" MBAA! " terhinjut bahu Aries Axier apabila dia disergah oleh si hantu Noah. Lantas dia berpaling kepada Noah dan menjeling lelaki itu.Noah sudah tersenyum suka.
" Ish tapi.. tak bestlah. Kau terkejut cam tu je! " Noah berucap tak puas hati. Kenapa Aries susah sangat nak melatah?" Apa benda lah kau ni. Dah, masuk jom. Ginger aku mana? " soal Aries. Melilau matanya memandang sekeliling ruang tamu. Namun, kelibat anak kucing oren itu masih belum kelihatan.
" Dalam bilik kau. Tengah elok tidur," terang Noah sambil berjalan mengikuti langkah Aries yang sedang ke biliknya.
KTAK
Kelibat anak kucing bulus yang sedang lena di atas tilam empuknya itu dipandang dengan senyuman kecil. Comelnya.
Aries mencabut jaket kulit hitam yang dipakainya sebelum ia menggantung jaket tersebut di kepala kerusi. Pintu balkoni kemudiannya dibuka supaya dia dapat melihat pemandangan malam dengan lebih jelas.
" Oi Aries. Kau pergi mana? Kau tinggal aku seharian tahu? " Noah mendengus tak puas hati. Bosan dia seharian ni sebab tak ada Aries. Dia cuma main dengan Ginger jelah. Sampai Ginger pun dah malas nak layan dia. Haritu bukan main takut dia tapi bila dah tak takut ni, jadi annoying pula." Aku.. pergi jumpa mak kau," terang Aries jujur. Noah memandang Aries. Pandangan itu sukar ditafsir.
" Macam mana dengan mummy? Sihat? "
Aries angguk sahaja.
" Alhamdulillah sihat," Noah mengangguk. Dua-duanya kini saling mendiamkan diri." Oi Noah," Noah hanya membalas dengan gumaman kecil.
" Tak sangka kehidupan kau lagi teruk dari aku," Noah menunduk. Sudah agak yang Aries pasti akan tahu hal tentangnya selepas berjumpa ibunya.
" Kenapa kau berkorban untuk orang sekeliling kau? Sampaikan kau tak ada masa untuk cari kebahagiaan kau? " Noah tersenyum kecil. Dia memandang Aries yang masih dalam kebingungan itu.
" Simple. Sebab aku sayang diorang. Aku takut untuk kehilangan diorang. Sangat takut. Sampaikan aku buat keputusan untuk sanggup buat apa sahaja untuk mereka. Asalkan aku dapat lihat mereka bahagia," jelas Noah. Dia pasti Aries faham. Kerana Aries sama seperti dia.
" Kau tolong orang tapi orang tak tolong kau. Sedangkan orang terdekat kau sendiri khianat kau," Aries pandang Noah dengan tatapan tajam. Noah tersenyum kecil.
" Aries. Membantu seseorang tak perlukan alasan. Dan memang betul, setiap manusia akan rasa perasaan dikhianati orang terdekat. Termasuk kau. Kalau tak sekarang, mungkin esok atau lusa," Noah balas tatapan tajam Aries.
" Sedangkan, kau sendiri seperti aku. Kau berkorban untuk orang sekeliling kau. Sedar atau tak sedar, kau buat benda tu. Benda yang kau ingat perkara bodoh. Tak masuk akal," hujah Noah buat Aries tersedar. Aries kembali menekur lantai. Betullah apa yang Noah kata, dia sanggup tanggung segala keperitan yang diberikan keluarga angkatnya. Sedangkan, kes Aries boleh bawa ke mahkamah, dia sahaja yang menolak.
" Kau, sama macam aku. Kau sedar tak, Aries Axier? "
Aries diam.
" Terima kasih,"Noah pandang Aries hairan. Kenapa?
" Sebab kau buat aku sedar sesuatu,"
ARIES menatap siling bilik. Lama. Dia langsung tak boleh tidur. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Dia terfikirkan kata-kata Noah tadi. Yang mana Noah berkata bahawa setiap orang akan merasai perasaan dikhianati orang terdekat.
TING
Aries capai telefon bimbit di kabinet tepi katil. Skrin telefon menyala terang. Jemari Aries bergerak di skrin telefon. Aplikasi WhatsApp dibuka.
Unknown:
Aku tahu apa yang bermain di fikiran kau. Dan perkara itu betul. Buat apa yang kau fikirkan. Dan aku akan muncul di hadapan kau.
Aries terdiam. Dia beranikan diri untuk membalas mesej tersebut.
Kau siapa?
Aries menunggu balasan dari orang tak dikenali tersebut.
TING
Aku? Jangan buat-buat tak tahu Aries Axier. Aku orang yang kau cari selama ni.Aku pembunuh manusia yang kau sayang sangat tu. Bapa kau.
Jantung Aries bagai terhenti buat seketika. Serta merta memori hitam itu bermain di kotak fikiran. Tangan dikepal menjadi penumbuk. Benci. Dia benci dengan orang yang bunuh abah dia! Benci sangat.
You want to know who is me?
Then, come here.
Aries menutup telefon. Dia tahu dimana lokasi H sekarang.
" Oi Aries. Kau nak pergi mana? " soal Daniell saat dia berselisih dengan Aries di tangga. Tegang sahaja wajah Aries. Soalan Daniell tadi pun tak dibalas.
Terkebil-kebil Daniell memandang belakang tubuh Aries. Lah? Kenapa palau?
" Eh weh! Telefon kau! " Daniell mengambil telefon bimbit Aries yang jatuh di lantai. Tak sempat dia memberikan telefon itu kepada Aries, Aries dah berlalu pergi.
TING
Tangan Daniell tak mampu duduk saja apabila telefon milok Aries berbunyi. Skrin telefon menyala cerah. Mesej yang baru sahaja dihantar oleh seseorang dibaca Daniell. Unknown? Berkerut dahi Daniell.
Tapi, jangan menyesal.
Itu pesanannya. Jari Daniell membelek skrin telefon ke bawah. Dia membaca kesemua perbualan Aries bersama nombor tak dikenali tersebut. Membulat matanya. Jantung berdegup kencang.
" Yan.. Yan!! ZAYYAN! " kuat suara Daniell menjerit nama itu. Adik sahabatnya dalam bahaya.
" Pebenda kau ni memekak tengah-tengah malam ni? " suara Hud Izzat datang menegur Daniell. Daniell pandang Hud dengan wajah pucat.
" Zayyan mana? "
" Ada tu. Kat dapur. Tengah masak," terang Hud ringkas. Daniell pantas menuruni tangga dan berjalan ke arah dapur. Tak ketinggalan Hud yang turut mengikuti Daniell dari belakang.
" Zayyan!! " Lantas kepala itu menoleh memandang Daniell Hudfhi. Kening dijungkit tanda bertanya 'kenapa?'
" Adik kau," Daniell menyua telefon bimbit milik Aries ke hadapan wajah Zayyan.
" Aries dalam bahaya,"
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...