa kau. Ok? " Aries mengangguk perlahan.
" Rest Aries," arah Hayan sambil membantu Aries berbaring semula di atas katil hospital tersebut.
Aries memejam mata rapat selepas Hayan bertindak menarik selimut Aries untuk menutupi tubuh Aries. Perlahan-lahan geletar pada seluruh badan menghilang dan akhirnya Aries lena diulit mimpi.
Hayan keluar dari wad persendirian Aries. Semasa keluar, dia bertembung dengan Aurora Freyya. Senyuman nipis dilemparkan kepada gadis muda itu.
" Nak jumpa Aries? " Aurora mengangguk.
" Aries baru je tidur balik tadi," kata Hayan serba salah.
Aurora terpaku. Bermakna, Aries sudah bangun lah kan?
" T..tak apa. Saya saja nak jenguk dia," ujar Aurora dengan senyuman. Hayan mengangguk kecil sebelum dia mengucapkan kata selamat tinggal dan beredar dari situ.
Selepas kelibat Hayan tidak kelihatan, Aurora memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam. Kaki melangkah ke arah katil yang menempatkan Aries.
Punggung dilabuhkan di kerusi pelawat sebelah katil hospital.
Wajah pucat Aries dipandang sayu. Dia kasihankan Aries. Pada masa yang sama, dia rindu.
" Ries.. i miss you. Bila awak nak ingat kami semula? Ries dah lupakan saya dan abang ke? " sebak dada Aurora.
Tangan naik menyentuh tangan Aries. Jejaka kacukan itu nampak langsung tidak terganggu dengan sentuhan Aurora.
Fikirannya langsung teringat akan satu memori indah dia. Memori yang langsung dia tak ingin lupakan.
" Hey Aries! Be careful! " kata Aurora tegas saat si adik berlari laju ke arahnya tanpa memandang sekeliling.
" Hehe " kanak-kanak kecil itu tersenyum bersalah. Dia tahu dia salah.
" You always make me worried about you bunny," keluh Aurora. Aurora hampir tergelak saat melihat wajah cemberut si adik.
" I said it! Don't call me bunny!! I'm not a bunny! " Annoying sungguh lelaki itu dengan kakaknya yang gemar memanggilnya dengan panggilan tersebut.
" Ah.. kakak tak kira. Bunny suit you! You are to cute.. sebab tu kakak nak panggil Ries bunny! Right, abang? " kedengaran bunyi dengusan dari adiknya.
" That's right. Bunny sesuai dengan Ries. Ries macam bunny! " sokong abangnya pula, Zayyan.
" Please lah abang! Why you keep supporting this girl! "
" Ergh. You know it brother. She is my little sister," Aurora tersenyum bangga mendengar balasan Zayyan. Kening dijungkit ke arah si adik.
" Ergh! Fine! Call me bunny! " adik mereka akhirnya mengalah.
Aurora tergelak kecil saat mengingati memori itu. Ketika itu, mereka sangat gembira.
" I miss you so much bunny. Tak sangka.. adik kakak ni masih hidup. One day, kakak akan balas balik semua perbuatan jahat yang mereka buat dekat Ries. Kakak janji," Aurora tekad.
Terima kasih kepada Ariq dan Ariqe. Dua beradik itu berusaha mencari maklumat tentang Aries untuk dia dan abangnya. Dan akhirnya, seperti yang mereka berdua harapkan.. Aries adalah adik kandung mereka.
Ya. Adik lelaki mereka yang disangkakan sudah meninggal dunia kerana satu tragedi sebenarnya masih hidup.
He is their little bunny.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...