Kaki melangkah masuk ke dalam bangunan yang separuh utuh tersebut. Bangunan itu dahulunya merupakan sebuah pusat membeli belah yang terkenal. Namun, sekarang sudah tidak beroperasi kerana satu kemalangan.Dalam kata mudah, tempat bapa kepada Aries, Aurora dan Zayyan dibunuh.
Aries berhenti di tengah-tengah bangunan tersebut. Dimana tempat abahnya dibunuh dengan kejam.
" Abah! "
" Lari Aries. Lari! "" Tak, tak! Abah! "
" Lar-- "
ZAP!
" Abah.. Abah? ABAH! "
Hatinya jadi semakin sakit tika mengingati kejadin tersebut. Memori yang betul-betul dia ingin lupakan. Air mata mengalir perlahan.
" Oh? Look who is here. " suara itu menerjah sistem pendengaran Aries Axier. Pantas Aries menyeka air matanya dengan tangan sebelum berpaling ke belakang. Mencari punca suara tersebut.
Aries tak dapat melihat sepenuhnya wajah lelaki tersebut oleh kerana tempat lelaki itu berpijak sedikit gelap. Hanya bibirnya yang kelihatan.
" H? "
" Yep. That's me," bibir itu mengukir senyuman penuh 'ikhlas'. Dia kemudiannya melangkah ke hadapan. Mendekati Aries.
Apabila tubuh H sudah sepenuhnya diterangi cahaya bulan, maka terserlah wajah lelaki tersebut. Sepenuhnya.
ZAP
Aries terkaku di tempatnya. Tangan naik memegang dadanya yang terasa amat sakit. Jantungnya kini bagai ditusuk dengan beribu-ribu bilah pisau yang baru sahaja diasah matanya.
" Tsk," dia mendesis kecil. Hatinya benar-benar sakit sekarang.
" Kenapa? Terkejut? HAHAHA ," H ketawa mengejek.
" K.. Kenapa? Kenapa mesti kau? " mata hazel itu menatap lemah wajah di hadapannya.
" Kenapa mesti kau, Hayan Davier?!! " Aries jatuh terduduk. Sungguh dia tak kuat sekarang. Dikhianati hidup-hidup. Perit rasanya. Bertahun-tahun dia mencari pembunuh abahnya tapi pembunuh itu malah berada dekat sahaja dengannya.
Malahan, gerangan itu adalah sahabat baiknya sendiri. Insan yang sudah dianggap sebagai abang sendiri.
" Tengoklah kau, Aries. Lemah. Sebab tu aku pernah cakap, jangan percayakan sesiapa. Jangan bergantung harap dekat sesiapa," tangannya naik menunjal-nunjal kepala Aries.
" Tak, tak. Tak mungkin! " Aries bangkit. Mata Hayan ditatap Aries lama. Mencari kebenaran.
" K.. Kau tak bunuh abah. Kau bukan H. Betul kan? Semua ni tipu je kan? Hayan!! " Hayan ketawa sinis. Jujur dia katakan, Aries terlalu naif.
" Aries, terima hakikat. Aku lah orangnya. Aku orang yang kau cari selama ni. Orang yang kau anggap sahabat selama ni, sebenarnya dah tipu kau hidup-hidup,"
" Tak, tak, tak," Aries menggeleng kepalanya. Tak, Hayan bukan H.
" Kau tahu kenapa aku balik lewat, pergi awal pagi? Sebab aku merancang untuk jatuhkan kau perlahan-lahan. Aku lemahkan kau dalam diam,"
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...