Swimming pool

6.5K 301 32
                                    

Zayyan mengatur langkah masuk ke dalam sebuah kedai buku. Sengaja dia mahu mencuci mata dan lagi pula sudah sekian lama dia tidak membeli buku. Alang-alang di situ boleh dia belikan buku untuk dua anak kembar kesayangannya.

Zayyan memilih dua tiga buah buku warna untuk Alina dan Alisa. Kemudian dia bergerak ke arah rak buku yang terdapat novel. Dia sedang mencari novel terbaru dari penulis Anjell. Dengar kata novel Anjell yang terbaru itu viral.

Tiba saja di sebuah rak buku, matanya terpandang sebuah novel Anjell yang bertajuk Dheo's. Tak silap ini lah novel yang hangat diperkatakan. Nampak sangat novel itu terjual laris kerana hanya sebuah sahaja yang tersisa di rak.

Belum sempat dia mencapai novel itu, tiba-tiba ada tangan lain yang capai terlebih dahulu.

"Sorry... I got it." Gadis itu menayang novel di tangannya.

"But I saw it first!" Zayyan merampas novel di tangan gadis itu.

"I yang pegang dulu... So it's mine!"balas gadis itu lalu merebut kembali novel tersebut. Gadis itu cepat-cepat meluru menuju ke kaunter untuk membayar.

"Hey..." Zayyan mengejar gadis itu. Dia turut sama menuju kaunter bayaran.

Ketika gadis itu meletakkan novel itu di atas kaunter, Zayyan mengambil novel tersebut.

"I will buy this book for double."ujar Zayyan kepada staf di kaunter.

"Eh, ingat I tak ada duit? I can pay for triple!" Gadis itu merebut semula buku itu dari pegangan Zayyan.

Staff kaunter itu hanya memerhatikan mereka bergaduh sejak tadi. Dia tak tahu mahu dijualkan kepada siapa. Buku itu memang hanya tinggal satu sahaja.

Zayyan pandang gadis yang menjaga kaunter sambil tersenyum manis. "Kalau you bagi I beli novel ni, I will give you my number."

Staff tadi terus laju membuat kerja. Tersipu malu staf itu menghulurkan beg plastik yang berisi buku kepada Zayyan.

"Thank you... and this is for you." Zayyan menghulurkan sehelai kertas kepada gadis itu dan dia terus berlalu pergi.

Gadis kaunter itu terlopong apabila mendapati kertas itu adalah kupon makanan Dubuyo. Cis!

.

Dean membetulkan suaranya sebelum menekan punat loceng rumah Aireen. Di tangannya ada bekas makanan yang Aireen berikan padanya semalam. Di dalam bekas itu pula dia letakkan cupcake yang dia beli di kedai ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Apabila Aireen membuka pintu, Dean terus tersenyum lebar.

"I...nak... nak pulangkan bekas ni." ujar Dean dengan gugup.

'Apa hal gagap pula ni?' Dean menyumpah dalam hati.

"Oh...okey," Aireen menyambut huluran bekas itu dan ingin terus masuk ke dalam rumah.

"Aa...ada dessert dalam tu. Nanti jangan lupa makan."ujar Dean lagi. Kalau boleh dia mahu bercakap dengan Aireen lebih lama.

"Oh...okey, thanks." Aireen ingin menutup pintu rumah tapi sekali lagi Dean bersuara.

"Wait... I just want to say thank you for the food. It's so tasty."puji Dean ikhlas.

Aireen sembunyikan senyum. Namun, dia cuba mengawal riak mukanya agar tidak kelihatan bahagia dengan pujian Dean sebentar tadi.

"Okay, you're welcome. Anything else?"

"Err...nothing more. Okay, bye." Dean mula beredar untuk masuk ke dalam rumahnya.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now