𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 18

95 5 2
                                    


     Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Perkara pertama yang dia lihat adalah tingkap yang masih ditutupi dengan kain langsir. Menghalang cahaya matahari pagi dari masuk ke dalam ruangan bilik itu.

      Tengku Aries Axier menyelak selimut yang menutup badannya lalu dia bangun dari baringan. Kepala yang masih berasa pening dia urut seketika.

   KLAK

" Aries. Kau dah bangun? " suara Hayan menyapa gegendang telinga Aries. Namun Aries langsung tidak memandang mahupun membalas sapaan Hayan.

    Aries marah dan kecewa pada sahabatnya itu. Sanggup Hayan merahsiakan sesuatu perkara yang besar daripadanya? Kenapa Hayan sanggup merahsiakan tentang pistol itu? Pistol itu mesti dah lama disimpan dalam rumah mereka. Dan.. barang itulah yang dimahukan pencuri-pencuri malam semalam.

" Aku tahu kau marahkan aku. Aku minta maaf. Aku buat benda ni bersebab Ries," Hayan duduk mencakung di hadapan Aries yang duduk di birai katil.

" Aku buat sebab aku nak balas budi mereka. Mereka dah banyak tolong aku. Tolong kau. Diorang yang tolong jagakan kau masa kau koma sementara aku dalam perjalanan balik dari kampung aku. Diorang sudi berkawan dengan kita sedangkan orang lain langsung tak sudi berkawan dengan kita," Aries menggigit bibir bawahnya. Dia mula overthinking apabila Hayan kata begitu.

" Aku minta maaf. Disebabkan kau berkawan dengan orang pelik macam aku, kau tak ada kawan rapat lain. Aku minta maaf. Kalau kau rasa aku ni membebankan dan tak layak jadi kawan aku, tinggalkan lah aku. Aku pun tak nak menyusahkan sesiapa lagi," ujar Aries dengan nada kecewa.

   Hayan terpempan. Tak sangka Aries berfikir sebegitu. Tapi, Hayan faham. Mental Aries sekarang sedang lemah.

" Aku tak maksudkan macam tu. Aku gembira kawan dengan kau. Jangan cakap lagi yang aku tak nak kawan dengan kau! Atau aku smackdown kau nanti! " ugut Hayan bercampur dengan gurauan. Aries ketawa halus. Dia terhibur dengan Hayan.

" Oh ya. Kita tinggal dekat sini dulu tau. Rumah dah tak selamat. Diorang dah dapat jejak lokasi 'barang' tu. Jadi, sampai semua ni selesai, aku nak kau duduk sini dengan Black Dragon's," tegas Hayan. Aries diam. Nama itu lagi. Black Dragon's lagi. Noah pernah sebut. Dan Hayan juga.

" Black Dragon's.. mafia kan? " Hayan terdiam mendengar pertanyaan tiba-tiba si sahabat.

" Bermakna.. kau pun sebahagian dari mereka. Kan? " Hayan mengeluh sebelum mengangguk kecil. Sejak dia berkawan dengan Black Dragon's, dia dah menjadi sebahagian dari kumpulan itu. Sampaikan menembak dan seni pertahanan diri pun dia tahu. Dia belajar semuanya dari Black Dragon's semata-mata ingin melindungi Aries. Dia pasti, ada suatu kejadian yang sudah dijangka lama oleh dia akan berlaku. Jadi, Hayan sudah membuat persediaan awal.

    Antara kejadian yang dijangka berlaku itu sudah pun berlaku. Malam semalam. Pencuri-pencuri itu.

" Kenapa.. pistol tu ada dengan kau? " tanya Aries. Dia tak faham.

" Ok. Macam ni. Kasy bagitahu aku yang Blood Axe, kumpulan mafia terhebat tu tengah target pistol tu. Pistol tu tak silap aku pemiliknya ialah seorang ketua polis di negara Itali. Dia minta tolong bapa Kasy untuk jagakan pistol tu. Pistol tu kalau dijual boleh dapat banyak duit. Mungkin boleh dapat berjuta. Mereka nak pistol tu sebab nak jual. Mereka nak kaut untung,"

" Kenapa tak bagi je? "

" Kau gila ke Ries? Duit yang mereka dapat dari penjualan pistol tu, mereka akan gunakan untuk kerja haram diorang. Buat dadah dan senjata api secara haram," terang Hayan panjang lebar.

" Kasy bagi aku pistol tu sebab dia percayakan aku. Dia ingat yang mereka tak akan cari aku. Tapi, silap. Mereka lebih bijak. Aku tak sangka mereka bertindak secepat itu. Tak pasal-pasal kau yang jadi mangsa," Aries menunduk. Dia diam untuk memikirkan satu perkara.

" Aku macam pernah dengar nama Blood Axe tu. Papa pernah sebut," Hayan terkedu. Aduh.. macam mana dia boleh terlupa yang si Aries ni anak Tengku Farid, anak ketua kumpulan mafia itu. Tapi, Aries tak tahu ke papa dia tu mafia?

" Err.. kau salah dengar kut. Eh! Jom lah turun. Sarapan. Yang lain dah tunggu tu," ajak Hayan mengubah topik.

      Aries memandang belakang tubuh Hayan yang sudah berjalan jauh meninggalkannya sendirian. Aries menunduk. Dia dapat rasakan masih ada banyak perkara yang Hayan rahsiakan daripadanya.

     ARIES memandang lama satu foto album kecil yang tergantung di dinding ruang tamu rumah agam itu. Tanpa membuang masa, dia bergerak ke arah gambar tersebut.

     Gambar itu ditatap penuh teliti. Gambar itu ialah foto satu kumpulan remaja lelaki. Kesemuanya ada tujuh orang.

      Di hujung kanan, ada Harith Karl. Di sebelah Harith Karl pula ada Zayyan dan Luthfan. Tapi, di tepi Luthfan itu.. Aries tak kenal siapa. Dan di tepi insan yang tak dikenali itulah ada Kasyaf. Seterusnya ada dua bala Black Dragon's iaitu Daniell dan Hud.

     Aries kembali menatap gambar lelaki yang tak dikenalinya itu. Lelaki itu kelihatan sangat gembira di dalam gambar tersebut.

" Gantikan tempat aku,"

" Kau dah kenal mereka. Kau dah berkawan dengan mereka,"

Satu suara itu mula bermain di kotak fikiran Aries Axier.

" Entah-entah.. ini Noah? Kan? " teka Aries sendirian.

     Bunyi suara halus orang menggumam kedengaran di tepi telinga Aries.

" Ergh. Kau ni terlalu bijak Aries! Tahniah! Kau dah berjaya jumpa aku! " suara itu. Aries berpaling ke belakang.

    Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada seorang jejaka yang santai duduk di sofa sambil memandang ke arahnya.

" Kau.. Noah? T.. tapi macam mana.. "

" Yep! Aku Noah. Kau buat-buat lupa atau memang kau tak tahu? Hijab kau terbuka kan? Sebab tu kau boleh nampak aku," Aries terkedu. Macam mana.. Noah boleh tahu?

" Macam mana kau tahu? " Noah menjungkit bahu.

" I know everything about you! " balas Noah dengan senyuman penuh makna.

" Creepy," kata Aries selamba.

" Kau kawan diorang? Macam mana kau mati? " soal Aries tanpa berdalih.

" Yes. Aku kawan diorang. Macam mana aku mati.. kau patut tanya mereka,"

" Kau nak apa sampai berkeliaran macam ni? " tanya Aries.

" Aku ada sesuatu yang perlu dibuat. Kau lah tu. Lagi cepat kau buat apa yang aku nak, lagi cepat aku pergi. So, nak taknak.. aku akan sentiasa berada dengan kau," Noah senyum 'manis'.

" Apa yang kau nak aku buat? "

" Adalah. Rahsia," Aries menjeling Noah. Nak berahsia bagai pula.

TO BE CONTINUED..

𝒴. 𝒮𝒽𝒶

*Sigh.. dah macam genre horror pula. Takpelah.. Sha buat kelainan sikit dekat cerita ni :)

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now