Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Aries rasa sangat gementar apabila melihat ramai orang di dalam restoran mewah tersebut. Stereng kereta digenggam erat. Abang dan kakaknya sudah masuk ke dalam dan berkumpul dengan yang lain tadi. Cuma dia yang tak masuk lagi.Hatinya rasa tak sedap hati. Sampaikan dadanya rasa sesak untuk bernafas. Sebab itulah dia masih berada di dalam kereta sekarang. Lagi satu sebabnya adalah kerana terlalu ramai orang di dalam restoran itu. Aries benci suasana ramai.
Kepala disandarkan pada stereng kereta. Mata ditutup rapat. Nafas cuba diatur supaya kembali normal.
Beberapa minit kemudian, nafas sudah kembali pulih. Jika dahulu dia memerlukan bantuan sahabatnya, Hayan untuk bertenang tapi sekarang, dia tak perlukan Hayan lagi. Aries dah boleh berdiri di kaki sendiri. Aries tekad. Dia nak berubah. Lagipun, Hayan dah selalu tak ada dengan dia. Hayan selalu keluar lewat malam sebab ada emergency di hospital.
Sampaikan Aries kurang bercakap dengan Hayan. Dan Hayan pun tidak tahu langsung apa yang terjadi kepada Aries dan yang lain sekarang. Tentang apa yang berlaku, Hayan langsung tak tahu. Tapi, tipulah kalau Hayan langsung tak tahu apa-apa perkembangan. Macam.. menipu sangat.
Aries faham dengan Hayan. Tapi, tipulah kalau Aries tak rasa terpinggir daripada hidup Hayan lagi. Macam Hayan dah buang dia sebagai sahabat. Mana tahu kan Hayan dah ada kawan lain? Sahabat lain?
Tapi, apa agaknya reaksi Hayan nanti bila dapat tahu apa yang terjadi. Apa reaksi Hayan kalau tahu Aries dah perlahan-lahan berubah? Kalaulah Hayan tak sibuk sangat dekat hospital, mesti Hayan akan sentiasa ada di sisi Aries untuk memberi semangat kepadanya.
Terasa juga. Sebab orang yang dianggap sahabat, tak muncul bila dia dalam kesusahan.
Entahlah. Aries pun tak faham dengan Hayan sama ada dia anggap Aries sebagai sahabat atau tak.
Aries membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta. Pintu kereta kembali ditutup sebelum dikunci kereta tersebut menggunakan kunci. Kemudian, Aries mula melangkah ke arah restoran mewah tersebut.
Malam ini, Syaqil, Khalif dan juga Tengku Adrian mengadakan sebuah makan malam bersama-sama di restoran ini. Katanya, untuk mengeratkan silaturahim. Lagipun, ada ahli baharu dalam keluarga mereka semua iaitu Aries, Aurora dan juga Hayan.
Cuma tak pasti sama ada Hayan hadir atau tidak.
Para tetua juga sudah tahu akan apa yang terjadi terhadap Zayyan dan adik-adiknya. Mereka turut bersimpati dengan nasib mereka bertiga lagi-lagi Aries. Aries seorang yang baik, tapi kebaikannya tak dihargai. Malah, dia dikhianati.
PAP!
" Aries! " sergahan tersebut membuatkan Aries terus berpaling. Kelihatan Noah yang sedang tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi putihnya. Nampaknya, Noah gembira malam ni.
" Jom jom! Masuk! " Noah menarik tangan Aries untuk masuk ke dalam. Aries menggeleng perlahan. Apalah yang buat si Noah ni gembira sangat?
" Noah.. aku tak nak masuk. Aku nak ambil angin kejap," terus murung wajah Noah saat itu. Noah menunduk. Aries dihurung rasa bersalah melihat wajah redup Noah.
" Macam tak jadi pula. Jomlah weh," ajak Aries kemudian melangkah masuk ke dalam. Noah tersenyum manis. Walaupun perwatakan Aries sudah berubah sedikit demi sedikit, hati Noah tetap sama. Baik dan rapuh. Aries mesti tak sanggup melihat orang sekelilingnya sedih.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...