Aireen perlu menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah untuk sesi pelantikan Pemilik syarikat yang baru menggantikan tempat Tan Sri Megat Muzaffar. Aireen merapikan rambut dan blazernya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Dia perlu menghadap beberapa orang ahli pemegang saham syarikat dan kakitangan syarikat yang berjawatan tinggi.
Aireen mengambil tempat duduk di hujung meja. Tempat yang sebelum ini diduduki oleh ayahnya. Kini tibalah masanya pula untuk mengambil alih syarikat peninggalan arwah ayahnya itu.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini." Aireen berasa agak gugup.
"Saya Puteri Aireen Tasneem binti Megat Muzaffar iaitu selaku satu-satunya pewaris Megat Holdings. Mulai pada hari ini saya akan menggantikan tempat ayah saya, Tan Sri Megat Muzaffar sebagai pemilik Megat Holdings."
Ahli-ahli lembaga masing-masing berbisik sesama sendiri. Kelihatan mereka masih keliru dengan kenyataan yang mereka baru dengar dari Aireen.
"Err...maaf Puan Aireen. Tapi menurut carta organisasi syarikat di belakang tu bukan Puan Aireen sebagai pemilik syarikat ini," tegur salah seorang ahli mesyuarat.
Aireen lantas menoleh melihat layar yang memaparkan carta organisasi syarikat. Berkerut dahinya apabila tertera nama Dean Kusyairy di situ.
Apa yang sedang berlaku? Macam mana boleh Dean dilantik sebagai pemilik syarikat sedangkan dia lebih berhak mendapatkan Megat Holdings.
Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat dikuak dan muncul sosok Dean Kusyairy di muka pintu. Dean yang memakai suit berwarna coklat muda itu berjalan ke arah kerusi yang berada di bahagian hujung meja dan menghadap semua ahli mesyuarat yang hadir.
"Maaf kerana... Saya lewat hadir." Bergetar suara Dean memulakan ucapan. Dia sedar dirinya diperhatikan Aireen sejak tadi. Dean mengerling sedikit ke arah Aireen yang berada di tepi. Wajah isterinya nampak masih keliru.
"Saya Dean Kusyairy bin Hashim akan mengambil alih syarikat ini sepertimana yang tertera pada surat perjanjian pemilikan ini." Dean mengangkat surat yang telah dipersetujui oleh Tan Sri Megat sendiri.
Aireen seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu. Sejak bila ayahnya tandatangan surat pemilikan tersebut. Ini bermakna ayahnya telah menyerahkan Megat Holdings kepada Dean.
Aireen berjalan keluar dari bilik mesyuarat dengan perasaan geram. Terasa dirinya seperti orang bodoh pula di situ. Langsung dia tidak tahu bahawa suami sendiri telah mengambil alih syarikat itu.
"Aireen!" Dean mengejar langkah Aireen. Dia sudah menjangka situasi ini pasti akan berlaku.
"Dengar dulu penjelasan I."Dean berjaya memintas Aireen. Bahu Aireen dipaut.
"Nak jelaskan apa lagi? I dah faham dah. You memang suka kan biar I nampak bodoh depan semua orang? Tak puas lagi you tipu I?" Aireen menolak kasar tubuh Dean. Aireen masuk ke dalam perut lif dan diikuti Dean dari belakang.
"Darling, dengar dulu apa I nak cakap. Boleh tak you relaks dulu."
Aireen menyilangkan tangan ke dada tanpa memandang muka Dean.
"Daddy memang nak bagi company ni pada I sejak kita kahwin. Dia bagi sebagai hadiah untuk I sebab sudi jadi suami you. Dia nak I jaga you. You tak ingat apa arwah daddy pesan pada I?"
Aireen masih senyap. Arwah daddynya langsung tak memberitahunya akan hal ini.
"Kalau you nak company ni, I boleh serahkan pada you semula. I tak kisah company tak jadi milik I, asalkan you milik I."
Aireen merenung Dean tajam. Dean menelan liur membalas pandangan Aireen.
"I bukan marah sebab daddy bagi company ni pada you. Tapi I marah sebab you rahsiakan perkara ni dari I. You patut beritahu I lebih awal. Tadi I nampak macam orang bodoh. I malu tahu tak!" Aireen menerkup wajah. Dia rasa macam nak menangis.
Dean mengusap lembut belakang Aireen. Kepala Aireen disandarkan ke dada bidangnya. Menyesal pula kerana tak beritahu Aireen lebih awal tentang perkara ini. Semalam dia teragak-agak untuk beritahu. Dia takut Aireen tak boleh terima jika Aireen tahu bahawa dialah pemegang saham terbesar dalam syarikat.
"I'm sorry okay..."
Ting! Pintu lif terbuka.
Ada beberapa orang staf sedang berdiri menunggu di depan lif. Mereka tersengih melihat situasi Aireen bersama Dean yang sedang berpelukan di dalam lif.
Aireen pantas meleraikan pelukan. Dia bergerak keluar dari lif terlebih dahulu. Dean pula mengekori dari belakang. Dean tersenyum kecil melihat tingkah Aireen yang kelam-kabut tadi. Bukannya tertangkap berpelukan dengan orang lain tapi dengan suami sendiri.
.
"Tunggu apa lagi? Ceraikanlah dia." Datin Faridah bersuara lantang.
"Dean takkan ceraikan Aireen. Dean sayang Aireen."
"Eh, bukan dulu Dean yang tak sabar nak ceraikan Aireen? Sekarang dah sayang pula? Dia bagi you makan apa sampai buat you sayang sangat pada dia? Mama tak kira... Ceraikan dia juga."
"Apa ni mama... Dean dah ikut semua kehendak mama. Mama paksa Dean kahwin dengan Aireen, Dean kahwin. Sekarang mama nak paksa Dean ceraikan dia? No mama... Dean takkan buat. Boleh tak kali ni biar Dean yang tentukan hala tuju hidup Dean. Dean berhak tentukan siapa pilihan hidup Dean. Dean cuma nak Aireen mama... Please jangan paksa Dean kali ni."
"Dean, you boleh dapat isteri yang lebih cantik dan lebih baik dari Aireen. Aireen tu apa aje yang ada? Lemak aje banyak." Datin Faridah ketawa sinis.
"She's my wife ma... I love her. Biarlah dia tak cantik pada pandangan orang lain tapi dia cantik pada pandangan Dean. Dean dah janji dengan arwah daddy. Dean akan jaga Aireen."
"You rasa Aireen boleh terima ke kalau dia tahu yang arwah daddy dia bagi company tu pada you bersyarat?" Datin Faridah mencuit dagu anaknya.
Dean terdiam.
"Bagi dia cucu, baru you boleh dapat company tu. Tapi kita beruntung dapat company tu tanpa sempat you bagi cucu pada dia. Setidaknya tak ada lah darah keturunan kita wujud dalam rahim perempuan gemuk tu."
"Enough ma!" Dean mengepalkan penumbuk. Dia tak boleh dengar lagi cacian dan makian mamanya terhadap Aireen.
"Wah! Dah pandai tinggikan suara dengan mama nampaknya. Mama rasa betul lah. Perempuan tu ada guna ubat pengasih ni."
Prangg!
Pasu antik milik Datin Faridah yang terletak di atas meja di hempas Dean ke lantai. Menjerit wanita itu melihat pasu kesayangannya pecah berderai.
"Sekali lagi Dean ingatkan mama, Dean takkan ceraikan..."
"Ceraikan I."
Ayat Dean mati apabila mendengar satu suara yang datang menyampuk perbicaraan mereka.
Mesti nak lagi kan tu? Hari ni nak double ke triple update?
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024