𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 16

91 4 0
                                    

  
    Terkebil-kebil Aries Axier memandang kesemua insan di hadapannya sekarang. Apa yang dia tengok sekarang ni?

    " Bagilah! " Aries kalih pandangan kepada Hud Izzat yang sedang meminta remote televisyen daripada Daniell Hudfhi.

   " Ish! Tak boleh! Nanti kau alih! Aku nak tengok Doraemon! "

    Aries kalih pandangan pula kepada Kasyaf dan Luthfan yang sudah mengeluh panjang melihat perangai tak semengah Daniell dan Hud. Berebut remote!

   " Tak aci lah Niell! Ries! Tengok dia ni! " adu Hud Izzat kepada Aries. Aries tersentak saat dirinya dipanggil.

   " Ah takde takde! Jangan nak mengadu pula! Tunggulah aku habis tengok dulu," Daniell tak mahu mengalah. Tetap dia memegang kemas alat kawalan jauh itu.

   " Ish.. Niell!! " Hud Izzat bergelut dengan Daniell Hudfhi sehinggakan remote di dalam tangan Daniell tercampak jauh.

   Aries yang melihat alat kawalan jauh itu meluru ke arahnya terus menutup matanya dan automatik dia melindungi kepalanya dengan kedua-dua lengannya.

   Sesaat..

   Dua saat..

   Tiga saat..

   Aik? Tak rasa pape pun.

   Aries kembali membuka mata. Iris hazelnya menatap Daniell dan Hud yang sudah membatu. Manakala ada Zayyan di sebelahnya yang menyambut remote televisyen tadi.

   Menyinga pandangan Zayyan kepada dua orang sahabatnya.

  " Kau orang ni kan! Tak habis habis nak buat masalah! Dasar bijak! " kepala Daniell dan Hud kuat dipukul oleh Zayyan menggunakan alat kawalan jauh tadi.

   " Ouch! " Dua-duanya mengaduh sakit sambil menggosok kepala mereka. Mahu benjol kepala mereka nanti! Buat naya je.

    " Kita datang nak melawat. Bukan buat masalah gila," Luthfan meluahkan geramnya. Harith Karl tergelak melihat sahabat-sahabatnya yang membebel. Terhibur.

    " Sorry Ries. Diorang ni otak sengal sikit," Harith Karl memohon maaf kepada Aries. Aries ketawa halus. Sampai hati Harith kata Daniell dengan Hud otak sengal. HAHA.

    Harith Karl kembali mengusap kepala si oyen yang sedang enak berbaring di atas pahanya. Siapa lagi kalau bukan Ginger?

   Manakala White selamat duduk di atas pahanya. Comel sahaja kedua-dua makhluk comel ciptaan Allah SWT itu.

    " Kau dah makan ke? " soal Zayyan kepada Aries.

    Aries geleng. Dia belum makan lagi. Dia mana pandai sangat memasak. Selalunya, Hayan yang memasak.

   " Lah? Kenapa tak masak? " Aries senyum janggal.

   " Dia nak masak? Lambat lagi weh! Api pun takut," suara Hayan Davier mula kedengaran. Kelibat itu melabuhkan punggung di sofa kosong.

   " Hah? Kau takut api? " soal Daniell Hudfhi. Aries tak membalas. Jujurnya, dia pun tak tahu kenapa dia takut akan api.

   Zayyan diam. Dia memandang Aries tak berkelip. Rasa kasihan dengan Aries.

   ' Still same,' getusnya.

   " Aku.. tak tahu kenapa aku takut api. Tapi, bila aku dekat dengan api.. aku jadi takut dan.. aku dengar suara," ujar Aries perlahan.

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now