Usai menyemburkan sedikit minyak wangi pada badan, Aries membuka langsir yang menutup tingkap bilik. Kemudian, ditatap langit pagi itu sambil menghirup udara. Tenang fikirannya tika itu.Kemudian, Aries mengatur langkah keluar dari bilik.
Selepas sahaja pintu dibuka, Aries terundur beberapa tapak ke belakang akibat terkejut dengan satu sosok a.k.a bayangan si Noah. Wajah Noah elok terukir senyuman manis.
" Terkejut aku Noah! Kau buat apa pagi-pagi dah bertenggek macam burung belatuk dekat depan pintu bilik aku ni?! " geram sahaja Aries dengan si roh Noah ni.
" Hehe. Pagi Aries! Kau nak pergi mana lepas ni? Nak jalan-jalan? Nak ikut! " Aries menjegil mata. Tahu-tahu je si Noah ni dia nak keluar sekejap lagi.
" Ikut kau lah," kemudian Aries berjalan menembusi bayangan si jejaka. Noah juga berpaling lalu mengikuti langkag Aries dari belakang sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di dalam poket seluar.
Aries mengerling seluruh rumah agam itu. Sunyi semacam. Tak bangun lagi ke manusia-manusia dalam rumah ni? Haih.
Aries bergerak ke arah dapur. Tiba-tiba dia jadi teringin nak memasak. Lagipula dia duduk di rumah orang. Tak elok lah pula kalau menumpang lepastu duk melenggang aje.
Seusai dia membasuh tangan, Aries terpandang dapur yang berada di atas meja kabinet. Serta merta bayangan api yang marak muncul di imaginasi nya.
" Still nak masak? " Aries pandang Noah sekilas.
" Do it. Aku ada dekat sini. Apa-apa jadi, aku tolong kau," ujar Noah. Memberi semangat kepada rakan baharunya itu.
" Tapi.. aku.. tak pandai masak," Aries memandang Noah sambil mengeluh panjang. Susah sebenarnya tak pandai masak ni. Sebab memasak lah kemahiran asas yang paling penting perlu ada dalam diri setiap orang. Kalau kita tahu memasak, tak perlulah berhabis duit semata-mata nak beli makanan dekat luar.
" Biar aku tolong! Gerenti sedap! " Ujar Noah dengan yakinnya.
" Kau pandai masak ke? " Aries tatap Noah tak percaya.
" Oi. Jangan pandang rendah dekat aku. Masa aku hidup dulu, aku lah yang memasak untuk manusia-manusia dalam rumah ni! Heleh.. suka hati dia je nak kata kita tak pandai masak. Tengok sikit siapa ni! Ini Tengku Aadyan Noah lah! " bebel si Noah sambil menyuruh Aries meletakkan bahan-bahan untuk memasak nanti.
" Yelah yelah. Jangan lah membebel. Macam mak-mak pula," bidas Aries.
NOAH mendekati Aries yang sedang bermain dengan telefonnya di atas katil. Aries meletakkan telefon apabila Noah seperti ingin bercakap dengannya. Kening dijungkit sebelah." Kau tak nak turun ke? Ramai orang tu,"
Aries menggeleng.
" Bukannya aku kenal diorang. Buat apa aku nak turun,"Noah diam.
" Jomlah.. aku nak kenalkan kau dengan seseorang," pergelangan tangan Aries ditarik.Aries pasrah. Dia mengikuti sahaja langkah Noah yang sudah jauh darinya.
Sesampainya dia di tingkat bawah, Aries berhenti. Ramai sangat orang. Dia jadi gugup pula.
" Aries. Come here! " jeritan Noah buat Aries menjegil matanya. Terus dia mengatur langkah ke arah Noah.
" Haa Shark, Snake. Inilah Aries. Si ad.. kawan baru kitorang," hampir sahaja si Kasyaf terlepas kata.
" Oh. Selamat berkenalan, Aries Axier," ujar Khalif Esrive kepada Aries sambil tersenyum.
" Selamat berkenalan juga, tuan," ujar Aries sopan. Khalif tersenyum nipis. Dia menatap dalam kornea mata hazel Aries. Hazel. Seperti si 'dia'.
" Shark dan Snake lah yang ajar aku jadi kuat! Sampai aku dapat gelaran Phoenix. Itu pula aunty Amy dan aunty Qis. Aku dah anggap diorang macam mak aku sendiri. Diorang bagi aku kasih sayang yang cukup. Aku rindu nak bercakap dengan mereka," Aries menoleh memandang Noah. Ditatap dalam iris mata hazel Noah. Ianya penuh dengan kerinduan.
" Papa Yan! " Noah dan Aries serenrak menoleh apabila suara seorang gadis meneriak sambil dia menuju ke arah Zayyan.
Zayyan tersenyum kecil lalu mendukung tubuh kecil si gadis.
Aries berpaling melihat Noah yang tersenyum kecil melihat adegan itu.
" She is my daughter. My precious little sun,"
" Kau dah kahwin? " soal Aries sedikit terkejut. Yelah, Noah cakap si budak tu anak dia. Mesti ada isteri yang melahirkan. Kalau tak, mana nak keluar budak tu?
Noah tergelak kecil sebelum menggeleng.
" Anak angkat aku lah," Aries mengangguk sambil membentuk mulut 'o'." You miss her? " soal Aries. Noah mengangguk kecil. Tatapannya mula berubah sayu terhadap Puteri Delisha Evelyn. Anak kecil itu seronok berborak dengan Zayyan dan ahli Black Dragon's yang lain.
Noah rindu dengan mereka. Dia rindu bergurau senda dengan mereka. Dia rindu berbual dengan mereka. Dia rindu berlatih di markas bersama mereka. Noah rindu semuanya.
" You want my help? " soal Aries. Menawar diri. Entah mengapa mulutnya jadi ringan untuk menawarkan pertolongan kepada Noah. Selalunya, jika roh-roh yang datang kepadanya untuk meminta tolong, Aries akan hiraukan. Cuma jika dia berbaik hati dia akan tolong.
Noah tergelak halus.
" This is not you. Aries yang aku tahu bukan orang yang tawarkan diri dia untuk tolong roh macam aku ni. Kau kesian dekat aku ya? "Aries menjeling Noah.
" Orang dah tanya dia membebel pula. Tak nak sudah. Pergi blah sana! " halau Aries.Noah menggeleng kepalanya. Ada-ada sahaja tingkah si Aries ni.
" Tak perlulah. Apabila sudah masanya, aku akan minta tolong kau. Boleh? "
" Again? Bila dah masanya, bila dah masanya. Asyik-asyik itu aje yang kau cakap. Masa apa lagi yang kau tunggu," Noah menjungkit bahu menyebabkan Aries semakin geram.
" You will know it soon. At that time, I hope kau boleh bersabar,"
Bunyi deringan telefon pintar milik Aries membuatkan Aries tak sempat berkata lanjut. Aries menatap skrin telefon yang tertera nama si pemanggil. Keluhan berat dilepaskan." Papa? Apa hal orang tua tu call kau? " Aries menggeleng tanda tidak tahu. Kemudian ikon hijau digesek lalu diletakkan pada telinga sambil dia menjauhkan diri daripada orang-orang di ruang tamu.
" Pa? "
" Aku nak kau balik. Sekarang," mendengar suara dingin papanya sudah buat Aries mengeluh berat.
Tak sempat Aries membalas, panggilan telah dimatikan Tengku Farid. Noah di sebelah yang hanya memerhati tingkah laku Aries menjungkit sebelah kening apabila Aries memandangnya.
" Papa suruh aku balik,"
" Nak ikut! Kalau dia dera kau lagi, biar aku kerjakan dia," senyuman jahat terbit di jejaka tampan tersebut.
Aries menggeleng. Menghalang Noah.
" Tak payah lah. Kau duduk diam-diam dekat sini. Aku pergi sorang. Gerak dulu Noah,"Noah menghantar pemergian Aries dengan ekor mata.
" It's time. Aries.. " tak sampai hati Noah ingin melihat keadaan Aries selepas pulang nanti. Dia dapat rasakan sesuatu yang dijangkanya berlaku akan terjadi nanti.Di mana semuanya bermula.
Di mana permainannya bermula.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Aksi( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...