Secret

5.1K 247 16
                                    

Aireen membuka pintu gelangsar untuk keluar menuju balkoni. Dia ingin mengambil udara segar di pagi hari. Dean masih lagi tidur di katil.

Aireen hanya sekadar menyarung sweater dan memakai seluar pendek paras lutut. Dia melabuhkan punggung ke kerusi yang tersedia di situ sambil menikmati pemandangan Pantai Cenang yang terletak berdekatan dengan hotel.

Udara pada waktu pagi cukup nyaman. Rasa tak sabar pula nak tahu apa aktiviti yang diaturkan Dean sepanjang mereka menginap di sini. Semalam dia tanya, lelaki itu tak mahu menjawab. Katanya nak buat banyak kejutan. Entah apa yang lelaki itu rancangkan.

Sedang dia kusyuk mengambil angin di luar, tiba-tiba kedengaran suara serak seseorang dari arah belakang.

"Awalnya you bangun?"

Aireen pantas menoleh ke belakang. Dia melihat Dean hanya menyarungkan bathrobe ke tubuh. Bahagian dadanya yang sedikit terbuka bersama dengan rambut Dean yang serabai membuatkan lelaki itu kelihatan agak seksi pada pandangan Aireen. Ditambah pula dengan suara husky sebentar tadi. Semakin cair hati Aireen dibuatnya.

"I... I ambil angin sekejap," ucap Aireen gugup.

"Ambil angin ke buang angin?" Seloroh Dean.

Aireen menjeling kecil ke arah Dean. "Sorry sikit eh..."

Dean tergelak kecil lalu dia mendakap  tubuh Aireen dari belakang. Dagunya dilabuhkan ke atas kepala Aireen. Sesekali dia mengucup tepi dahi isterinya.

"Thank you darling."

"For what?"

"Sudi ikut honeymoon dengan I."

"I ikut sebab nak pergi tengok site. Bukan nak honeymoon dengan you sangat."Aireen sengaja mengusik.

"So you nak cakap I seorang aje lah yang excited ni?

"Yup!"Aireen menjawab pendek.

"Are you sure?" Dean mencucuk pinggang Aireen dengan jari telunjuk.

Aireen menjerit terkejut. Kemudian Dean menggeletek pinggangnya sehingga membuatkan dia terkekeh ketawa kegelian.

"Okey... okey... I pun excited." Aireen hampir kehilangan nafas. Dia mengalah.

Dean tergelak. Kemudian, dia melabuhkan punggung di sisi Aireen.

"Bila nak pergi tengok site?"soal Aireen.

"Petang nanti lah. Sekarang I nak spend time dengan you lagi." Dean mengucup pipi Aireen lagi. Tubuhnya merapati tubuh Aireen. Kalau boleh dia tak mahu berenggang dari Aireen.

"Company you dapat peruntukan berapa?"

"52.6 millions. But actually there's something not right happen."

"Maksud you?"

"They ask me to sign a contract with only 50 millions budgets. Luckily, I realized about it. Alasan dia orang terpaksa kurangkan peruntukan. So, I have to discuss again with Dato' Mustafa about this."

"Seriously? Bukan dah bincang ke sebelum ni? Kenapa nak kurangkan peruntukan tu balik?"

"Entah lah. I cuma risau ada someone try to backstab I aje. Ataupun ada yang cuba untuk songlap duit kerajaan."

.

Dato' Hashim hanya menadah muka membiarkan dua orang cucunya menghias wajahnya menggunakan alat solek isterinya.

"Tok baba look shoo pwetty!" Alisa menepuk tangan kerana teruja.

Tangan Alina pula sedang mencoretkan lipstik ke bibir Dato' Hashim. Bahagian pipi dipakaikan blusher. Mata dipakaikan maskara. Rambut pula diikat toncang dan dipakaikan penyepit rambut berbentuk reben.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now