PUTERI Aireen Tasneem menghela nafas berat. Dia menunggu seseorang hampir satu jam untuk pulang dari tandas. Kali ini dia gagal lagi. Dia mengangkat punggung untuk berjalan keluar dari sebuah restoran mewah.
Aireen berjalan ke arah sebuah kereta Vellfire dengan perasaan hampa. Kelihatan seorang lelaki bersuit hitam dan berkaca mata hitam sedang bersandar di pintu kereta tersebut. Lelaki itu memandangnya sambil tersenyum.
Lelaki itu bernama Zayyan. Zayyan merupakan PA Aireen dan dia mampu meneka hasil keputusan temujanji yang ke-29 calon suami majikannya. Dengan melihatkan muncung majikannya, dia sudah dapat meneka.
"Tak apa cik Aireen, masih ramai lagi calon seterusnya." Zayyan bukakan pintu kereta dan mempersilakan Aireen masuk. Aireen menjelingnya sekilas sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Aireen duduk di tempat duduk belakang sambil merenung luar tingkap. Sedang mengenang nasib dirinya yang tak laku-laku. Bukannya dia tak cantik. Wajahnya ada iras-iras Fazura. Tapi disebabkan tubuhnya yang gempal, ramai yang tolak untuk menjadi calon suaminya.
Umur Aireen sudah hampir 30 tahun. Daddynya seringkali membebel menyuruhnya berkahwin. Daddynya risau jika tiada sesiapa di sisi Aireen setelah dia tiada nanti. Mummynya pula telah lama meninggal dunia disebabkan kanser.
"Tadi I sempat belikan ni untuk you. You makanlah." Zayyan menghulurkan sebungkus beg plastik bersaiz kecil setelah dia hentikan kereta di lampu isyarat.
"Tak nak lah. You makan lah. I tak ada selera." Pertama kali Aireen menolak pelawaan Zayyan. Kebiasaannya selepas sesi temujanji, Aireen akan makan dessert yang Zayyan belikan.
Zayyan seringkali sediakan Aireen dessert setiap kali habis sesi temujanji. Dia tahu setiap kali temujanji, Aireen pasti akan kecewa dan sedih. Dan setiap kali Aireen rasa sedih, hatinya akan terpujuk apabila dapat makan makanan manis.
Tapi kali ini Aireen sudah mula terbiasa. Dia sering gagal dalam sesi temujanji sehingga dia tak rasa apa-apa lagi. Sedih dah tentu ada tapi untuk apa dia menangis atas alasan yang sama.
"Are you okay?" soal Zayyan dengan nada risau.
" Don't worry. I'm okay." Aireen senyum segaris membalas pertanyaan Zayyan.
"Lepas ni I tak nak dah ada any interview. Biarlah I jadi anak dara tua," sambung Aireen lagi.
"Jangan macam tu Cik Aireen. You kena kahwin. Nanti Tan Sri risaukan you. Siapa nak jaga you nanti bila dah tua? Cik Aireen perlu ada pewaris untuk teruskan legasi company tu."
"I boleh jaga diri I. Pasal anak, I boleh ambil anak angkat nanti." Aireen dah bertekad untuk tak mahu berkahwin kerana dia merasakan takkan ada lelaki yang ingin gadis bertubuh gempal sepertinya.
"Jangan putus asa lagi cik Aireen. Nanti ada lah tu jodoh cik Aireen yang akan datang melamar nanti." Zayyan cuba menyedapkan hati Aireen lagi.
"Kalau macam tu... You aje lah kahwin dengan I." Sengaja Aireen ingin bergurau dengan Zayyan. Dia tak mahu Zayyan fikir bahawa dia masih bersedih.
"I on aje cik Aireen..."
Aireen dan Zayyan ketawa.
.
"DEAN, ikut mama dan papa pergi birthday party kawan papa malam ni." Datin Faridah mendekati anak tunggalnya Dean Kusyairy. Dean masih lagi fokus bermain ps5 di ruang tamu.
"Alaa... Malas lah mama. Dean nak rehatlah weekend ni." Dean memberi alasan.
"Jomlah... Mama nak kenalkan kamu dengan anak kawan papa tu. Dengar cerita cantik orangnya."
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024