Zayyan fokus memandu apabila melihat Aireen di kerusi sebelah hanya berdiam diri sejak tadi. Dia tahu apa yang wanita itu sedang fikirkan. Dua orang kembar pula sudah tertidur kekenyangan di kerusi belakang.
"Zayyan..."
"Ya."Zayyan menyahut sambil menoleh memandang Aireen di tepi.
"I nak syarikat daddy I balik,"ujar Aireen senada.
"Maksud you?" Zayyan kurang faham maksud kata-kata Aireen kerana Megat Holdings sudah tiada lagi kerana syarikat itu telah ditukar nama kepada Brilliant Empire.
"I nak beli share Brilliant Empire."
Zayyan berkerut dahi. Apa rancangan Aireen yang sebenarnya?
"I akan pastikan Brilliant Empire lingkup tak lama lagi. Bila syarikat tu dah bankrup, senanglah I nak dapatkan company tu. Okay tak idea I?" Aireen tersenyum sinis.
"You nak buat Dean jatuh bankrup?" Soal Zayyan tak percaya. Aireen sudah dirasuk syaitan ke? Takkan disebabkan sakit hati kerana Dean akan berkahwin, Aireen ingin membalas dendam.
"Dia dah rampas milik I sebelum ni. Takkan I tak boleh rampas semula? Baru adil kan?"
"Aireen, jahatnya you. I tak sangka you sejahat ni. I cuma nak cakap... Teruskan aje niat jahat you ni. I sokong!"
Serta merta tawa mereka berdua meletus.
"Momeh, daddy... What sho funny?" Alisa bersuara apabila dia tersedar dari lena akibat mendengar bunyi mereka ketawa.
"Eh, dah terjaga anak daddy. Sorry sayang... Kalau you nak tahu Mommy you ni nak jadi Adudu. Dia nak menakluki bumi demi koko yang dicari-cari," gurau Zayyan lagi. Kali ini lebih kuat Aireen ketawa.
"Momeh nak jadi adudu? Daddy nak jadi ciapa puyak?" Alisa turut melayan loyar buruk Zayyan.
"Daddy jadi Papa Zola, kebenaran takkan pernah tewas dengan penipuan...Hahaha."
Aireen sudah ketawa terbahak-bahak sehingga membuatkan Alina turut terjaga.
"Kalau macam tu... Caca jadi boboiboy,"balas Alisa.
"Mana boyeh... Nana boboiboy."Alina menyampuk.
"Caca boboiboy yah... Nana cecuai jadi Gopal aje."
"Caca yah jadi Gopal." Alina tak mahu mengalah.
"Dah... Tak payah gaduh. Nanti daddy tinggal kau orang berdua tepi jalan ni baru tahu."
Terus mereka berdua senyap apabila mendapat ugutan dari Zayyan. Alina dan Alisa saling menjeling dengan 'side eyes' mereka.
.
Perlahan-lahan Datin Faridah melangkah masuk ke dalam rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Dia berharap suaminya sudah melelapkan mata.
Dia menapak anak tangga dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba keadaan rumah yang gelap bertukar terang.
"You pergi mana? Lewat malam baru balik?" Dato' Hashim berdiri di anak tangga paling atas sambil berpeluk tubuh. Mukanya kelihatan ketat.
"Alah you ni macam tak biasa. I keluar dengan kawan I lah. Pergi main boling, shopping, makan-makan and tengok wayang."
"Nak pergi tu boleh. Tapi perlu ke balik lewat sampai macam ni? Setiap kali I balik rumah you tak ada. You pergi mana sebenarnya?"soal Dato' Hashim dengan rasa curiga. Sejak akhir-akhir ini isterinya selalu pulang lewat malam.
"Atau you ada scandal belakang I?"
Datin Faridah membulatkan mata. "Sampai hati you tuduh I macam tu kan?"
"Habis tu, kenapa pergi mana-mana tak beritahu I? You tu isteri I tau. Tolong jaga maruah I. Kalau I tahu you curang belakang I. Siap you I kerjakan." Dato' Hashim memberi amaran.
Datin Faridah mula berasa gelisah. Haraplah dia tak terkantoi dengan suaminya. Jika suaminya tahu bahawa selama ini dia curang, habislah!
Tapi dengan cara itu saja dia dapat membeli banyak barangan branded dan barang kemas yang mahal-mahal. Nak harapkan suami dan anaknya belikan sampai kiamat lah dia takkan dapat.
.
Azriq meneguk minuman keras yang telah menjadi sebahagian minuman kegemarannya. Setelah itu rokok di tangan kirinya dibawa masuk ke dalam mulut. Disedut lalu dihembus keluar. Berkepul-kepul asap keluar dari rongga hidungnya.
Dia berdiri di balkoni apartmentnya sambil menghayati pemandangan kota raya pada malam itu.
"Jadi, kau Puteri Aireen Tasneem rupanya. Patutlah aku rasa macam pernah nampak kau. Rupanya kau lah perempuan gemuk yang pernah tampar aku dulu." Azriq baru sahaja menerima panggilan dari anak buahnya sebentar tadi. Dia telah menyuruh anak buahnya menyiasat tentang latar belakang wanita itu.
Sudah sekian lama dia berdendam dengan Aireen dan Dean. Tapi dendamnya masih belum terbalas. Dia pernah menyuruh anak buahnya merompak Dean dan Aireen. Tapi mereka tak berjaya mengejar kereta Dean pada malam itu.
Tapi disebabkan hatinya telah terpaut pada Aireen, dia membatalkan niatnya untuk membalas dendam. Dia cuma ingin memiliki wanita itu. Dia tahu segalanya tentang Aireen. Dia tahu Aireen dan Dean telah pun bercerai sejak empat tahun lepas. Dan dia tahu Aireen menipu bahawa dia mempunyai suami. Dia juga tahu Zayyan dan Aireen tinggal berasingan dan tidak serumah.
.
Aireen mula menjauhkan diri daripada Dean setelah mengetahui bahawa lelaki itu telah pun bertunang. Setiap kali mereka terserempak, Aireen sengaja buat tak nampak. Kadangkala dia akan bersembunyi dan menukar laluan.
Dean pula semakin pelik dengan perangai Aireen yang langsung tak mahu bertegur sapa dengannya apabila mereka bertemu.
Sehinggalah satu malam, Aireen mendapat mesej dari nombor yang tak dikenali.
Unknown: Hai, you dah tidur?
Aireen: Sorry, ni siapa?
Unknown: Your secret admire
Aireen malas mahu melayan. Entah siapa-siapa yang nak ajak berborak malam-malam begini. Dia terus matikan telefon dan berbaring untuk tidur.
Keesokan pagi, dia mendapat mesej dari nombor yang sama.
Unknown: Morning, Aireen😉
Aireen agak terkejut melihat namanya tertulis di situ.
Aireen: You kenal I?
Unknown:
Yes. Of course I know. I'm your fan. Die hard fan!😍Aireen: Gila!
Aireen campak telefonnya ke atas katil. Hatinya jadi tak tenteram. Siapa pula yang cuba mengganggunya?
Dean tergelak membaca mesej yang baru dihantar Aireen. Dia seronok dituduh gila oleh wanita itu. Mungkin dengan cara ini saja dia dapat berbual dengan Aireen. Dia berjaya mendapatkan nombor telefon Aireen daripada Alina. Dia sudah berpakat dengan Alina supaya merahsiakannya dari pengetahuan Aireen. Dan Alina setuju. Alina adalah seorang spy yang dilantik untuk memberitahu segala aktiviti mommynya. Alina adalah tali barut Dean dan musuh dalam selimut Aireen.
Esok pulak sambung
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024