Zayyan merenung dalam foto kecil yang terpapar di dalam fail tersebut. Foto itu disertakan maklumat peribadi dengan empunya gambar.Zayyan hela nafas kasar. Kot yang tergantung di kerusi kerja diambil kasar sebelum dia menyarungkannya ke badan sambil berjalan keluar dari bilik pejabat.
" Eh, tuan Zay? Tuan nak pergi mana? Kejap lagi ada meeting dengan tuan muda! " seorang wanita berhijab yang bekerja di kaunter menegur Zayyan.
" Cakap dekat dia saya ada hal "
" Eh! T.. tapi tuan! " semuanya jadi terlambat apabila kereta Audi R8 Zayyan sudah meninggalkan kawasan syarikat tersebut.
Wanita itu hela nafas kasar.
Zayyan memberhentikan kereta di tempat parkir syarikat TF. Kaki melangkah masuk ke dalam tanpa menghiraukan panggilan pekerja yang bekerja di syarikat tersebut.
Kaki laju melangkah ke arah lif. Butang lif tingkat yang paling atas, tingkat 11 ditekan.
Beberapa minit kemudian, pintu lif terbuka. Zayyan menghala ke arah pejabat orang yang dicarinya. Kasar dia menolak pintu sebelum dia menghadap Tengku Farid dengan nafas yang berombak kencang.
" T-tuan! Maafkan saya. Saya tak berjaya halang dia " Tengku Farid hanya menatap kosong Zayyan.
" Tak mengapa. Kamu boleh sambung bekerja " pekerja itu mengangguk teragak-agak. Pintu ditutup lembut oleh dia.
" Ada apa hal tuan Zayyan datang ke syarikat saya? " soal Tengku Farid.
" Who is Tengku Aries Axier? " tegas nada Zayyan menyoal.
Tengku Farid ketawa halus untuk menyembunyikan debaran di dada.
" Of course.. he is my son " balas Tengku Farid tenang.
" Tak. Tengku menipu. Tak ada rekod tentang Tengku Aries dalam siasatan saya! Hanya Tengku Adam dan Tengku Adrelin yang ada. Jadi, siapa Tengku Aries yang sebenarnya? " mata Tengku Farid tajam menikam anak mata Zayyan.
" Dia.. bukan anak kandung Tengku kan? "
BANG!
Dengan geram hati Tengku Farid menumbuk meja kerjanya. Terus dia bangun dari kerusi sambil menatap tajam Zayyan.
Namun Zayyan hanya membalas tenang.
" Aku bagi amaran dekat kau. Jangan. Menyibuk. Dalam. Urusan. Aku! " tegas Tengku Farid.
" Jadi betullah. He know it? " soal Zayyan tanpa menghiraukan pandangan tajam lelaki berumur itu.
" Sekali kau masuk campur dalam urusan aku, itu adalah hari terakhir kau dapat bernafas " ugut Tengku Farid.
" I don't care! Kalau betul dia orang yang saya cari, hari itu merupakan hari terakhir Tengku dapat berjumpa dia "
" Jangan sentuh dia. Kalau aku dapat tahu kau berniat jahat dekat Aries, kau akan mati " tegas Tengku Farid.
" We will see, Tengku. See you soon Tengku! " Zayyan senyum sinis sebelum dia mengatur langkah keluar dari bilik itu.
Tengku Farid terduduk semula di atas kerusi. Rambut diraup kasar ke belakang sambil menghela nafas lemah. Dia terfikirkan kata-katanya tadi.
Kata-katanya tadi.. benar-benar seperti dia sangat kisah akan Aries. Bingung, buntu.
Farid tak tahu perasaan apa yang dia rasa sekarang ini. Takut, risau terhadap Aries? Perasaan itu muncul terhadap.. anak yang selalu dia lampiaskan amarah? Wow! Apa ini?
Farid keliru. Dia sayang, atau benci jejaka iris hazel itu?
" Leen. Prend soin de lui " ( Uruskan dia) arah Tengku Farid tegas kepada anak buahnya melalui telefon pintar.
" Oui monsieur " ( Baik tuan) balas suara wanita di balik panggilan.
ZAYYAN Hayqayl mengerling cermin di sisi kanan apabila merasakan ada yang mengekorinya. Ternyata sangkaannya benar. Sebuah kereta Mercedes berwarna hitam laju menyaingi kereta Zayyan.Kini, kereta mereka duduk bersebelahan.
BANG!
Zayyan memandang tajam kereta sebelahnya saat keretanya ditolak.
" Merda! " ( Sial!) carut Zayyan geram apabila kereta itu sekali lagi menolak keretanya sehingga dia hilang kawalan untuk mengawal.Zayyan tajam memerhati kelajuan kereta hitam tersebut sebelum dia bertindak menekal pedal brek.
" Stupido! Kenapa sekarang?! " ( Bodoh! )
Zayyan merungut apabila pedal breknya tidak berjaya ditekan. Berkali-kali menekan, kereta masih belum berhenti. Malah, ianya semakin laju.Zayyan melihat empunya kereta di sebelahnya menurunkan cermin kereta. Terpampang wajah seorang wanita yang tersenyum sinis kepadanya.
" Warning for you. Goodbye! See you in hell " seusai mengatakan, cermin kerera dinaikkan semula kemudian wanita itu merempuh kuat kereta Zayyan dari tepi sehingga membuat kereta Zayyan hilang kawalan sepenuhnya.
Zayyan hela nafas lemah. Mata dipejam rapat.
BAM!
BAM BAM!
Kereta mewah itu bergerak laju tanpa dikawal. Tayar terseret di jalan tar sehingga meninggalkan kesan sebelum ianya laju menghempas satu kereta di hadapannya dan kemudian melanggar satu pohon besar di tepi jalan.
Berlakulah kemalangan antara kereta Zayyan dan kereta orang awam.
Wanita yang menyebabkan semua ini terjadi tersenyum sinis. Kereta dipandu laju meninggalkan kawasan kejadian.
Darah mengalir laju dari anggota badan yang tercedera. Agak parah. Bau hanyir darah menusuk masuk ke dalam rongga hidung Zayyan.
Sayup-sayup dia mendengar suara orang-orang yang sedang menghampiri dia. Kelihatan juga orang awam sedang menyelamatkan penumpang di dalam kereta mewah yang tak sengaja dia langgar tadi.
' Maafkan abang, Aurora '
Kemudian, mata dikatup perlahan. Pandangan menjadi kabur. Apa yang terjadi selepas itu, Zayyan tidak tahu.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...