𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 37

119 6 3
                                    


           Dua minggu sudah berlalu sejak kejadian itu. Hayan juga sudah meninggalkan mereka semua selama dua minggu. Rindu yang amat mereka rasakan terhadap sang jejaka. Lagi-lagi Aries.

          Hari ini, Aries akan berangkat ke Itali untuk menjalani latihan sebagai seorang Phoenix yang sebenar. Latihan itu akan membantu Aries menjadi ahli Black Dragon's sepenuhnya. Bermakna, Aries akan bekerja dengan Black Dragon's selelas ini.

        Cita - citanya untuk menjadi seorang doktor harus dikuburkan sahaja dengan jasad Hayan. Tak ada makna lagi jika dia menjadi seorang doktor tetapi tiada Hayan di sisi.

       " Bye Aries. Jaga diri kau," Aries angguk sahaja dengan pesanan Luthfan.

      " Buat betul-betul. Balik cepat, Aries " ujar Kasyaf pula.

   " Jangan lama-lama tahu? Nanti kitorang tak ada geng nak bergaduh," kata Daniell pula dan mendapat anggukan setuju daripada Hud. Aries tersenyum kecil sebelum mengangguk.

     "  Selamat tinggal, Aries," kata Harith pula. Kemudian, mereka semua berpelukan antara satu sama lain. Kasyaf yang dingin tu pun turut peluk Aries. Dah anggap macam adik sendiri.

     Adik Zayyan, adik diorang juga.

     " Aries jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat. Makan, minum jaga tahu? " pesan Aurora prihatin. Aries mengangguk faham. Aurora hela nafas perlahan. Aries jarang sangat bercakap dua minggu ni. Kematian Hayan betul-betul beri impak yang besar kepada Aries.

     " Kakak akan rindukan Aries," Aurora tarik Aries masuk ke dalam pelukan.

    Aries balas pelukan hangat itu.
   " Aries pun. Kakak, Aries sayang kakak tahu? " Aurora angguk. Dia tersenyum manis.

     " Sayang Aries juga," pelukan dileraikan sebelum Aurora melabuhkan kucupan pada kedua-dua belah pipi Aries dan kemudiannya berakhir di dahi lelaki itu.

   " Take care. Nanti tak cukup duit cakap  dekat abang, abang transfer. Jangan lupa call kitorang nanti," Zayyan memberi pesanan. Aries angguk faham. Zayyan peluk si adik erat. Aries turut membalas pelukan tersebut.

    " Jangan berubah, Aries. Abang tak nak tengok Aries yang tak ceria macam ni. Abang tak suka. Abang suka tengok Aries yang happy, manja. Mana Aries yang tu? " Aries hanya diam. Hati dia seolah dah mati untuk bergembira dan bermanja.

   " Diorang yang paksa Aries berubah, abang " Zayyan terdiam. Dia tahu siapa mereka. Keluarga angkat Aries, Haidar Darien, dan Hayan Davier sendiri. Dan juga keadaan. Keadaan menyuruh Aries berubah.

    " Tak apalah. Abang faham. Jangan macam ni lama sangat ya? " Pesan Zayyan. Dia tak mahu adiknya sudah tiada perasaan. Tiada rasa sedih, tiada rasa gembira. Zayyan tak mahu itu.

     " In Sya Allah,"

      Zayyan leraikan pelukan. Aries kemudiannya berpaling ke belakang. Black Dragon's dan yang lainnya hanya memerhati kelakuan Aries.

    " Aries tunggu siapa? " Aries diam apabila ditanya Aurora.

    " Noah dah tinggalkan Aries ke? " soal Aries perlahan. Namun dapat didengari semua disitu. Keluarga Tengku Adrian terkedu. Bermakna, roh Noah dah tiada ya?

" Noah tak cakap pun selamat tinggal dekat Ries. Sampai hati Noah," bisik Aries kecewa. Dia kesat kasar air matanya yang tiba-tiba mengalir. Zayyan tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya, Aries masih ada rasa sedih.

' Selamat tinggal, Noah. Aries sayang Noah. Terima kasih sebab teman Aries selama ni,' dia tahu Noah dah kembali ke alamnya. Apabila hasratnya sudah tercapai, dia akan pulang. Jadi, Aries tak akan dapat jumpa Noah lagi.

" Aries pergi dulu. Selamat tinggal, semua! " senyuman diukir di bibir sebelum Aries meninggalkan mereka semua di sana. Dia perlu cepat naik ke kapal terbang sebelum terlepas.

      Mereka semua memandang pemergian Aries Axier. Dalam hati, mereka berdoa agar Aries akan selamat sampai di negara Itali. Harapnya tak adalah sesuatu yang buruk berlaku.

" Kau tahu kan keadaan Aries belum cukup baik? Mental dan fizikal dia.. dah hancur, Khalif. Dan, kau hantar dia ke Itali untuk latihan pada waktu macam ni? Waktu mental dan fizikal dia masih belum sembuh? Are you crazy? " suara Tengku Adrian yang dingin itu buatkan semua menumpukan perhatian pada jutawan tersebut.

" Aku tak suruh dia. Dia yang nak. Aku nak bagitahu dia bulan depan, tapi, dia dengar perbualan aku dan Henry malam semalam. Dan dia sendiri kata dia nak pergi ke sana sekarang," jelas Khalif, jujur. Aries sendiri yang nak jalani latihan dalam masa ini. Walaupun dia tahu keadaannya bukanlah ok mana.

" Dia akan berubah. From someone we know, to someone we don't know," ujar Tengku Adrian dengan yakin.

      Percayalah, tekanan yang diberikan semasa latihan akan buat Aries berubah. Dengan dia yang masih belum sembuh dari segi fizikal dan mental, tambah pula dengan tekanan daripada latihan. Aries akan berubah sepenuhnya.

Like Tengku Adrian said,

He will change.

From someone they know, to someone they don't know.

-THE END

By 𝒴. 𝒮𝒽𝒶

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now