Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Dahinya berkerut saat sinaran matahari menusuk masuk ke dalam mata. Mata kembali dikatup.Tika gegendang telinga menangkap satu suara, mata kembali dibuka. Siling putih ruangan itu dipandang penuh keliru.
Banyak persoalan yang bermain di fikiran. Dia ada di mana? Apa yang terjadi? Kenapa seluruh badannya rasa sakit dan kebas? Langsung tak boleh gerakkan.
" Yan! Kau dah bangun? " kepala dipalingkan memandang Luthfan yang menegur.
Diam Zayyan merenung Luthfan.
" Aku panggil doktor sekejap! " kemudian Luthfan berlari keluar dari wad persendirian tersebut.
Zayyan kembali menutup mata. Seluruh badannya terasa lenguh sehingga membuatkan dia rasa lemah tak berdaya.
AURORA menarik nafas panjang. Kepala lutut dipegang dengan kedua belah tangan sambil cuba mengatur nafas. Penat kerana terlalu laju berlari untuk ke wad abangnya.Aurora memulas tombol pintu lalu dia masuk ke dalam tanpa menutup kembali pintu tersebut. Berkaca matanya saat melihat wajah tampan Zayyan yang sedang merenung pemandangan di luar tingkap.
" Eh? Aurora " Luthfan menegur namun Aurora menghiraukan jejaka tersebut. Malah, dia maju ke arah Zayyan.
Dipeluknya tubuh jejaka beriris coklat cair itu. Sehingga terhinjut sedikit bahu Zayyan dibuatnya. Zayyan memandang dinding putih di hadapannya untuk mencerna apa yang sedang terjadi.
Kepala si adik diusap lembut. Pelukan dibalas oleh jejaka itu. Semakin erat Aurora memeluk Zayyan. Air mata gadis itu mengalir laju. Sungguh dia rindukan si jejaka.
Selama Zayyan 'tidur', tak henti-henti Aurora menyalahkan diri sendiri kerana mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Aurora terlalu ikutkan perasaan marah pada hari itu. Sehingga dia sanggup menyalahkan insan tersayang atas apa yang terjadi pada mereka sekeluarga.
" A.. abang hisk "
" Don't cry. I'm here little angle " lembut Zayyan memujuk si gadis.
" Abang.. hiks Aurora minta maaf. Aurora minta maaf sangat-sangat. Hiks Aurora punca abang jadi macam ni. Aurora minta maaf. Aurora sakitkan hati abang. Aurora minta maaf abang. Aurora tak sengaja. Hiks hiks Aurora tak berniat pun nak lukakan hati abang. Aurora bodoh! Aurora tak fikirkan perasaan abang langsung. Aurora minta maaf " tak henti Aurora mengucapkan kata maaf. Dia benar-benar menyesal dengan apa yang terjadi. Dia menyesal menyalahkan abangnya.
" Abang dah lama maafkan. Don't cry. It's not your fault. Ok? Calm down. I'm still alive " Aurora masih menangis. Dia benar-benar risaukan abangnya.
Hanya Zayyan ahli keluarga yang Aurora ada. Jadi, Aurora takut untuk kehilangan Zayyan. Dia tak mahu lagi rasakan peritnya kehilangan. Aurora trauma.
" Abang buat Aurora risau. Hiks Aurora takut abang tinggalkan Rora. Rora tak nak. Rora tak nak hilang abang. Rora takut. Rora tak boleh hidup tanpa abang " perlahan sahaja nada Aurora.
Zayyan tak mampu berkata apa. Dia mengusap sahaja kepala Aurora yang dilitupi selendang itu.
Aurora meleraikan pelukan. Baru tersedar masih ada orang lain di ruangan itu.
Aurora meneliti seluruh tubuh Zayyan. Sayu hatinya melihat tangan Zayyan yang dibaluti dengan bandage. Matanya kembali berkaca.
" Hey. Don't cry again! " semakin dihalang, semakin galak air mata Aurora mengalir.
" Bencilah! "
Terkebil-kebil Zayyan memandang adik perempuan kesayangannya itu.
" Abang selalu buat Aurora risau! " jerit Aurora kegeraman.
Zayyan menatap Aurora lucu sebelum tawa halus terletus dari bibirnya.
" Ala adik abang ni! Comelnya dia! " usik Zayyan tanpa menghiraukan Luthfan dan Kasyaf yang melihat adegan mereka.
" Abang! "
" Ya ya. Meh sini. Ala adik abang ni. Abang janji tak buat dah. Iya? " tubuh genit Aurora dibawa masuk ke dalam pelukan.
Teresak kecil Aurora di dalam pelukan Zayyan. Zayyan tersenyum kecil sambil masih mengusap kepala si gadis.
" Manjanya adik kau " usik Luthfan yang sedari tadi hanya memerhati kelakuan dua beradik itu.
Zayyan hiraukan usikan Luthfan. Biarlah, adik aku. Bukan adik kau!
ARIES menangis teresak-esak di padang rumput luas tersebut. Dihiraukan pandangan kanak-kanak sebaya dengannya yang sedang memerhatinya.Aries mengangkat kepala apabila kepalanya diusap lembut oleh seseorang. Tangisan semakin menjadi-jadi apabila melihat wanita di hadapannya.
" Ibu! "
" Maafkan ibu Ries " wanita itu jadi serba salah kerana meninggalkan anaknya di padang itu tanpa diberitahu terlebih dahulu.
Aries Axier membuka perlahan kelopak matanya. Siling bilik ditenung hampir tembus. Tangannya naik menyentuh sebelah mata saat merasakan ada cecair yang mengalir di mata.' Aku.. menangis? ' gumam Aries sendirian.
' Kenapa? '
Iya. Tu persoalannya. Kenapa dia menangis? Mimpi itu.. sebab mimpi itu ke dia menangis?
Siapa wanita itu? Kenapa dia yang masih kecil menangis dalam pelukan wanita tersebut? Kenapa dirinya memanggil wanita itu 'ibu'?
Aries semakin buntu. Sejak beberapa hari ini, mimpi-mimpinya terlalu pelik baginya.
TOK TOK
Aries bangun apabila pintu biliknya diketuk. Kedua-dua lututnya dipeluk erat. Dagu direhatkan di antara kedua lutut yang dipeluk.
TOK TOK
" Ries? " suara Hayan kedengaran.
" Kau ok? Aku dengar kau menangis tadi "
Jeda.
" Aku masuk ya? "
KRAK
Pintu dibuka dari luar oleh Hayan. Hayan menutup semula pintu sebelum dia mendekati sahabatnya itu.
" Hey? Kau ok? Kenapa ni? " mata Hayan cekap memandang wajah sembap Aries.
" Hayan " Aries memandang sang sahabat.
" Apa jadi dengan aku? Kenapa dengan aku? Kenapa mimpi tu.. selalu ganggu aku? Aku keliru. Tolong aku.. Hayan. Tolonglah. Aku penat " luah Aries dengan mata yang berkaca.
Hayan terdiam.
" They.. they keep bothering me, "
" H.. Hayan "
Hayan tunduk. Perit hatinya melihat keadaan Aries yang semakin murung itu. Sudah berapa hari sahabatnya itu mengadu tentang mimpi yang amat pelik dan merunsingkan kepala.Hayan tak mampu berbuat apa. Sedangkan dia tak tahu apa yang terjadi. Tapi, satu kemungkinan bermain di fikiran Hayan.
Jika benar apa yang difikirkan Hayan, Aries akan ditimpa masalah tak lama lagi. Masalah yang lebih berat. Lebih membebankan.
Pada masa itu, entah boleh atau tidak untuk Aries melaluinya.
Dalam diam Hayan mengeluh kecil.
' Sorry Aries. There is something you can't know ' wajah merah menahan tangis Aries dipandang sayu.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...