2 TAHUN KEMUDIAN.Kepala terus disandarkan pada cermin kereta bagi merehatkan diri. Sempat dikerling sekilas jejaka yang menjadi pemandunya pada hari ini. Namanya Ariq. Ada juga seorang lagi di sisi Ariq iaitu abang Ariq, Ariqe. Dua beradik itu memang tak pernah berpisah dari dulu.
" Welcome back, Phoenix," ujar Ariqe dengan senyuman manis. Namun, dibalas hanya dengan anggukan kecil.
Phoenix? Ya. Dia mendapat gelaran tersebut secara rasmi sebaik sahaja dia sudah menamatkan latihan asas di negara Itali. Henry lah yang mengajar nya semua perkara.
Dan hari ini, dia, Aries Axier sudah kembali ke negara asalnya. Malaysia. Rindu dengan negara Malaysia? Bolehlah sikit. Selebihnya dia tak rasa apa-apa. Sebab negara inilah yang paling banyak memberi kenangan buruk dan baik kepadanya.
Ikutkan hati, tak mahu dia kembali ke sini. Tetapi, atas nasihat Henry, dia ikutkan juga. Lagipun, ada dua orang tersayangnya yang sedang menunggu kepulangan dirinya. Setiap hari, tak pernah mereka berdua tidak menghubungi dia untuk bertanya khabar dan berkata rindu kepadanya. Siapa lagi kalau bukan Aurora Freyya dan Zayyan Hayqayl.
Kalau tak video call, call biasa. Tak call, mesej. Sayang betul mereka berdua terhadap jejaka hazel itu.
" Phoenix, kita dah sampai," ujar Ariq kepada Aries. Aries mengangguk faham. Pintu kereta dibuka sebelum dia keluar dan mengambil beg bagasinya dari bonet kereta. Kemudian, dia atur langkah ke dalam The Mansion. Macam tak ada orang. Senyap aje.
Pintu dibuka dari luar olehnya. Selepas pintu dibuka, dia terkejut apabila suara-suara melaung ' Welcome back, Aries! ' kepadanya. Matanya melihat sekeliling. Rumah agam itu dihiasi dengan belon dan hiasan lain.
Di ruang tamu, ada pelbagai aneka makanan yang lazat-lazat. Antaranya seperti kek, aiskrim, spaghetti carbonara, dan lain-lain. Di dinding juga tergantung belon berbentuk huruf yang disusun dan terhasil lah satu tulisan, iaitu ' Welcome, Phoenix ' .
Aries kaku di muka pintu. Hatinya tak rasa gembira atau terharu. Hanya.. kosong. Kalau dia adalah Aries yang dahulu, dia pasti akan bersorak gembira dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang. Dia ingin kata perkataan terima kasih itu tetapi, ada kelibat yang menghalang perbuatannya.
Kosong Aries mengerling ke arah Tengku Farid, Puan Marsya, Tengku Adrelin dan Tengku Adam. Oh, Tengku Farid dah dibebaskan setahun yang lalu. Dia hanya dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun. Dia pun sebenarnya dah insaf. Begitu juga Puan Marsya, Tengku Adam dan Tengku Adrelin. Semuanya dah insaf.
Aries menjeling Tengku Adam apabila jejaka itu bertindak mengukir senyuman kekok untuknya. Bukan tak sudi, cuma sakit mata. Entah, dah terlambat nak buat baik jadi, jangan nak buat baik lah. Tak hingin.
Blah jelah.
Aries masuk ke dalam sambil menarik beg bagasinya. Dia mengatur langkah ke arah Zayyan. Tangan kekar untuk dicapai dan disalam. Zayyan tersenyum kecil sebelum naik mengusap kepala Aries.
" Flight ok? " Aries mengangguk bagi membalas soalan Zayyan.
Zayyan tersenyum pahit. Seperti yang Tengku Adrian katakan, Aries benar-benar sudah berubah.
Aries berpaling pula pada Aurora. Lantas senyuman manis dilemparkan kepada wanita itu. Aurora balas dengan senyuman yang lagi manis. Dia suka bila Aries masih senyum padanya.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...