Alina menyanyi kecil sambil meletakkan pensil warnanya pada tubuh Dodo iaitu sesumpah yang Dean berikan kepada Alisa. Dia gemar bermain dengan binatang itu kerana keunikan tubuh binatang itu yang boleh bertukar warna.
"I could be yed, or I could be yeyow. I could be byue, or I could be pepel. I could be..."
Nyanyiannya terhenti apabila mendengar bunyi telefon bimbitnya.
I'm a Barbie girl, in the Barbie world
Life in plastic, it's fantastic...Alina pantas berlari mendapatkan telefon bimbitnya di atas katil. Panggilan dari Uncle Kucai.
"Heyyo, uncle..."
Alisa yang baru keluar dari bilik air mencuri dengar perbualan antara Alina dan Dean.
"Mommy kat yumah tengah work. Uncle buat apa tu?"
Alina masih belum sedar dirinya diperhatikan Alisa dari sebalik dinding.
"Work jugak... Oh... Tadi Nana bagi Dodo makan.Caca tengah beyak." Segala perkara dia ingin bercerita dengan Dean. Seronok betul dia dapat berkawan dengan Uncle Kucai.
"Nana cakap dengan ciape tu?" Alisa muncul di sisi Alina.
Alina terus mematikan telefon bimbitnya. Tak sangka pula boleh terkantoi dengan Alisa.
"Mana ada ciape."
"Tipu...Nana cakap dengan Uncle Kucai kan?"duga Alisa.
"Shhh... Jangan bagi tahu momeh. Nanti momeh mayah. Uncle Kucai dah janji nak bagi cupcake tau." Alina cuba pancing Alisa dengan cupcake sepertimana Dean memancingnya pada tiga hari lepas.
Alisa mengangguk-angguk kepala.
"Ini cekret kita." Alina menghulurkan pinky promise dan Alisa menyambut tanda setuju.
.
Aireen sibuk menekan papan kekunci pada laptop. Dia sedang sibuk menguruskan hal berkaitan projek di Langkawi. Iphone di sisi berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk. Aireen melirik memandang skrin telefon. Mesej dari nombor yang tak dikenali. Nombor yang sama.
Unknown: Tengah buat apa tu?
Dia malas melayan. Dia terus menyambung membuat kerja. Tak berapa lama kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Kali ini dia dapat panggilan daripada Zayyan.
"Hello, Zayyan."
"I tengah buat ni. By the way, esok I ada meeting untuk tender Langkawi. So esok you kena jadi pengasuh sekejap untuk budak dua orang tu."
Setelah beberapa minit bercakap dengan Zayyan, dia mematikan panggilan. Tubuh disandarkan ke sofa. Belakang bahu diurut sedikit.
Pintu bilik anaknya direnung. 'Apa budak berdua itu buat di dalam bilik. Senyap aje,'getus hati kecil Aireen.
Aireen memulas tombol pintu bilik anaknya. Kelihatan anaknya saling memaut jari kelinking. Wajah masing-masing kelihatan terkejut apabila menyedari kehadiran Aireen.
"Haa... berjanji apa tu? Tak nak share dengan mommy?"
"Mana ada apa, momeh." Alina tersengih seperti kerang busuk.
Aireen memincingkan mata tanda tak percaya. Pasti ada perkara yang mereka sorokkan.
"Betul ni? Kau orang tak ada buat naughty belakang mommy?"
Alina dan Alisa geleng serentak. Aireen tersenyum kecil. Kemudian, Aireen melabuhkan punggung di birai katil mereka.
"Esok mommy ada meeting kat luar. Jadi you guys kena tinggal dengan daddy sekejap."
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
Любовные романыPuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024