Zayyan Hayqayl menutup semula pintu wad Aries seusai dia masuk. Hayan yang kebetulan berada di situ untuk memeriksa keadaan Aries menoleh memandang Zayyan sebelum senyuman nipis terukir elok di bibirnya.Zayyan tersenyum juga.
Matanya terus terarah kepada Aries yang sudah terlena. Zayyan tersenyum kecil melihat Aries. Comel sahaja. Dengan posisi tidurnya yang menghadap ke tepi sambil tangannya memeluk seekor anak kucing berwarna oren. Tambahan pula, kucing itu kelihatan sangat selesa berada dalam pelukan Aries.
" Haih. Buat hal betul adik kau ni Yan," perlahan nada Hayan berkata supaya tidak mengganggu lena Aries. Hayan sedia tahu yang Aries merupakan adik kandung Zayyan dan Aurora. Black Dragon's yang memberitahunya. Pada mulanya, dia terkejut juga. Tapi, lama-kelamaan, dia dah tak terkejut. Cuma Aries sahaja lah yang tidak tahu perkara sebenar. Bukan masanya lagi.
Zayyan menjungkit kening. Kenapa?
" Kenapa? " Zayyan kemudiannya melabuhkan duduk di kerusi pelawat sebelah katil Aries. Lega hatinya melihat wajah Aries yang tenang." Ries demam panas. Dia main hujan tadi. Semata-mata nak selamatkan burung merpati! Kau rasa?! " agak bengang Hayan dengan sikap Aries yang terlalu mencintai haiwan.
Zayyan tergelak kecil.
" Sama macam kakak dia. Aurora pun suka haiwan," Hayan mendengus. Ingatkan si Zayyan ni nak marah juga Aries. Tapi, haih.. abang supporting betul!" Dah tu? Bila boleh keluar? " soal Zayyan. Kalau diikutkan arahan doktor, hari ini Aries dah boleh pulang. Tapi, sekarang demam panas pula. Kena tahan lagi lah ni.
" Esok boleh balik dah," balas Hayan selaku doktor yang bertanggungjawab dengan keadaan Aries sepanjang Aries berada di sini.
Zayyan mengangguk faham.
" Aku keluar dulu. Banyak lagi kerja aku kena buat. Jaga Ries elok-elok! Bye! "
" Ya tahu. Bye Hay! " kemudian kelibat Hayan sudah tidak terlihat.
Zayyan kembali memalingkan kepala. Tangannya naik mengusap rambut Aries. Aries pula langsung tak terganggu dek sentuhan tersebut. Lena sungguh. Mungkin sebab kesan sampingan ubat demam tadi.
ZAYYAN terbangun dari lena apabila ada suara memanggil dan ada tangan yang menyentuhnya. Terpisat-pisat Zayyan bangun lalu memandang manusia di hadapan yang memandangnya tak berkelip.
Mata dikelip beberapa kali bagi menghilangkan kabur pada pandangannya. Kemudian, sebelah kening dijungkit kepada Aries seperti sedang bertanya 'kenapa'.
" Mana White? " lemah sahaja bibir pucat itu menutur kata.
Zayyan berkerut nipis. Tangan sempat menyerabaikan rambut kusut si Aries. Aries mendengus halus.
" Siapa White? Kau mengantuk lagi ni. Dah, tidur tidur," arah Zayyan sambil menolak lengan Aries supaya kembali berbaring. Namun, Aries mengeraskan badannya.
" Nak White. Mesti dia takut duduk dengan orang lain," Aries menunduk sambil tangannya naik membelai badan berbulu Ginger yang masih diulit mimpi.
' Siapa White? Haih budak ni. Atau.. '
" White.. burung merpati putih tu? " Aries angguk sekali. Zayyan membentuk mulut o. Ada aje akal Aries untuk menamakan setiap haiwan yang dijumpainya.
" Kejap. Aku tanya Hay," Zayyan bangkit dari kerusi lalu berpaling. Aries mengangguk perlahan.
Selepas sahaja kelibat Zayyan sudah hilang, Aries perlahan-lahan kembali merebahkan diri di atas tilam itu. Lama menunggu dengan mata kuyunya, tak sedar yang dia sudah pun terlena. Sempat Aries menarik Ginger untuk masuk lebih dekat ke dalam pelukannya sebelum dia sepenuhnya lena diulit mimpi.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...