Fight

4.5K 271 22
                                    

Petang itu Dean membuat cupcake di dapur. Sengaja dia membakar kek di rumah Aireen supaya Aireen mudah terpancing untuk makan kek buatannya.

Aroma kek yang dibakar akhirnya membuatkan Aireen terliur.

"Sedapnya bau,"ucap Aireen perlahan sambil menghidu aroma kek yang wangi dibakar. Dia hanya mengintai Dean dari sebalik dinding dapur.

Bukan setakat kek saja yang membuat dia tergoda tapi orang yang membuat kek itu turut menggodanya. Dean hanya memakai apron bersama sweatpant. Tubuh lelaki itu tidak dilapisi baju.

'Seksinya tukang masak ni,'bisik Aireen dalam hati.

Ding dong!

Tiba-tiba terdengar bunyi loceng di pintu. Aireen pantas pergi bukakan pintu. Pasti Nana dan Caca. Dean beritahunya tadi anak-anaknya akan dihantar oleh Datin Faridah.

"Momehhh!" Alisa dan Alina datang memeluk Aireen. Rindu betul mereka dengan mommy mereka.

"Seronok tak duduk rumah tok mama?"soal Aireen kepada dua orang anak kembarnya.

"Ceyonok!" Mereka mengangguk.

"Eh, anak papa dah balik?" Muncul pula Dean di situ.

Datin Faridah terkejut melihat penampilan anaknya yang sedang memakai apron.

"You masak ke? Bini you buat apa? Goyang kaki?" perli Datin Faridah.

Senyuman Aireen terus mati.

"Tak lah, mama. Aireen sekarang tengah demam. Jadi Dean la yang patut masak."

"Hmm... iya lah tu demam. Tengok macam sihat aje." balas Datin Faridah sambil menjeling Aireen. Aireen memekakkan telinga dan mengajak kedua anaknya masuk ke dalam.

"Masuklah mama. Dean ada buat cupcake,"pelawa Dean. Dia cuba meredakan ketegangan antara Aireen dan mamanya.

"Tak apa lah... mama balik dulu. Mama nak hantar dia orang aje ni." Datin Faridah meminta diri.

"Terima kasih mama, tolong jaga dia orang,"ucap Dean.

"Hm. Mama pergi dulu."

Setelah Datin Faridah pulang, Dean menghampiri anak kembarnya di ruang tamu.

"Mana adik baby?" Dia terus ditanya Alina soalan.

"Adik baby?" Dean mengerutkan kening.

"Iya lah... tok baba cakap momeh dengan papa pergi buat adik baby." Sampuk Alisa pula.

Pandangan Dean dan Aireen saling bertembung. Sama-sama terdiam. Dean menggaru kening sebelum mengambil tempat duduk di sisi Alina.

"Adik baby belum siap lagi. Nanti kalau adik baby dah ada, papa bagi tahu Nana dan Caca ya." Dean melihat Aireen bingkas bangun dari sofa untuk menuju ke bilik.

"Papa ada buat cupcake. Kau orang nak tolong papa hias kek tak?"

"Nak..."

"Okey...jom pergi dapur."

.

"Papa, kenapa kek ni warna taik?"

Dean tersedak. Kek yang berada di tekaknya tersangkut apabila mendengar soalan Alisa. Random betul soalan.

"Bukan warna taik. Tapi ni warna coklat."

"Kenapa warna kek ni coklat, papa?"soal Alisa lagi.

"Dah namanya kek coklat sayang... jadi warnanya coklat lah." Dean sabar melayan soalan anaknya itu.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now