"You buat apa ni?" Dean menghampiri Aireen yang sedang mengeluarkan pakaian dari dalam almari lalu diletakkan di atas katil.
Aireen hanya senyap dan meneruskan kerjanya melipat pakaian untuk dimasukkan ke dalam bagasi.
"Darling, you nak pergi mana? You nak tinggalkan I?" Soalan Dean dibiar tanpa jawapan.
Dean duduk di birai katil sambil memerhati Aireen yang sibuk mengambil pakaian dari dalam almari. Aireen benar-benar nekad untuk pergi meninggalkan dia nampaknya.
Bagasi yang terbuka di atas katil itu dipandang sayu. Dia tak boleh biarkan Aireen pergi. Pakaian Aireen yang telah terlipat elok di dalam bagasi itu dicampak keluar. Dia selongkar semuanya.
"Dean!!" jerit Aireen. Dadanya turun naik menahan marah apabila melihat pakaiannya sudah berterabur di atas tilam.
"What?" Dean menayang wajah tak bersalah.
"You ingat you boleh lari ke dari I?" Dean tersenyum memandang Aireen sambil tubuhnya berbaring santai ke atas tilam. Sengaja mahu menguji kesabaran Aireen.
Aireen mendengus kasar seraya menjeling Dean. Tanpa berlengah dia mengutip semula pakaiannya lalu dia masukkan semula ke dalam bagasi.
"Please don't go." Dean menangkap pergelangan Aireen untuk menghentikan wanita itu.
"Lepas lah!" Aireen merentap kasar tangannya.
"I dengan Lydia memang dah tak ada apa-apa. I dah putus dengan dia. Apa yang you nampak tadi cuma salah faham,"Dean cuba menjelaskan tentang perkara sebenar.
Aireen berdecit. "Salah faham? You ingat you boleh tipu I lagi? You ingat I buta? I nampak lah dengan mata kepala I. You peluk dia."
"Mana ada I peluk dia. I cuma..."
Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu mematikan pertelingkahan yang berlaku.
Aireen pergi bukakan pintu bilik dan kelihatan salah seorang orang gajinya sedang berdiri di depan pintu dengan wajah cemas.
"Puan Aireen, Tan Sri pengsan di pejabat."
.
Aireen mengucup kekura tangan daddynya itu lalu dia bawa ke pipi. Dia sangat risau tentang keadaan daddynya yang masih belum sedarkan diri. Doktor sahkan daddynya terkena serangan jantung. Mujur dibawa cepat ke hospital.
"Aireen, you pergilah tidur. Biar I jaga daddy malam ni." Dean menyentuh lembut bahu Aireen. Sejak tadi Aireen duduk di samping Tan Sri Megat yang masih terbaring di atas katil hospital.
"Tak nak. I nak jaga daddy sampai daddy sedar."
"But you look tired, dear. Macam mana kalau you pula yang sakit. You pergilah rehat. Kalau daddy sedar nanti, I kejutkan you."
Aireen terpaksa akur. Matanya pun terasa semakin memberat. Hari ini dia cukup letih dengan pelbagai masalah. Masalahnya bersama Dean masih belum selesai. Kini, dia diduga dengan masalah kesihatan daddynya.
"Aireen..."
Aireen yang baru saja ingin bangun dari kerusi, menoleh semula memandang wajah pucat daddynya.
"Daddy...Daddy dah sedar?" Aireen tersenyum bahagia melihat ayahnya kini sudah pun sedarkan diri.
"Aireen, princess daddy...," seru Tan Sri Megat lagi.
"Ya, daddy." Aireen menggenggam jari-jemari Tan Sri Megat.
"Dean..." Pandangan Tan Sri Megat beralih pada Dean pula. Tangan Dean pula cuba dicapai.
"Ya, daddy," jawab Dean sambil menyambut tangan ayah mertuanya.
"Daddy tak boleh lama kat sini." Tangan Dean dibawa menindih tangan Aireen.
"Daddy nak pergi mana?" Aireen jadi semakin sebak. Dia mula rasa tak sedap hati dengan kata-kata daddynya.
"Daddy bahagia tengok anak daddy bahagia. Daddy dah boleh pergi dengan tenang. Daddy nak jumpa mummy. Aireen jaga diri baik-baik ya. Dengar cakap suami. Daddy maafkan segala silap Aireen dan Daddy minta maaf kalau daddy ada salah dengan princess daddy."
"Tak. Daddy tak ada salah dengan Aireen. Jangan cakap macam ni daddy. Daddy tak boleh tinggalkan Aireen." Air mata Aireen mula mengalir di pipi.
"Dean, jaga Aireen untuk daddy ya."
"Dean akan jaga Aireen, daddy. Dean pun minta maaf, daddy." Dean turut berasa sebak. Tangan ayah mertuanya dikucup lembut.
Tan Sri Megat cuba tersenyum meskipun sukar. Dia dapat rasakan kematiannya begitu dekat. Pernafasannya menjadi kurang lancar. Degupan jantungnya pula semakin lemah.
"Mengucap daddy... Ikut Dean, asyhadu ala...," Dean mengajar mengucap apabila melihat situasi ayah mertuanya yang sedang nazak.
"Asyha...du ala..."
"Ilaha illah,"ujar Dean lagi. Aireen sudah menangis teresak-esak di tepi.
"Ila...ha... illah...," ucap Tan Sri Megat dengan nada tersekat-sekat. Nafas cuba ditarik selagi mampu. Terasa nafasnya tersekat dikerongkongan.
Tettt...
Mesin ECG di tepi katil berbunyi menandakan jantungnya sudah tidak lagi berfungsi.
"Daddyyyy..." Aireen meraung sekuat hati. Tubuh daddy nya dipeluk.
.
Selesai sahaja upacara pengebumian jenazah Tan Sri Megat, Aireen dan Dean pulang semula ke villa. Ramai wartawan yang turut hadir membuat liputan tentang pemergian arwah. Beberapa orang rakan perniagaan Tan Sri Megat juga turut hadir ke upacara tersebut.
Aireen masih lagi berasa sedih dengan pemergian arwah. Seumur hidupnya bersama arwah, dia dimanjakan dan diberikan sepenuh kasih sayang. Pemergian arwah adalah satu kehilangan terbesar dalam hidupnya.
Aireen memasuki bilik pejabat peribadi arwah Tan Sri Megat. Matanya kembali berkaca apabila ternampak bayangan daddynya yang sedang sibuk membuat kerja di dalam bilik itu.
Dia menghampiri meja kerja arwah dan perlahan-lahan dia melabuhkan duduk di atas kerusi empuk di situ. Kepalanya dibaringkan ke atas meja kayu jati itu. Cecair jernih mula mengalir ke hujung mata lalu membasahi meja kayu itu.
"Dulu mummy tinggalkan Aireen. Sekarang daddy pun dah tinggalkan Aireen. Aireen sunyi kat sini. Siapa yang akan peluk Aireen lagi? Dean tak sayang Aireen, daddy. Aireen dah tiada sesiapa lagi."
Aireen menangis teresak-esak sendirian di situ. Dia menghamburkan tangisan semahunya. Dia tak mampu menahan tangisannya lagi. Semasa di upacara pengebumian dia hanya berpura-pura kuat sahaja. Padahal hatinya sudah terlalu rapuh.
Kesian Aireen
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024