Aries Axier keluar dari perut kereta setelah dia sampai ke destinasinya. Restoran mewah yang bernama restoran D'Italiano itu Aries pandang dengan perasaan bercampur baur.Kalaulah ada Hayan di sisi, sudah pasti Aries meluahkan segala gusarnya. Namun, Hayan sudah tiada di sini. Dia baru sahaja pulang ke kampungnya pada awal pagi tadi.
Aries datang ke restoran ini kerana permintaan Aurora Freyya. Disebabkan kasihan dengan Aurora yang terlalu menginginkan dia hadir ke restoran ini, Aries terpaksa bersetuju.
' Sorry pa. Ries tak dengar cakap papa ' getus hati jejaka itu.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran tersebut, mata melilau mencari kelibat Aurora. Setelah jumpa, pantas kaki melangkah ke arah meja yang diduduki Aurora.
Aurora tersenyum lebar apabila melihat Aries yang sudah duduk di hadapannya.
" Ada apa cik suruh saya datang sini? " soal Aries.
" Call me Aurora " Aries diam sebelum dia mengangguk kekok.
" Saja. Saya nak berbual dengan awak. Tak salahkan kita nak kenal-kenal? " Aurora membalas dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir.
" Eh. Order lah dulu. Saya belanja "
" Betul? " Aurora angguk lalu dia mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan di restoran tersebut.
Selesai memesan air yang dikehendaki, Aries kembali berpaling kepada Aurora. Menunggu Aurora untuk meneruskan perbicaraan.
" Jadi, awak kerja dekat mana? "
" Err.. saya.. tak kerja lagi. Ingat nak cuti seminggu dua dulu baru cari kerja " Aurora angguk faham.
Sempat dikerling lima jejaka yang memakai pelitup muka bagi menyembunyikan identiti mereka di meja panjang belakang meja mereka. Kelihatan seorang jejaka mengangguk. Memberi arahan kepada Aurora. Aurora turut mengangguk sedikit.
" Saya ada kafe. Baru aje buka. Jemputlah datang nanti ya? " pelawa Aurora sambil menghulurkan satu kad pengenalan kafe kecil.
Aries menyambut huluran tersebut. Dia membaca butiran di dalam kad tersebut.
Aurora Flower Cafe.
" Kalau ada masa saya datang," Aurora tersenyum manis mendengar balasan Aries.
Perbualan mereka diteruskan lagi sehingga Aries tidak perasan yang jam sudah lewat. Aries senang berbual dengan Aurora. Aurora seorang lemah lembut dan itu menyelesakan Aries.
Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang memerhati mereka dari luar restoran sejak tadi. Tajam mata kelabunya memerhati Aurora dan Aries.
Telefon ditekapkan ke telinga selepas menekan kenalan yang hendak dihubunginya.
" Tuan. Tengku Aries berjumpa dengan mereka lagi,"
Selepas itu wanita beriris kelabu itu diam menunggu balasan tuannya.
" Baik tuan," panggilan tamat. Wanita itu mengerling sekilas dua insan yang masih berborak itu sebelum dia beredar dari situ.
Bosnya menyuruh dia untuk pulang. Jadi, urusannya sudah selesai. Selebihnya, biar bos yang uruskan.
NAFAS dihela kasar oleh Aries Axier. Penat. Bergegas dia ke Tengku Mansion selepas menerima panggilan dari anak buah papanya, Leen.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...