Keluar sahaja dari dewan bersidang, Dean dan Aireen dihampiri oleh dua orang lelaki tampan. Seorang berkaca mata dan seorang lagi tidak berkaca mata.
"Kau orang dah settlekan dia?"soal Dean.
"Dah. Lepas bagi penumbuk penendang baru dia nak buka mulut. Dato' Mustafa pun terlibat sama dalam kes kemalangan tu. Dia orang rakan subahat,"ujar lelaki tanpa kaca mata itu.
"Kita orang dah serahkan dia pada polis. Cuma Dato' Mustafa masih dalam buruan polis,"kata lelaki yang memakai kaca mata itu pula.
"Thank you. Kau orang dah banyak tolong aku. Kalau waktu aku kemalangan tu kau orang tak ada, aku rasa aku dah jadi arwah." Dean menghela nafas lega.
Aireen di sisi Dean masih memerhati lelaki yang berkaca mata di depannya. Dia seperti pernah melihat jejaka itu.
"Hai, Aireen." Lelaki berkaca mata itu menyapa Aireen.
"You siapa? I rasa macam pernah nampak,"soal Aireen ingin tahu.
"Aku Mike lah. Takkan tak kenal. Kau yang datang jumpa aku di ofis." Mike tersenyum.
"Mike? Oh ya... masa tu you pakai mask. Jadi mana lah I tahu muka you macam mana."
"Waktu tu aku tengah demam. Sebab tu aku pakai mask."
Kemudian Aireen melihat ke arah lelaki yang berdiri di sebelah Mike.
"You pula Nick?"duga Aireen.
"Exactly. Selamat berkenalan." Nick tersenyum manis sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Aireen ingin menyambut huluran tangan Nick tapi tangan Dean lebih laju menghalang.
Tangan Aireen digamit lalu pinggang Aireen dirangkul Dean erat. Automatik mata Aireen beralih melihat Dean yang berdiri rapat di sisinya. Dean pula menjeling tajam ke arah Nick sebagai amaran jangan cuba menyentuh isterinya. Dia cemburu.
Nick tersengih kecil.
"Lupa nak tanya. Baby kita sihat?"soal Dean lalu dia mengusap perut Aireen.
"Baby sihat. You patut berterima kasih dengan Mike. Dia yang banyak melayan I waktu I mengidam,"beritahu Aireen.
Dean dan Mike saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian tawa mereka berdua meletus.
"Kenapa? Apa yang kelakar?" Terkebil-kebil Aireen di situ. Dia ada buat lawak ke?
"Kalau you nak tahu sebenarnya... Bukan Mike yang selalu balas mesej you,"ujar Dean.
"Kalau bukan Mike, habis tu siapa?"
"It's me,"jawab Dean sambil melirik senyuman senget. Kedua kening dijungkit ke atas.
"You??"Aireen melayangkan penumbuk ke lengan Dean sehingga lelaki itu mengaduh sakit. Nick dan Mike pula ketawa.
"You pun sama kan Mike... you pun nak kena dengan I?" Aireen sudah menggenggam penumbuk untuk dilayangkan ke arah Mike tapi sempat dihalang Dean. Mike sudah menyorok di belakang Nick.
Sejak bila pula Aireen jadi kaki pukul ni? Sudahlah berbadan dua. Tak padan dengan perut buncitnya ada hati nak pukul orang.
"Relaks lah, darling... I buat macam tu sebab I rindu nak berbual dengan you. So I menyamarlah jadi Mike supaya I boleh berbalas mesej dengan you."
"Patutlah I rasa lain macam. I rasa you dah lama kenal I dan I pelik sebab you kenal Zayyan."
"Itu lah... I dah hampir terkantoi hari tu." Dean ketawa lagi. Nick dan Mike juga ikut ketawa. Aireen hanya mampu mengetap bibir menahan geram. Dean memang kaki kencing. Isteri sendiri pun dia sanggup tipu.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024