Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah agam Tengku Farid, Aries mengatur langkah ke bilik kerja papanya yang terletak di tingkat tiga. Aries menaiki anak tangga satu persatu.Memanglah tinggi, namun jika dia menggunakan lif, teruk dibelasahnya kejap lagi. Jadi, cara selamat ialah menaiki tangga.
Pintu diketuk dua kali oleh Aries. Aries menunggu dahulu sebelum suara memberi masuk kedengaran. Aries menutup semula pintu selepas dia masuk ke dalam.
Kelihatan Tengku Farid sedang duduk di atas kerusi kerjanya sambil menatap Aries tajam.
" Apa yang buat papa nak jumpa Ries? " soal Aries berani.
Farid tiba-tiba sahaja ketawa sinis.
" Jangan berlakon tak tahu apa-apa," kemudian wajah Farid bertukar bengis. Dia bangun dari kerusi kerjanya.Farid mengatur langkah ke arah tempat menggantung tali pinggangnya. Farid menilik satu persatu tali pinggang di situ sebelum dia mencapai tali pinggang yang berwarna hitam.
Tali pinggang itu kelihatannya cukup tebal.
Aries menghela nafas perlahan. Jantungnya kian berdegup kencang. Walaupun sudah biasa, Aries tetap tak boleh hadam semua kesakitan itu.
" Kau ingat salah kau? " dengan nada dingin Farid menyoal.
" Tak. Apa salah Ries? "
BAK
Kuat bergema suara tali pinggang tersebut memukul kaki Aries sehingga Aries jatuh melutut.
" Jangan buat aku naik angin Aries! " Aries memejam mata mendengar jerkahan tersebut.
" Apa salah Ries pa? " Aries tetap bertanya. Dia betul-betul tidak tahu apa salahnya kali ini.
" Let me ask you. Isteri aku minta kau hantarkan dia ke butik kan semalam? " Aries angguk. Tak menafikan kenyataan tersebut.
" Then? Kenapa kau tolak? Kenapa kau bagi alasan? Kau dah buat Adam susah sebab kau!! Adam terpaksa berhenti kerja sekejap untuk tolong hantar mama kau! Kau? Sibuk sangat dengan kerja tak berfaedah kau tu!! " Aries diam.
" Ries betul-betul sibuk semalam. Ries tak tipu, pa " bersungguh Aries membela dirinya. Dia sibuk menolong Hayan menyiapkan laporan pesakit. Terlalu banyak sehingga Aries terpaksa menolak.
PANG
Terteleng ke kiri Aries saat menerima tamparan hebat dari lelaki berusia itu.
" Kau jangan nak menipu aku lah sial! " jerkah Farid geram.
" Kau dengar sini. Lagi sekali kau susahkan anak-anak aku, siap kau " Farid mengeluarkan amaran.
Aries menggigit bibir bawahnya. Hatinya berkecamuk saat ini. Setiap apa yang dikeluarkan Farid, semuanya pedih-pedih belaka. Susahkan anak-anak?
" Susahkan anak-anak? Dahtu, Ries ni bukan anak papa? " bergetar suara Aries menahan rasa.
Farid tergelak sinis.
" Sampai mati pun aku tak akan mengaku kau anak aku," sekali lagi, hati Aries sakit. Bahkan, lebih sakit dari tadi.Semakin tajam pandangan Farid.
" Eh kau dengar sini! Kau tak layak jadi anak aku walau sekalipun! Kau tak layak! Sampai bila-bila pun aku tak akan terima kau sebagai anak aku " Aries menunduk." Ries minta maaf,"
" Kau boleh pergi mati dengan maaf kau tu. Blah dari rumah aku! Semak! " jerkah Farid lagi.
Ries mengangguk lemah. Dia mengatur langkah keluar dari bilik tersebut.
Sebaik sahaja tiba di dalam kereta, Ries berhenti. Stereng kereta digenggam erat sebekum dia menghantukkan kepalanya pada stereng tersebut.
Aries buntu. Aries tak tahu kenapa dia dibenci sangat oleh keluarganya sendiri. Apa salah dia?
Aries cuba dapatkan perhatian dan kasih sayang mama dan papa. Tapi, satu usahanya, langsung tak berhasil. Semuanya hanya sia-sia.
ZAYYAN Hayqayl meregangkan badannya setelah dia selesai membuat laporan yang dikehendaki Kasyaf Edriav. Belakang badan disandarkan pada kerusi kerja lalu dia menutup mata rapat.
TOK TOK
Zayyan kembali membuka mata saat pintu bilik kerjanya dibuka. Terpampang wajah Luthfan Zander disana. Zayyan menjongket kening.
" Pahal? " soal Zayyan hairan. Dah kenapa beruk yang sorang ni datang company?
Luthfan menutup pintu perlahan-lahan dengan senyuman yang menampakkan barisan gigi putihnya.
" Yan~ Jom keluar," kata Luthfan sambil melabuhkan punggung di kerusi hadapan Zayyan.
" Keluar? Aku sibuklah. Petang ni dah kena balik rumah ibu aku. Nanti tak sempat pula siap kerja," bebel Zayyan panjang lebar.
Luthfan mencebik.
" Jomlah Yan~ Aku dah minta dengan Kasy lah! Dia bagi. Dia kata kau boleh siapkan lepas kau balik dari kampung nanti. Jomlah! Nanti kita tak dapat jumpa dah. Rith, Niell dengan Hud pun dah tunggu dekat luar " rayu Luthfan. Bersungguh dia memujuk Zayyan." Taknak lah," tegas Zayyan.
Luthfan cebik bibir.
" Kalau ada arwah Noah, mesti dia dah tarik kau keluar dari pejabat kau ni! " tanpa sedar Luthfan menutur. Lantas dia menekup mulut apabila sedar terlepas cakap.Zayyan diam. Matanya kaku memandang skrin komputer yang masih bernyala.
" Jomlah," putus Zayyan akhirnya.
Luthfan senyum suka. Dirangkulnya leher Zayyan selepas mereka berdua keluar dari pejabat itu.
SELESAI sahaja membuat pesanan di restoran mewah tersebut, Zayyan, Luthfan, Daniell, Hud dan Harith kini sedang berbual kosong sambil menunggu pesanan mereka sampai.
Zayyan mencapai telefon pintarnya yang terletak di atas meja saat ianya berdering. Lantas ikon hijau digesek oleh Zayyan. Zayyan berdiri dari kerusi lalu mencari tempat yang sedikit lengang di luar restoran itu.
" Helo? Rora? Kenapa? " tegur Zayyan saat adiknya tidak bersuara.
" A.. abang "
Zayyan berkerut saat mendengar suara baru lepas menangis Aurora Freyya.
" Kenapa ni Aurora? Are you okay? " soal Zayyan prihatin.
" Hiks.. abang.. i..ibu "
" Kenapa.. dengan ibu? " berdegup kencang jantung Zayyan saat menunggu jawapan Aurora.
" I... Ibu... Ibu dah tak ada, abang.. Hiks " akhirnya pecah tangisan yang ditahan Aurora di balik talian.
Zayyan terkaku. Bergetar tangannya yang memegang telefon pintar.
PRAK
Telefon Zayyan jatuh ke atas lantai dengan kuat. Sehinggakan orang-orang di dalam restoran itu pun berpaling ke luar restoran untuk melihat Zayyan. Terlalu kuat bunyi itu.
Mungkin skrin telefon tersebut sudah pecah.
" Yan? Kenapa? " Zayyan panggung kepala saat suara Harith menyapa.
" Aku nak balik,"
" Hah? Balik? Awal la-- "
" Aku nak balik. Ibu aku.. dah tak ada," Zayyan menggigit bibir. Menahan sebak di dada.
" K.. kitorang ikut kau! " Zayyan angguk sahaja. Mereka berlima bergerak ke arah kereta yang diparkir di hadapan restoran tersebut.
Bermulalah perjalanan mereka ke kampung halaman Zayyan. Sempat Harith memaklumkan perkara itu kepada sahabatnya yang seorang lagi, Kasyaf Edriav.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...