𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 31

98 6 4
                                    


            Pisau yang tajam berkilat itu digenggamnya erat. Laju kakinya melangkah ke arah muka pintu. Loceng ditekan sebaik sahaja sampai di hadapan pintu Mansion tersebut.

            Apabila pintu sudah terbuka, terjengul wajah yang ditunggu-tunggunya sejak tadi.

           Bibir Aries mengukir senyuman nipis apabila melihat abang angkatnya di muka pintu. Wajah serabut Tengku Adam dipandang dengan senyuman di bibir. Masih cuba beriak biasa walaupun emosinya sedang tidak stabil sekarang.

               " Abang buat ap-- Argh! " Aries terjatuh ke lantai apabila Tengku Adam bertindak menolaknya dengan kuat. Secara mengejut.

            Apabila melihat keadaan Aries, terus sahaja jejaka itu meluru ke arah adik angkatnya. Tengku Adam naik di atas badan Aries sebelum dia bertindak menumbuk wajah Aries berkali-kali. Tanpa  henti.

           Seperti orang gila, Tengku Adam mengangkat tinggi pisau di tangan sebelum mahu menikam Aries. Namun nasib menyebelahi Aries apabila dia sempat menolak tubuh Tengku Adam dengan kekuatan lelakinya.

            Aries menatap siling sesaat sebelum dia bertindak bangun. Tengku Adam dilihatnya tanpa riak.

           " Kau patut mati Aries! Mati! Disebabkan kau, kami hidup merana! Disebabkan kau, papa masuk penjara! " jerit Tengku Adam. Berombak dadanya menahan amarah di dada.

           " Hiargh! " tak sempat Tengku Adam bertindak, Aries lebih dahulu mengambil tindakan. Disepaknya perut Tengku Adam sehingga jejaka itu menjelupuk jatuh. Tanpa sebarang amaran, Aries naik ke atas badan Tengku Adam lalu menumbuk wajah abang angkatnya tidak henti. Bagai orang yang dirasuk, Aries tidak boleh dikawal lagi.

         PRANG!

         Tak cukup dengan tumbukan, pasu bunga yang berada berdekatan dihempas pula ke kepala Tengku Adam. Hasilnya, kepala Tengku Adam mengeluarkan darah yang banyak. Dia hampir hilang kesedaran diri sehinggalah satu tangan menghentikan perbuatan Aries.

         " Aries! Calm down! You want to kill him?!" memetir suara Zayyan selepas menghentikan perbuatan Aries. Mujur dia ada di rumah. Kalau tidak, mungkin dah meninggal Tengku Adam nanti.

            Aries tak memandang Zayyan. Matanya redup memandang lantai di bawah. Wajahnya jelas berserabut.

             " Salah ke? Salah ke Aries nak selamatkan diri Aries dari kena bunuh dengan dia?! Salah ke kalau Aries cuba pertahankan diri Aries? "

              " Aku penat lah. Aku pun manusia. Aku pun tahu erti lelah. Aku bukan robot yang asyik kena ikut cakap kau. Aku pun.. nak bebas. Tak boleh ke? Salah? " Aries terduduk di atas lantai. Dia penat. Penat sangat dengan semua ini. Semua masalah.. seperti tiada pengakhiran langsung!

             Semua nak salahkan dia. Semua salah dia. Apa yang dia cakap, semua salah. Tak ada yang betul tentang dia.

          Nothing.

        Zayyan diam. Dia.. tertinggi suara dengan Aries ke tadi? Allahu. Dia gagal lagi. Gagal mengawal kesabaran. Gagal memahami Aries.

        " Luth. Hantar dia pergi hospital," ujar Zayyan tegas tanpa memandang Luthfan. Luthfan mengangguk perlahan sebelum mengangkut Tengku Adam keluar daripada rumah tersebut.

       
                 
         

                ARIES termenung menatap langit malam yang dihiasi bintang-bintang berkelipan dan bulan yang indah menerangi langit gelap.  Ada sesuatu yang bermain di fikirannya sejak tadi. Sesuatu yang logik.

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now