Shoot

5.2K 254 19
                                    

Datin Faridah meminta Alina bukakan ikatan pada tangannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu bilik dikuak seseorang.

"Papa!"

Jerit Alina dan Alisa serentak. Dean lantas meletakkan jari telunjuk di bibir menyuruh mereka senyap.

"Dean, anak mama. Kamu masih hidup?" Datin Faridah tak sangka dapat melihat anak kesayangannya lagi.

"Dean hidup lagi ma..."

Pipi Dean diterkup lalu dicium sayang oleh Datin Faridah. Kemudian mereka berpelukan. Alina dan Alisa juga ikut memeluk papa mereka kerana terlalu rindu.

"Kita kena keluar dari sini cepat. Sebelum ada yang datang." Dean mendukung Alisa dan Alina pula didukung oleh Datin Faridah. Mereka keluar dari bilik itu dengan penuh berhati-hati.

"Nak pergi mana tu?" Tiba-tiba ada suara menegur mereka dari belakang.

"Nak bayik yumah yah. Kat cini mana ada apa,"jawab Alina selamba.

"Oh...nak larikan diri. Cuba lah kalau boleh." Lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang seluar lalu diacukan pada mereka berempat.

Dean dan Datin Faridah mula bimbang. Nampaknya mereka takkan boleh keluar dengan selamat.

"Wahh...uncle ada pishtol mainan. Nak pinjam boyeh?"soal Alisa pula.

"Ni pistol betul la budak. Kalau kena ni bersepai otak."

"Oh..." Alisa mengangguk faham.

"Aku nak kau orang masuk balik dalam bilik tu sebelum aku tembak sorang-sorang,"arah lelaki itu dengan wajah bengis.

"Siapa yang upah kau suruh culik keluarga aku?"soal Dean.

"Nanti kau akan tahu. Bos aku nak jumpa kau kejap lagi. Sekarang, kau masuk dalam bilik tu balik."

Dean dan Datin Faridah terpaksa akur demi keselamatan mereka semua.

"Masuk!"

"Uncle ni...jangan mayah-mayah. Nanti cepat tua, gigi tinggal dua,"tegur Alina.

"Eh budak ketot, kau lebih baik diam. Mulut tu tak habis-habis bercakap kan. Nak aku gam ke mulut kau tu?"

"Kau jangan berani sentuh anak aku!" Dean mencengkam kolar lelaki penculik itu.

Serta merta pistol di tangan penculik itu beralih dan diacu rapat ke kepala Dean. Dengan pantas Dean menepis dan pistol tadi tercampak ke lantai. Saat itu, Dean dan penculik itu mula bergelut. Tumbukan dilayangkan tepat ke muka penculik tersebut.

"Tumbuk lagi papa! Go papa! Go!" Alina dan Alisa melompat gembira melihat aksi papa mereka berlawan dengan penjahat itu.

Datin Faridah cepat-cepat mengambil pistol yang terjatuh di atas lantai tadi.

Dean berjaya tumpaskan penculik tadi. Kemudian, dia mengikat tangan penculik itu ke belakang badan.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas!"

"Diamlah! Nak aku gam ke mulut kau?"soal Dean lalu menyepak perut lelaki itu.

"Dean, jom lah kita pergi cepat. Ambil pistol ni." Datin Faridah menghulurkan sepucuk pistol kepada Dean. Menggigil tangan orang tua itu memegang pistol. Pertama kali memegang pistol sebenar.

Dean mengambil pistol itu sebagai langkah berjaga-jaga. Sedang mereka menuruni anak tangga, Dato' Mustafa muncul dengan dua lagi orang suruhannya.

"Kau orang ingat boleh lari ke?" Dato' Mustafa ketawa terbahak-bahak.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now