𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 29

82 5 0
                                    


Kereta yang dipandu Aries Axier kini mengikuti jejak kereta Alphard hitam di hadapan. Kereta berjenama Alphard itu terletak beberapa meter dari kereta Aries. Aurora yang hanya duduk memerhati dari tepi memandang silih berganti antara adiknya dan kereta mewah tersebut.

" Kenapa ikut kereta tu? " tanya Aurora sambil membaca nombor plat yang tertera di badan belakang kereta Alphard tersebut.

" Itu nombor plat Black Dragon's. Ries ikut diorang? Pergi mana? Kenapa ajak kakak sekali? " soal Aurora bertubi-tubi. Kelakuan Aries sangat meerncurigakan Aurora. Janganlah si budak ni buat benda berbahaya.

" Abang kata dia nak pergi tempat abah mati dengan kawan-kawan dia. Dia kata.. dia nak siasat balik kes abah lepas Ries bagitahu gelaran pelaku tu. Bila Ries nak ikut, abang tak bagi," Aurora diam. Jadi, kerana inilah Aries berkeras mengekori abang mereka?

" Ries ajak kakak sebab Ries tahu kakak pun nak tahu kan? Walaupun bahaya, Ries janji akan lindungi kakak," janji Aries bersungguh-sungguh. Sisi wajah Aurora dipandang sekejap.

" Siapa nama pelaku tu? " soal Aurora tanpa memandang Aries.

" H. Orang-orang panggil dia H. Dia merupakan seorang ketua mafia di Rusia. H membunuh atas sebab-sebab tertentu.. jadi, takkan H bunuh abah untuk berseronok? Mesti ada motif," terang Aries sedikit panjang. Aurora terangguk-angguk mendengar penjelasan Aries.

" Kejap. Macam mana Aries tahu semua ni? " sedangkan dia dan Zayyan sudah bertahun-tahun mencari pelaku itu, namun Aries malah sudah menjumpainya sekelip mata. Wah..

" Erm.. Aries dan Noah siasat. Thanks to Noah, Ries boleh tahu benda ni dengan cepat," ujar Aries. Sempat dia mengerling Noah di tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang.

" Kalau H ada motif, abah.. buat apa dekat dia? " Aurora dan Aries dua-duanya terdiam. Memikirkan sebarang kemungkinan.

" Tak. Abah tak buat benda buruk. Aries percaya abah tak akan buat," yakin Aries berhujah. Aurora mengangguk setuju. Abah orang baik. Abah tak akan buat benda-benda terkutuk sehingga menaikkan amarah orang lain.

Perbualan mereka terhenti di situ apabila mereka sudah sampai ke destinasi. Kereta Aries diparkir sedikit jauh daripada kereta Black Dragon's. Menghindarkan Black Dragon's menyedari kehadiran mereka.

" Ada apa dekat sini sampaikan abang dan yang lain datang sini? Bangunan ni dah hancur teruk," kata Aurora sambil memandang bangunan besar yang sudah hancur dijilat api kebakaran beberapa tahun lalu.

" Ries pun tak tahu. Tapi, Ries ada dengar ada orang call abang dan suruh dia datang ke sini pada waktu malam," ujar Aries berdasarkan apa yang dia perhati pagi tadi.

" H. Mungkin dia yang suruh Yan dan yang lain datang ke sini. Dia ada rancangan. Hati-hati," arahan Noah hanya disambut dengan anggukan kecil daripada Aries. Mereka kemudiannya bergerak masuk ke dalam apabila kelibat Black Dragon's sudah menghilang.

Persekitaran gelap dan sunyi menyebabkan bayangan manusia-manusia yang sedang bergembira sebelum terjadinya kebakaran muncul. Suara-suara anak kecil yang melaung ibu dan ayah mereka kedengaran.

" Papa! Nak tu! "

" Ok sayang. Let's get the ice cream! "

" Hey Maliq! Be careful! "

" Papa, mama! Tunggulah Maya! "

Entah hidup entah mati mereka yang pernah datang membeli belah di mall ini.ah Pastinya anak-anak kecil itu sudah membesar kini.

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now