𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 17

96 5 0
                                    


     KRINGG...

    Terpisat-pisat Aries membuka mata dan membuka mesej di telefonnya. Sempat dia mengerling sekilas jam di di skrin telefon. Baru pukul 1 pagi.

    Siapa yang mesej dia pagi-pagi ni?

   Kelihatan nombor Hayan yang menghantar mesej kepada Aries beberapa saat yang lalu. Terus sahaja Aries membaca mesej tersebut.

   Oi Ries.
   Aku pergi hospital kejap. Ada emergency.
  
   Itu sahaja. Aries mula menggerakkan jari jemarinya di kekunci skrin.

    Ok.

   Kemudian butang hantar ditekan. Mesej itu selamat dihantar kepada Hayan. Selepas itu, laju sahaja Aries menekan butang back kemudian menutup telefon tersebut.

   TAK!

   Belum apa-apa lagi, tajam telinga Aries menangkap bunyi misteri tersebut. Ianya seperti ada orang yang masuk. Aries memandang lama pintu biliknya sambil berfikir.

   Tak akanlah Hayan dah balik?

   Tanpa membuang masa, Aries turun dari katil lalu menapak keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup semula. Sedaya upaya dia menutup pintu itu tanpa bunyi.

    Kemudian, Aries mengatur langkah ke arah tangga. Bunyi derapan kasut dan bunyi orang menggeledah semakin kedengaran.

   " Cari sampai jumpa barang tu," suara seorang lelaki mula kedengaran. Aries memerhati lelaki itu. Agaknya, lelaki itu ialah bos.

    " Tapi bos, bos pasti ke barang tu ada dekat sini? " seorang lelaki bertopeng menyoal.

    " Buat jelah! Aku pasti. Black Dragon's mesti akan suruh kawan baru mereka simpan barang tu," ujar bos mereka.

    Aries diam. Dia langsung tak faham apa yang dibincangkan mereka. Barang? Barang apa? Barang apa yang ada dekat rumah ni sampai ada pencuri masuk?

   " Oi. Kau buat apa? Nak mencuri ke? Nak mencuri pun agak-agak ah. Cuba buat kerja tu clean sikit. Haih. Korang tak belajar ke cara mencuri dengan betul? " Aries mula memunculkan dirinya.

   Kelihatan pencuri-pencuri tersebut membatu apabila mendengar suara Aries. 

    " Agaknya, dialah Tengku Aries tu," kening Aries terjungkit sebelah apabila mereka mengenalinya.

    " Korang siapa? " soal Aries.

    " Kami? Tak perlu tahu. Tangkap dia! Jadikan dia tebusan. Mesti Black Dragon's akan bagi barang tu pada kita sebagai ganti budak ni,"

   " Baik bos," dua orang lelaki maju ke arah Aries. Namun, Aries masih statik di tempatnya. Langsung tiada rasa gentar.

    " Aku dengar kau fobia api. Kan? " Aries melihat bos mereka mengeluarkan pemetik api. Api mula kelihatan apabila lelaki itu memetiknya.

    Serta merta perasaan takut muncul di hati Aries.

    " Lari. Lari Aries! "

    BANG!

   " A.. abah. Abah!! "

   Aries berundur setapak demi setapak ke belakang. Suara itu. Dia jadi semakin takut apabila mendengar suara itu. Semakin dia melihat api, semakin ada bayangan sekelilingnya sudah terbakar dengan api marak.

    Aries berhenti berundur apabila belakang badannya bertembung dengan laci di ruang tamu. Automatik Aries membuka laci tersebut lalu tangannya menggapai benda-benda yang boleh dijadikan sebagai senjata.

   Tangannya terkaku apabila tersentuh sesuatu yang keras dan besar. Logam. Pantas tangannya mencapai 'benda' tersebut lalu dihalakan kepada dua orang lelaki yang mara ke arahnya.

   Saat melihat 'benda' itu, tangan Aries sedikit bergetar. Aries benci pada 'benda' ini.

   BANG!

   " A.. Abah. Abah! "

  Pistol. Ya. Pistol yang dipegangnya sekarang. Pistol itu berwarna putih dan mempunyai jalur berwarna kuning keemasan. Nampak elegan.

    Aries menggeleng kepalanya bagi menghilangkan suara-suara yang menakutkan dirinya itu.

    " Bos! Barang tu! " lelaki yang mara ke arah Aries tadi berpaling melihat bosnya.

    " Tak sangka barang tu ada sahaja di situ! Kenapa kau orang tak cari betul-betul! Bodoh! " Marah bos mereka dengan muka bengis.

    KAK..

   Kesemua mereka berpaling ke arah pintu apabila pintu itu dibuka dari luar. Tersembul Hayan yang baru sahaja pulang dengan wajah hairannya. Dua-dua pihak terkaku sambil memandang satu sama lain.

  " Eh? "

   " H.. Hay. T.. tolong aku. A.. aku tak.. kuat," tersekat-sekat Aries berkata tanpa memandang Hayan. Kepalanya rasa berpinar apabila melihat dua benda yang tidak disukainya itu, api dan.. pistol. Ianya membuatkan suara-suara dari mimpi ngeri Aries hadir dan menghantui Aries.

   " Tak guna. Berundur! " bos mereka mengarah sambil berlari meloloskan diri. Begitu juga anak-anak buah lelaki itu.

   Selepas keadaan sudah reda, pistol di tangan Aries terlepas jatuh ke bawah. Aries jatuh terduduk sebelum dia rebah di lantai.

   " Aries! "  Hayan laju memangku kepala Aries di atas pahanya.

   Pipi Aries ditampar berkali-kali bagi menyedarkan Aries. Namun, usahanya sia-sia sahaja. Aries sudah tidak sedarkan diri.

   " Aries. Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya simpan benda ni dekat sini. Aku tahu kau tak suka, tapi aku tetap buat. Maafkan aku Aries. Aku kawan tak guna. Bangun lah Aries," berkali-kali Hayan memohon maaf sambil dia mencari satu nombor di dalam telefonnya.

   Selepas jumpa, nombor itu ditekan lalu skrin telefon ditekapkan pada telinga.

    " Helo? Kau nak apa? " suara mamai seseorang menyapa sistem pendengaran Hayan Davier.

   " Luth. Tolong aku. Aries.. dia.. pengsan,"

   " Hah?! Macam mana boleh pengsan?! " suara mamai Luthfan tadi kini bertukar segar.

   " Er.. nantilah aku cerita! Tolong aku dulu. Rumah aku dah tak selamat. Mereka dah datang untuk ambil barang tu," terang Hayan ringkas.

   " Datang mansion. Aku bagitahu yang lain,"

  Kemudian, panggilan ditamatkan. Telefon kembali disimpan ke dalam kocek. Tubuh Aries digendongnya di belakang badan sebelum dia keluar dari rumah itu.

   Hayan perlu segera ke The Mansion. Dia perlu meminta tolong pada Black Dragon's dan menyimpan 'barang' itu ditempat lain.

  
TO BE CONTINUED..

𝒴. 𝒮𝒽𝒶

  

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now