Kasyaf dan Tengku Aezean Xavier memandang tajam satu persatu wajah Black Dragon's dan Aurora. Tak terkecuali dengan Khalif, Syaqil, Tengku Aarian Xiev dan Tengku Orkid Aadryana yang juga memandang tajam Black Dragon's dan Aurora.Suasana di situ sunyi. Hanya bunyi celotehan anak Kasyaf dan Medina, Kayla Eryna, puteri Black Dragon's, Puteri Delisha Evelyn, anak Tengku Aezean dan Bunga Arissa, Ashriq Rykarl dan anak Harith Karl dan Rose Aurora, Anggun Jasmine yang kedengaran.
Tak penat anak-anak kecil itu berceletoh sesama mereka. Sehinggakan Puteri Delisha Evelyn yang paling besar pun penat mendengar apa yang nak diceritakan bayi-bayi itu.
" Kau tahu tak perbuatan kau orang ni membahayakan nyawa Aries? " soal Kasyaf dingin.
Mereka menggeleng perlahan.
" Kalau kau tak tahu lagi, Tengku Farid dan Puan Marsya tu suka dera Aries. Tambahan pula, Tengku dah halang Aries dari jumpa korang. Korang boleh fikir apa yang jadi dekat Aries nanti? " Aurora dan Black Dragon's memandang Tengku Aezean tak percaya.
Mereka tak tahu pun risiko tu. Mana Aezean dapat maklumat tu?
" Aku ada orang yang cari maklumat tentang keluarga Tengku " jelas Aezean seakan faham dengan pandangan mereka.
Khalif hela nafas kasar.
" Bebal," carut Syaqil perlahan. Geram dengan anak-anak muda itu.
" Abah. Sabar bah. Jangan mencarut bah. Ingat dosa pahala bah," bisik Medina Sofia kepada ayahnya, Muhammed Syaqil.
Syaqil hela nafasnya kasar. Mujur ada si anak. Kalau tidak, memang semua carutan dikeluarkan Syaqil.
" Young master! " Ariq berhenti di hadapan mereka.
" Apa? " soal Kasyaf kepada anak buahnya, Ariq.
" You should come and save Tengku Aries right now. Saya tak nampak dia keluar dari rumah. Dah enam jam saya perhati. Tengku tak keluar " terang Ariq risau. Dia perhati dan tunggu sahaja Aries keluar dari rumah. Tapi tak keluar keluar! Yang keluarnya, Tengku Farid dan Leen. Entah mereka berdua ke mana.
Kasyaf kembali berpaling sambil memandang tajam rakan-rakannya dan Aurora. Kecut perut mereka jadinya saat menerima pandangan tersebut.
" Jom! " arah Kasyaf tegas.
TERUS mereka merempuh masuk ke dalam Tengku Mansion. Sampaikan pengawal-pengawal yang menjaga di pagar pun mereka belasah sampai pengsan.
Laju mereka menapak masuk ke dalam rumah.
Tak ada pula orang-orang di rumah turun. Entah-entah semuanya keluar? Sebab tu sunyi semacam.
Black Dragon's mengangguk sesama sendiri saat bertatapan. Oh ya, Syaqil dan Khalif serta para wanita termasuk Aurora dan anak-anak tak ikut sekali. Mereka ada di rumah agam. Ha! Tengku Aezean dan adik beradiknya pun tak ikut sama. Katanya nak main dengan budak-budak.
Lagipun, perkara ini tak ada kena mengena dengan Tengku Aezean sekeluarga.
Black Dragon's berpecah. Semuanya berpecah untuk menelusuri rumah agam tersebut.
Zayyan menguak kasar pintu bilik kaca yang dijumpainya. Alangkah terkejutnya dia apabila hidungnya ditusuk dengan bau hanyir darah.
Zayyan berpaling ke tepi.
" Allah! Adik abang! " tanpa sengaja ianya terpacul keluar dari bibir Zayyan.
Zayyan bergerak laju ke arah Tengku Aries yang sudah terkulai lemah di atas lantai dengan darah yang tidak henti mengalir keluar dari luka.
Zayyan ketap bibirnya menahan amarah. Ini mesti kerja Tengku Farid.
" Guys!! " kuat laungan Zayyan sehingga bergema di seluruh rumah agam tersebut.
" Aries kuat. Aries kena bertahan. Jangan mati Ries. Abang minta maaf. Abang minta maaf. Semua ni jadi sebab abang," sebak Zayyan berkata.
Serentak dengan itu, rakan-rakan Zayyan sudha tiba di bilik tersebut. Mereka semua terkejut dengan keadaan parah Aries.
" H.. hospital. Luth! Hospital! " Kasyaf mengarah lantang.
Luthfan mengangguk faham. Tubuh Aries diambil dari Zayyan. Terus Luthfan berlari laju menuruni tangga untuk membawa si jejaka ke hospital.
" Kasy. Hiks," Zayyan tak dapat menahan tangisan saat Kasyaf mendekati dia. Kini hanya tinggal dia dan Kasyaf di bilik itu.
Yang lain sudah turun menemani Luthfan untuk membawa Aries ke hospital terdekat.
" Shh..shh. Aries kuat. Adik kau kuat kan. Percayakan dia," pujuk Kasyaf sambil membiarkan sahaja Zayyan menangis di hadapannya.
" Ak.. aku penyebab benda ni jadi. Kalau.. aku tak degil suruh Aries berjumpa Rora dengan restoran tadi, benda ni tak jadi! Aries tak akan jadi macam ni. Hiks " Zayyan meletakkan semua kesalahan di bahu.
" Yan. Jangan macam ni. Bukan salah kau. Kita pergi hospital ok? " Pujuk Kasyaf. Zayyan angguk sambil mengesat matanya.
LEEN menguak pintu bilik kerja Tengku Farid seusai dia mengetuk. Sebaik sahaja tiba di hadapan Tengku Farid yang sedang duduk di kerusi kerja sambil menaip di komputer, Leen menunduk hormat." How is it? Leen? " soal Tengku Farid tanpa memandang wajah Leen.
" Mereka dah bawa Tengku Aries ke hospital," balas Leen.
Tengku Farid mengangguk faham.
" Perhatikan mereka lagi. How about Marsya? "" Puan Marsya masih membeli belah dengan Tengku Adam dan Tengku Adrelin," balas Leen lagi.
" Kau boleh keluar," Leen mengangguk sebelum dia menapak keluar dari bilik kerja bosnya itu.
Selepas kelibat Leen sudah tidak kelihatan, Tengku Farid menghela nafas lega. Fikiran mula teringat akan kejadian tadi. Dimana dia hilang kawalan kerana terlalu marah dan memukul Aries. Teruk.
' Maafkan papa, Aries ' nafas dihela kasar. Menyesal dengan perbuatannya.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...