"Macam mana boleh rumah I sebelah rumah dia? You tak check dulu ke?" Aireen mundar-mandir di ruang tamu.
"Mana I sangka dia pun tinggal sini. I ikut aje cakap you. You yang berkenan nak beli rumah ni." Zayyan cuba membela diri. Bukan salahnya seorang.
"Habis tu, macam mana ni?Takkan nak beli rumah lain? I baru aje ingat nak hidup tenang dalam kondo ni. Bila tahu dia jiran I, terus I jadi serabut tahu tak?" Aireen mendengus. Nak marah Zayyan pun dah tak ada guna lagi.
"Kenapa you tak nak tinggal sebelah rumah dia? You takut jatuh hati semula pada dia?" Zayyan sengaja menduga Aireen.
"You merepek apa ni? Tak mungkin I akan jatuh cinta lagi pada dia. Dia lah manusia yang paling I benci atas muka bumi ni." Aireen menyilangkan tangan ke dada.
"Jadi, buat apa nak kisah. Anggap aje you tak pernah kenal dia. Settle!" Zayyan bingkas bangun dari sofa.
"Eii...you cakap senang lah. Yang nak menghadap semua ni I.
"Okay lah... I nak balik rumah I. Kalau dia ganggu you beritahu aje I." Zayyan sudah berjalan ke arah pintu keluar.
Aireen mengetap bibir kerana geram. Macam tu aje Zayyan lepas tangan. Aireen turut menuju pintu keluar untuk menghantar Zayyan pulang.
"Wait... satu hal lagi." Zayyan berpusing semula ke belakang menghadap Aireen.
"Kenapa you cakap pada Dean yang kita ni suami isteri? Dia percaya tau anak-anak dia ni anak I. You tak rasa bersalah ke?"
"Nak rasa bersalah kenapa? I yang jaga Nana dan Caca selama ni. Dia tak pernah ambil tahu pun pasal I selama ni."
"Dia tak pernah ambil tahu atau you yang tak nak dia ambil tahu? Sebab tu you nak cepat pindah ke Australia. You tak nak dia tahu yang you mengandung anak dia,"balas Zayyan.
"Ish, you ni banyak cakap pula. Pergi lah balik cepat. Membebel aje." Aireen menolak tubuh Zayyan menuju pintu keluar.
"You halau I... Okay... Okay... kalau you susah, jangan cari I lagi." Zayyan seakan merajuk.
"I gurau aje la..." Aireen tergelak kecil melihat riak muka Zayyan. Mengada betul nak merajuk pula.
.
Dean bersiap untuk ke tempat kerja pada pagi itu. Minyak wangi di atas meja dicapai lalu disemburkan ke nadi dan leher. Setelah bersiap, Dean menguak pintu rumahnya. Terkejut dia apabila melihat seorang budak perempuan tertonggeng di depan pintu rumahnya. Nasib baik dia tak tersepak budak kecil itu.
"Uncle, ada tak cicak kita macuk umah uncle?"
"Laa... Nana rupanya."
"Butan. Ini Caca yah... Nana is my cister."
"Oh Caca. Sorry uncle tak boleh beza lagi muka awak berdua." Dean tersenyum melihat wajah budak kecil itu. Mukanya seperti kacukan mat saleh. Tapi kalau ikutkan muka Zayyan ala-ala cina. Mungkin ikut rupa Aireen. Wajah Aireen ada kacukan ala-ala arab.
"You cari apa tadi?"soal Dean.
"Caca cari cicak caca... Caca raca cicak tu macuk cini." Budak itu mengetuk dagu.
Dean sedikit terlopong. Budak kecil ini buat tounge twister pula pagi-pagi ini. Susah dia nak faham pelat budak itu.
"Cicak?" Dean berkerut dahi sambil melihat bawah. Mencari entiti cicak yang dikatakan hilang tadi.
"Caca..." Aireen mencari anaknya yang disyaki keluar rumah secara senyap.
Susah betul jaga dua orang anaknya yang suka sangat merayau. Caca sudah menjangkiti perangai kakaknya Nana. Nana atau nama penuhnya Alina Marissa seorang yang paling suka merayau. Dia lah yang selalu mengajar adiknya Alisa Maisara keluar rumah. Jika dibandingkan tahap kedegilan antara mereka, Nana lebih degil dan suka menjawab.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024