Bribery

6.1K 320 11
                                    

Dean tersedar dari tidur apabila bunyi azan berkumandang melalui telefon pintarnya. Dia perlu bangun melaksanakan kewajipannya sebagai seorang muslim.

Aireen yang masih berdengkur di sebelah dipandang sejenak. Patut kah dia kejutkan isterinya bangun solat subuh bersama. Sejak mereka berkahwin dia belum pernah melihat Aireen bersolat.

Dia pernah mengajak Aireen solat sebelum ini, tapi banyak pula alasan wanita itu beri. Dean mematikan niatnya. Dia bangun menuju ke bilik air untuk berwuduk.

Selesai saja berwuduk, dia keluar dari bilik air. Kemudian dia menapak ke ruang solat di dalam bilik itu. Ketika dia ingin membentangkan sejadah, dia mendengar suara Aireen memanggilnya. Dean pantas menoleh ke arah Aireen yang masih berada di atas katil.

"I nak... Solat dengan you boleh?" Aireen duduk di birai katil sambil merenung Dean.

Dean tersenyum mendengar permintaan Aireen. "Mestilah boleh. Pergilah ambil wuduk. I tunggu you."

Senyuman Aireen melebar. Permintaannya disambut baik oleh lelaki itu.

"Sekejap tau. Tunggu I tau." Aireen bergegas ke bilik air.

Keluar saja dia dari bilik air, dia melihat Dean sedang bersolat. Bibirnya terus mencebik. Cakap tadi nak tunggu dia.

Usai Dean memberi salam, dia pandang ke arah Aireen yang masih duduk di birai katil dengan wajah monyok.

"Pakailah telekung. Darling buat apa lagi kat situ?"soal Dean pelik.

"You cakap nak tunggu I. Tapi you dah solat dulu." Bibir Aireen muncung menandakan dia merajuk dengan Dean.

"Tadi I solat sunat sebelum subuh. Belum solat fardu subuh lagi."

"Solat sunat?"

"Ya. Solat sunat sebelum subuh ni bagus. Siapa yang nak kaya dunia akhirat, solat lah dua rakaat sebelum subuh. Nabi pernah bersabda, solat dua rakaat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya. Best kan ganjarannya?"

Aireen tersenyum kembali setelah mendengar penerangan dari Dean. "Jadi you belum solat subuh la lagi kan?"

"Ya. Cepatlah siap. I pun tak sabar nak jadi imam you." Dean agak berdebar. Pertama kali dia menjadi imam untuk isterinya.

Ketika mereka berkahwin kali pertama dahulu, mana pernah mereka solat bersama. Masing-masing malas solat. Ketika itu Dean menganggap solat itu tak penting walaupun dia tahu itu adalah kewajipan setiap muslim.

Meskipun dia tak solat, tapi dia masih boleh menikmati kemewahan dan kesenangan hidup. Sehinggalah satu hari dia diajak oleh seorang rakan bisnesnya untuk menunaikan solat di masjid. Ketika itu dia sudah berpisah dengan Aireen.

"Kenapa solat dipanggil tiang agama? Sebab bila rumah tanpa tiang bukan ke akan mudah runtuh? Begitu juga dengan agama. Bila solat tiada sebagai tiang, maka runtuhlah agama seseorang. Bila runtuhnya agama dalam diri seorang muslim, hidupnya pasti takkan tenang. Pasti akan banyak masalah yang melanda. Dirinya seperti sudah tiada pegangan. Lama kelamaan Allah mencabut keimanan dalam dirinya."

Sejak mendengar nasihat dari rakannya itu, Dean mula muhasabah diri. Patutlah hatinya sentiasa rasa tak tenang. Hidupnya sentiasa kucar-kacir sehingga rumahtangganya akhirnya runtuh. Orang yang dia cinta pula pergi menjauh darinya.

Dean mula mendidik diri dengan bersolat. Jika mahu mengubah hidup, ubahlah dengan solat terlebih dahulu. Dia tak pernah lelah berdoa agar Allah pertemukan semula dia dengan Aireen. Akhirnya Allah kabulkan juga permintaannya. Allah takdirkan mereka tinggal berjiran. Dan kini dia berkesempatan memiliki Aireen buat sekali lagi.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now