Sick

6.4K 349 20
                                    

"Heyyo papa... Buat apa tu? Nana nak datang yumah papa boyeh?" soal Alina  di talian.

Dean yang masih terbaring di atas katil menjawab panggilan Alina dengan mata tertutup. Tubuhnya terasa panas sejak malam tadi. Dia demam disebabkan terkena hujan sewaktu pulang kerja semalam.

"Hmm... Nana tak payah lah datang rumah papa hari ni. Papa tak berapa sihat."

"Papa tak cihat? Papa cakit apa?"

"Papa demam sikit. Kalau Nana datang sini nanti Nana terjangkit dengan papa pula."

"Papa makan yah ubat. Momeh celalu cuyuh Nana makan ubat waktu cakit."

Dean tersenyum kecil. Bukan kah Aireen paling tak suka makan ubat? Tapi anaknya sakit dia menyuruh mereka makan ubat pula.

"Ya sayang... Nanti papa makan." Dean agak terharu mendengar nasihat anaknya itu.

Setelah panggilan Dean ditamatkan, Alina datang menghampiri Aireen yang sedang memasak di dapur.

"Momeh, papa cakit. Cian papa," beritahu Alina.

Aireen yang sedang memotong sayuran itu berpaling melihat Alina di belakangnya. "Papa sakit? Sakit apa?"

"Papa demam cebab tu papa tak bagi Nana pergi yumah papa."

Hati Aireen mula dilanda bimbang. Nampaknya dia perlu menjenguk Dean di rumah sebelah. Pasti lelaki itu masih belum bersarapan.

Password rumah Dean ditekan sebelum dia dan dua orang anaknya melangkah masuk. Lelaki itu telah memberikan password rumahnya agar Aireen bebas keluar masuk ke rumahnya bila- bila masa saja.

Setibanya Aireen di bilik Dean, dia melihat Dean masih tidur berbungkuskan selimut.

"Dean...,"panggil Aireen lembut.

Dean mencelikkan mata apabila merasa ada sentuhan di bahunya.

"Aireen? You buat apa kat sini?" Dean melihat Alina dan Alisa turut ada bersama di dalam bilik tidurnya.

"Kenapa you tak bagi tahu I yang you demam?"

"I demam sikit aje."

"I ada bawa you bubur ayam. You tunggu sekejap, I bawa ke sini." Aireen keluar ke dapur untuk masukkan bubur ayam tadi ke dalam mangkuk dan dia sediakan juga ubat demam untuk lelaki itu.

"Papa... Nanti papa dah cihat kita main cama-cama tau,"kata Alisa.

Dean hanya mengangguk dan tersenyum.

"Caca... Nana... Pergi main kat depan. Jangan kacau papa. Papa tak sihat ni. Bagi papa rehat ya sayang..." Aireen yang baru masuk ke dalam bilik, menghampiri katil sambil menatang dulang.

"Otey momeh," jawab mereka serentak dan terus mereka berlalu keluar.

Kini hanya Aireen dan Dean sahaja yang berada di dalam bilik itu. Aireen menghulurkan semangkuk bubur ayam kepada Dean.

"Suapkan I,"pinta Dean manja.

Aireen menjeling sekilas sebelum dia akhirnya menurut saja permintaan Dean.

Dean menelan bubur yang disuap Aireen dengan payah. Tekaknya terasa berpasir ketika menelan makanan itu.

"Dah, cukup. I tak nak makan." Dean menolak.

"You baru makan beberapa sudu. Tak sedap ke bubur yang I masak?"

"Bukan tak sedap. I cuma tak ada selera."

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now