Aries Axier membuka kelopak matanya. Terpisat-pisat dia memandang sosok yang sedang duduk di kerusi pelawat sambil memandangnya. Dia juga merasakan ada satu tangan yang sedang membelai kepalanya yang masih berbalut.Tak berkelip mata Aries memandang sosok di hadapannya. Dia bagaikan tak percaya apa yang berlaku sekarang. Mimpi ke ni?
" Mama buat Ries terjaga ya? Maafkan mama, sayang," lembut sahaja suara wanita itu. Tangannya juga diturunkan agar tidak lagi membelai Aries.
Aries yang sedang baring mengiring terhadap wanita itu terkaku. Dia.. tak percaya Puan Marsya akan bercakap lembut dengannya.
Automatik Aries bangun dari baringannya.
" M.. mama buat apa dekat sini? " gagap Aries menyoal Puan Marsya. Puan Marsya tersenyum nipis.
" Mama nak lawat anak mama lah. Kenapa? Tak boleh ke, sayang? " Aries terdiam. Anak.. mama?
" Ries buat mama risau tahu? " tatapan Puan Marsya berubah redup. Dia benar-benar risaukan Aries apabila mendengar khabar yang anak angkatnya itu dimasukkan ke hospital kerana kemalangan.
Aries kekal membisu.
" Mama.. nak apa? " Senyuman Puan Marsya memudar saat soalan itu dilontarkan Aries. Dia faham dengan soalan itu. Faham sangat. Dahulu, dia akan melayan Aries baik untuk mendapatkan apa yang dia mahu dari Aries. Tapi sekarang, dia tak bermaksud begitu. Dia benar-benar ikhlas melayan Aries dengan baik. Bukannya lakonan semata-mata.
" Mama.. tahu Aries tak percayakan mama. Tapi, mama betul-betul dah berubah. Mama nak berubah jadi ibu yang baik untuk Aries. Walaupun kita tak ada pertalian darah langsung," hati Aries bagaikan dihempap batu yang berat saat mendengar Puan Marsya mengatakan bahawa mereka tiada pertalian darah. Kenyataan itu.. benar-benar menyakitkannya." Mama faham kalau Aries masih tak percayakan mama. Tapi, bagi mama layan Aries macam anak mama sendiri. Ok? Selagi kita ada masa bersama.. sebagai ibu dan anak. Mama taknak menyesal nanti," ujar Puan Marsya dengan kata-kata penuh maknanya. Dia seperti tahu apa yang akan terjadi di masa depan.
" Takpelah sayang. Mama balik dulu ya? Take a good rest, honey," pesan Puan Marsya lalu berdiri dari kerusi pelawat yang didudukinya tadi. Aries yang masih kekal menunduk itu dipandang Puan Marsya sebelum dia bertindak memegang kedua-dua belah tepian kepala Aries. Kepala Aries dikucupnya sayang.
" Jaga diri, Aries," pesan Puan Marsya sebelum dia berlalu meninggalkan Aries di dalam ruangan wad persendirian tersebut.
Aries pula masih terkaku di tempatnya. Semua ini seperti bukan realiti.
In the first time of his life, he got his first kiss from his beloved mom.
Tangan naik menyentuh kepalanya yang dikucup Puan Marsya tadi. Lama dia menyentuh bahagian tersebut sebelum senyuman kecil terbit di bibirnya.
" Noah. Mama kiss me," ujar Aries Axier sambil memandang Noah yang hanya menjadi pemerhati sejak dari tadi di sudut ruangan itu.
Noah hanya berpeluk tubuh sambil tersenyum nipis. Alhamdulillah.
AUTOMATIK kepala ditoleh ke pintu wad apabila pintu tersebut dikuak dari luar. Tersembul wajah Hayan Davier yang masih lengkap berpakaian doktornya. Aries membatu.Lantas kepala kembali ditoleh membaca novel yang dipegangnya. Kecewa betul hatinya bila bukan kelibat abang dan kakaknya yang muncul, namun, sang sahabat yang muncul.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...