𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 23

90 5 1
                                    


      Kaki berjalan perlahan di tempat pejalan kaki pada waktu malam itu. Wajahnya kosong tanpa riak. Orang-orang yang lalu lalang pasti tidak akan perasan perasaan sebenar dia.

      Di luar, Aries nampak tenang dan tak beriak. Namun, di dalam, hanya dia yang tahu. Betapa kecewa, hancurnya dia saat ini.

     Aries baru sahaja pulang dari hospital tempat dia terlantar beberapa tahun lalu. Pada tahu itu, dia masih kecil. Perkara pertama yang dia lihat semasa sedar ialah Tengku Farid. Tengku Farid mengakui bahawa dia ialah ayah Aries waktu itu.

      Aries pula masih mentah dan percaya akan kata-kata Tengku Farid. Walaupun dia tidak ingat apa yang terjadi sebelum dia masuk ke hospital, dia tak siasat lebih lanjut. Malah, dia hanya membiarkan perkara itu berlalu.

     Tengku Faris kata dia masuk hospital sebab demam panas dan koma selama sebulan. Namun, pada malam ini, pada beberapa minit yang lalu, Aries dapat tahu kebenaran yang sebenar. Bahawa pada hari itu, dia bukannya demam panas tetapi dia telah terlibat dalam satu kebakaran secara besar-besaran di sebuah shopping mall. Dan pada rekod hospital itu juga berkata bahawa Aries telah kehilangan kesemua ingatan dan memorinya.

     Tentang siapa keluarga sebenarnya, Aries sudah lupa. Sebab itulah, Aries terus percaya apabila Tengku Faris berkata bahawa dia ialah bapa kandung Aries.

     Aries terkilan. Tergamak Tengku Farid menipunya selama bertahun-tahun ini? Peritnya rasa di hati.

     Di hospital itu juga, Aries dapat tahu satu lagi rahsia. Tentang siapa keluarga sebenarnya. Tapi, kenapa tiada satu pun memori tentang keluarga sebenarnya muncul?

      Aries berhenti di hadapan sebuah bangunan mewah di tengah-tengah hutan tebal tersebut. Di hadapan bangunan itu, tertera nama bangunan tersebut iaitu BD Headquarters.

    Suasana di markas itu lengang. Sepertinya tiada orang. Pengawal-pengawal juga entah hilang kemana. Mungkin sekarang sudah waktu tengah malam, jadi mereka berehar sebentar.

     Aries terus melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Sunyi. Aries kini berada di hadapan sebuah pintu berwarna hitam. Terdapat tulisan pada pintu itu. Document Room.

     Selepas masuk ke dalam, Aries menutup semula pintu tanpa bunyi. Sekeliling ruangan itu ditatap. Tersusun. Ada banyak rak yang mempunyai fail-fail tertentu.

     Aries memulakan misi pencariannya. Satu rak yang bertulis B4 dituju. Dia pasti di situlah tempat letaknya fail yang dicari. Noah pernah cakap.

    Aries mencapai satu sampul berwarna coklat. Terdapar beberapa helaian kertas A4 yang tertera maklumat-maklumat penuh ahli Black Dragon's. Termasuk Noah.

    Aries membaca perihal tentang Noah dahulu. Ingin tahu juga serba sedikit tentang Noah.

    Name: Tengku Aadyan Noah bin Tengku          Adrian
    Age: 24 years old
    Code name: Phoenix

   Dan ada banyak lagi maklumat tentang Noah. Maklumat peribadi ahli keluarga Noah juga ada. Tapi, Aries tertarik dengan kod Noah. Itu ke yang dikatakan Noah. Yang dia nak Aries ganti tempatnya sebagai Phoenix?

    Aries meletakkan maklumat Noah. Kemudian, dia mengambil pula maklumat tentang Zayyan Hayqayl. Setiap bait di dalam kertas itu dibaca penuh teliti. Sampailah dia berhenti pada maklumat peribadi adik bongsu Zayyan.

     Name: Aries Axier bin Luqman
     Age:-
     Status: Death

    Sebelah tangan mencengkam baju di bahagian dada. Sakit. Sakit sangat. Zayyan pun.. tipu dia ke?

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now