Hayan Davier berjalan di koridor luas tersebut untuk ke bilik wad sahabat karibnya iaitu Aries Axier. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket kot putih doktornya." Doktor Hay," setiap teguran daripada jururawat-jururawat yang bertembung dengannya dibalas dengan anggukan kecil dan senyuman nipis.
Mesra betul kesemua pekerja di hospital ini. Hayan beruntung kerana dapat bekerja di hospital ini.
Pintu wad Aries dikuak sebelum dia masuk ke dalam. Pintu kembali ditutup dengan berhati-hati. Takut mengganggu sang sahabat.
" Hay!! " jeritan itu automatik membuat Hayan menoleh. Terkebil-kebil Hayan memandang sahabatnya yang sedang duduk di katilnya.
" Sini sini," arah Aries. Hayan menurut sahaja. Dia melabuhkan duduk di kerusi pelawat. Wajah pucat Aries dipandang hairan.
" Kenapa kau bangun ni? Tak sihat lagi kan? Rehat lah," Aries cebik bibir. Tak habis-habis suruh dia tidur. Bosan tahu tak asyik tidur je.
" Bosanlah asyik rehat je. Hah! Hay! Tolong aku," Hayan jungkit sebelah kening.
" Tolong apa? "
" Tolong rawat dia boleh? " pinta Aries separuh merayu. Hayan menunduk ke katil Aries.
Nampak Aries sedang melunjurkan kakinya dan selimut juga menutupi kedua-dua belah kaki jejaka itu. Yang Hayan terkejutnya, ada sesuatu di atas paha Aries.
" Eh? Mana kau dapat anak kucing ni? " soal Hayan sambil melihat anak kucing berwarna oren sedang enak tidur di atas paha Aries. Terlihat juga kaki sang kucing itu tercedera sedikit.
" Aku keluar tadi. Lepas tu jumpa anak kucing ni dekat taman. Aku ambil lah. Kaki dia cedera Hay. Tolonglah dia. Kesian dia," terjegil mata Hayan memandang Aries. Kantoi! Kau merayap Aries!
" Kau rawatlah sendiri. Kau yang jumpa.. aku pula yang kena urus natang ni? " Bebel Hayan sambil bersilih ganti memandang Aries dan si bulus.
Aries mencebik. Dia tak nampak ke tangan kita ni macam mana? Cedera kut! Dah lah kena balut. Rimas tahu tak?
" Eh-- oh.. Ok. A.. aku tolong eh Ries," Hayan tersenyum kekok selepas melihat tangan berbalut Aries. Baru teringat. Hehe.
Aries menjeling Hayan. Hayan bertindak mengambil anak kucing di atas paha Aries sebelum dia membawa anak kucing itu keluar untuk dirawat. Walaupun dia seorang doktor bedah, dia tetap tahu serba sedikit cara merawat haiwan.
" Eh! Apa nama dia? " Hayan menjenguk memandang Aries. Aries tersenyum penuh makna.
" Nama dia.. Ginger! " balas Aries ceria. Hayan menjungkit sebelah kening. Ginger?
" O..oh-- ok ," kemudian Hayan terus keluar dari ruangan tersebut. Telinganya sempat menangkap laungan Aries tadi.
" Bye Ginger! " Hayan menggeleng kecil. Ada-ada sahaja sahabatnya itu.
HUJAN rintik membasahi bumi daratan. Burung-burung yang tadinya berkicauan dan berterbangan kini sudah pulang ke sarang masing-masing. Awan mendung disertai hujan itu langsung tidak membuat aktiviti manusia di jalan raya berhenti.Yang menaiki kereta, selamat lah dari dibasahi air hujan itu, manakala yang menaiki motosikal, basah lah mereka dengan air hujan tersebut.
Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan para pesakit serta jururawat di luar hospital. Yang menghirup udara segar di luar hospital kini sudah masuk semula ke dalam bangunan hospital itu.
Ketika matanya tekun menatap awan mendung, matanya menangkap sesuatu yang jatuh dari langit. Aries membuka sedikit tingkap untuk melihat apa yang terjatuh itu.
Terperanjat juga Aries saat melihat burung merpati sudah terlentang jatuh di lantai aras bawah iaitu aras pintu masuk hospital. Melihatkan tiada siapa yang kisah akan burung itu, Aries naik kasihan dengan nasib sang burung.
Jarum di belakang tangannya dicabut laju. Kening bertaut menahan sakit ketika jarum itu dicabut. Aries keluar dari bilik wadnya. Sempat dia menutup kembali pintu wad tersebut sebelum dia terus melangkah ke lif untuk ke tingkat bawah.
Situasi yang lengang menyebabkan Aries dapat lolos dengan mudah.
Dengan kakinya yang terhincut-hincut berjalan, Aries melangkah ke arah tangga apabila lif telah dimasuki ramai orang. Dia tak sanggup menunggu kerana takut sang burung akan mati kesejukan nanti.
Jikalau kakinya tak tercedera kerana disebat papanya, pasti laju sahaja Aries menuruni tangga. Tapi tak apa! Demi sang burung, dia sanggup berkorban!
Beberapa minit kemudian, Aries akhirnya sampai ke aras bawah. Nafasnya tercungap-cungap. Namun begitu, tetap kaki melangkah ke arah luar hospital tanpa menghiraukan nafasnya. Tak ada masa nak stabilkan balik lah. Burung lebih penting.
Akhirnya, Aries sampai juga ke tempat burung itu. Pada masa yang sama, hujan yang tadinya merintik kini sudah bertukar lebat. Aries laju bertindak dengan mengambil jasad kecil burung tersebut lalu dilindungkan dengan baju hospitalnya.
Aries menilik kecederaan pada badan sang burung. Tak teruk mana. Cuma sayap kirinya tercedera sedikit. Itu yang menyebabkan sang burung jatuh tadi.
Kepala menoleh apabila menyedari dirinya sudah tidak lagi dibasahi air hujan. Aries membatu apabila melihat gerangan tersebut.
" M.. ma-- "
" Kut ye pun nak selamatkan burung tu.. bawalah payung. Haih. Itu pun aku kena ajar ke? " kasar namun tetap terselit kerisauan pada nada Puan Marsya.
Aries tetap membatu di tempatnya. Macam tak percaya.
" Dah. Jom masuk. Nanti demam, tak pasal-pasal kena tahan dekat hospital ni lagi," ajak Puan Marsya seraya menarik lengan Aries untuk berdiri.
Puan Marsya memegang tangan Aries yang tidak tercedera untuk dibawa masuk ke dalam bangunan itu kembali. Aries memandang mama tak berkelip. Perlahan-lahan bibirnya merekah dengan senyuman nipis. Aries gembira. Gembira sangat.
Puan Marsya yang melihat senyuman Aries dari ekor mata hanya menayangkan wajah kosong. Walaupun begitu, hatinya tetap terbit rasa gembira apabila melihat Aries tersenyum.
' Maafkan mama. Mama nak berubah. Mama nak jadi ibu yang terbaik untuk Aries selagi kita ada masa untuk bersama ' getus hati Puan Marsya. Sejujurnya, dia menyesal dengan perbuatan kejamnya terhadap Aries.
Dan dia nekad untuk berubah. Apa yang merubah fikiran Puan Marsya sebenarnya?
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
Ginger
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...