Aries Axier hanya duduk sambil menggoyangkan kedua-dua belah kakinya sambil melihat Zayyan yang sedang mengemas baju-bajunya sepanjang berada di hospital itu ke dalam beg. Hari ini, Aries dah boleh keluar!Walaupun dah boleh keluar, tetap sahaja kepalanya masih rasa sakit sikit.
Sekarang pun masih berbalut." Abang nak pergi tandas sekejap. Duduk diam-diam dekat sini tahu? " Pesan Zayyan. Aries mengangguk malas. Taulah. Dia buat kita macam budak kecil.
Selepas sahaja kelibat Zayyan menghilang, Aries memandang Noah yang sedang berbaring di atas sofa. Bibir mengukir senyuman penuh makna.
" Noah," panggilan Aries Noah balas dengan gumaman.
" Kau nak tahu sesuatu tak? "
" Apa? "
" Masa aku cari maklumat tentang abang, aku TERbaca kau punya maklumat lah, Noah," ujar Aries dengan nada dramatik. Terus Noah bangun dari baringannya. Tajam dia menatap Aries.
" Kau-- "
" Tak sangka kau ada adik yang cantik! "
" Aries Axier! Jangan berani kau sentuh adik aku! " tegas Noah. Aries memandang Noah tanpa ekspresi sebelum ketawa terletus dari bibir Aries.
" Garang lah abe Noah. Tachod tite," usik Aries membuatkan Noah menjeling tajam Aries.
" Tapi, haih.. kenapa tak ada maklumat tentang cara kematian kau Noah! Ish! " Aries mendengus geram.
Noah yang mendengar tersenyum lega. Ada sebab dia tak mahu memberitah Aries cara kematiannya. Dia takut.. Aries akan bertindak di luar jangkaan.KTAK
Aries berhenti berbual bersama Noah apabila Zayyan sudah kembali. Pintu ditutup semula oleh Zayyan sebelum nafas kecil dihela.
Senyuman nipis diukirkan di bibir untuk Aries. Zayyan bergerak ke arah kerusi pelawat lalu duduk di situ. Dalam dia menatap anak mata hazel sang adik.
" Aries.. ada cakap dengan sesiapa ke tadi? " soal Zayyan perlahan. Dia nampak dan dengar semuanya tadi. Zayyan nampak Aries sedang bercakap dari luar pintu namun dia tidak lihat dengan siapa Aries berbual. Setiap bait kata Aries didengarnya dengan sangat jelas.
" H.. hah? M.. Mana ada," nafi Aries laju. Dalam dia menatap anak mata coklat cair jejaka kacukan di hadapannya.
" Aries. Jangan tipu abang boleh? Aries masih boleh nampak benda-benda tu kan? " soal Zayyan. Dia inginkan kejujuran daripada Aries. Ingatkan Aries sudah tidak nampak 'benda' itu selepas bertahun-tahun lamanya. Rupa-rupanya.. haih. Sangkaannya meleset.
" Tak.. Aries dah tak nampak," Zayyan mengeluh kecil. Nampaknya, Aries masih berkeras.
" Takpelah kalau macam tu. Sebelum balik kita pergi kubur, lawat abah dengan ibu. Kakak pun ada sekali. Dia tunggu dalam kereta tadi," terang Zayyan, tak sedar akan keterlanjuran katanya, terus dia mengambil beg pakaian Aries. Manakala Aries masih membatu di katilnya. Zayyan menoleh apabila tiada gerakan dari Aries.
" Aries,"
" Ibu.. dah mati? " matanya berkaca apabila menyebut perkataan 'mati'. Kenapa tiada orang sudi beritahu yang ibu kandungnya sudah tiada? Tak sempat pun dia merasa kasih sayang daripada seorang ibu.. Dadanya terasa sesak sekarang.
Zayyan membatu. Bagai tersedar, beg pakaian diletakkan di aras lantai semula sebelum dia bergerak ke arah Aries.
" Ries, a.. abang minta maaf," baru tersedar yang dia masih tak beritahu tentang berita kematian ibunya sebulan yang lepas.
" Aries.. nak jumpa abah dengan ibu," bergetar suara Aries menahan rasa. Zayyan mengangguk faham. Serba salah pula rasanya kerana tidak memberitahu Aries perkara sebenar. Dan sekarang, secara tak sengaja kebenaran terbongkar. Memang tak boleh ditanggung sakitnya.
SELESAI membentang tikar di tanah kubur antara pusara ibu dan abah, anak muda bertiga itu melabuhkan punggung di tikar dengan surah Yasin di tangan. Bacaan basmalah dibaca bagi memulakan bacaan Yasin mereka untuk kedua ibu bapa mereka yang telah pulang ke Ilahi.Surah Yasin ditutup seusai mereka membacanya selama beberapa minit. Bacaan mereka disudahi dengan kalimah sadaqallahula'zim.
Tangannya yang bebas dari memegang apa-apa barang kini mengusap nisan arwah abahnya. Pabila berpaling ke sebelah kanan, nisan arwah ibu pula diusapnya. Tertera di kedua-dua batu nisan tersebut nama ibu dan abah mereka.
Walaupun sudah meninggal dunia, kubur mereka tetap diletakkan bersebelahan. Menandakan betapa kuatnya cinta arwah berdua sehingga ditakdirkan duduk bersebelahan di kubur.
Bibir mengukir senyuman paksa. Masih segar di ingatannya memori-memori indah bersama ibu bapa tercinta serta adik beradiknya yang dikasihi. Sesungguhnya dia merindui setiap suasana ceria itu.
Aries sedia maklum tentang punca kematian ibu tercinta. Dia dikhabarkan bahawa bidadari itu menghidap penyakit jantung dan juga meninggal dunia kerana penyakit kronik tersebut.
Dia juga dikhabarkan bahawa ramai kenalan, saudara-mara serta sahabat-sahabat hadir pada hari perkebumian sang ibu dan abah. Malahan, orang yang tidak dikenali turut hadir untuk bersama-sama menghantar ibu dan abah buar kali terakhir. Itu membuktikan bahawa kedua pasangan kekasih halal itu merupakan orang yang sangat baik semasa masih hidup.
Cuma sayangnya, Aries seorang yang tak dapat menghantar pemergian kedua insan tercintanya. Semasa pengebumian sang abah, dia pula dikhabarkan menghilang dan lama kelamaan dianggap sudah meninggal. Dan semasa pengebumian sang ibu, dia tak dapar hadir kerana masih tidak mengetahui kebenaran sebenar.
" Abah, ibu. Ries dah balik. Anak abah dan ibu dah balik," perlahan Aries berkata. Namun masih dapat didengari Zayyan dan Aurora.
" Sayangnya, abah dan ibu tak dapat sambut Ries. Ries pun tak dapat peluk ibu dan abah. Ries.. dah tak akan dapat kasih sayang ibu dan abah lagi," itulah hakikatnya. Hakikatnya bahawa Aries tak dapat merasai kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah semasa proses dia membesar. Semasa dia membesar, ibu dan abah tiada di sisi. Yang ada hanya mama dan papa yang kejam serta abang dan kakak yang tidak berhati perut.
" Aries.. rindu sangat dengan ibu dan abah. Ries rindu nak tengok wajah ibu dan abah. Dah lama kita tak berjumpa," kata-katanya ikhlas dari hati. Selepas bertahun-tahun, akhirnya dia dapat pulang ke pangkuan keluarga kandung. Namun, dia sudah tidak dapat bertemu dengan ibu bapa tercinta. Hero dan heroinnya di dunia ini sudah pergi meninggalkannya jauh tanpa sempat bertemu kembali.
" Ries minta maaf sebab lambat balik," Aurora menarik Aries ke dalam pelukan. Kepala Aries dicium kasih.
" Rora, Ries. Jom balik? Dah lewat," ujar Zayyan lembut bagi mengajak adik-adiknya pulang. Jam juga sudah menunjukkan pukul 11 pagi.
" Jom balik, little bunny," ujar Aurora membuatkan Aries tersenyum kecil. Rindu betul dia dengan panggilan itu daripada kakaknya.
" Jom! Ries nak jumpa Ginger! " sudah pasti anak kucing comel itu sendiri apabila tiada dia di rumah. Kesian pula dengan Ginger.
Tanah perkuburan Islam itu ditinggalkan mereka bertiga. Kereta milik Zayyan laju meninggalkan perkarangan perkuburan tersebut.
Ibu, abah, Ries pergi dulu.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...