Tragedy

4.5K 241 12
                                    

"Lydia?"

Lydia tersenyum melihat Dean. Dia sudah meneka Dean pasti terkejut dengan kedatangannya.

"Hai, Dean. Lama kita tak jumpa kan?" Penampilan Lydia kini sudah berubah. Gadis itu tidak lagi memakai pakaian seksi dan kini dia sudah bertudung.

"Lydia, betul ke ni you?"

"Betul la. Habis tu siapa lagi?" Lydia tergelak kecil.

Dean seperti tak percaya gadis itu kini sudah berhijab. Apa sudah jadi?

"You tak nak ajak I masuk ke? Memang nak borak kat depan pintu ni aje? Aireen tak ada kat rumah ke?"

"You tahu pasal Aireen?"

"Tahu. Mama you dah cerita pada I yang kau orang berdua dah kahwin semula."

Klak!

Pintu rumah sebelah dibuka dan kelihatan wajah Aireen agak terkejut melihat seorang gadis bertudung sedang berbual dengan Dean di depan pintu.

"Eh, Aireen? You tinggal kat rumah sebelah? You guys tak tinggal satu rumah?" soal Lydia hairan.

Setelah itu, Lydia dipelawa masuk ke dalam rumah Dean dan Aireen turut ada bersama di ruang tamu rumah Dean. Lydia duduk di sofa empuk dan pandangannya tertumpu ke arah gambar perkahwinan Aireen dan Dean yang tergantung di dinding. Gambar perkahwinan pertama mereka. Sewaktu itu Aireen masih berbadan gempal. Dia hampir tak mengecam Aireen tadi kerana Aireen sekarang sudah bertubuh langsing.

"I datang sini sebenarnya nak minta maaf dengan you guys. I dah banyak buat salah selama ini. I nak minta maaf terutama sekali pada you, Aireen. I dah sedar kesilapan I selama ni. I dah banyak menyusahkan orang sekeliling I." Lydia menggigit bibir. Dia rasa menyesal dengan perbuatan lampau kerana telah menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.

"Dulu, I ganggu rumahtangga you. I sangka I akan bahagia bila I dapat bersama dengan Dean. Tapi semakin lama I mula sedar yang Dean dah tak cintakan I. Setiap kali I keluar dating dengan dia, dia selalu teringat kat you. Tak berapa lama lepas tu, Dean minta putus dengan I. Waktu tu I rasa marah sangat. I rasa tercabar sebab Dean lebih pilih you berbanding I," sambung Lydia lagi.

Aireen memandang wajah Dean yang masih senyap sejak tadi. Jika benar apa yang dikatakan oleh Lydia, bermakna selama ini Dean tak berpura-pura mencintainya. Dean memang mencintainya sejak dulu. Jadi, apa yang dikatakan oleh Azriq itu hanya satu pembohongan.

"Bila Dean dah putus dengan I, I cuba untuk move on dan I cari teman lelaki lain sebagai pengganti. Tapi rupa-rupanya lelaki itu scammer. Dah banyak duit I dia kikis selama ni. I mula sedar dia tipu I bila dia kantoi curang belakang I dengan perempuan lain. Masa tu baru I rasa macam mana perasaan you bila dicurangi. Mungkin ni balasan Tuhan untuk I. I harap you maafkanlah I." Lydia menyeka air mata yang menitis di pipinya.

Aireen duduk di sisi Lydia lalu belakang gadis itu diusap lembut. "I dah maafkan you. Don't worry okay..."

"Thank you, Aireen. I bersyukur sekarang you dan Dean dah kembali jadi suami isteri semula. Minggu depan I akan ke Mekah untuk buat umrah. I akan doakan you guys kat sana nanti. Semoga rumahtangga you dan Dean kekal hingga ke akhir hayat." Lydia menggenggam erat tangan Aireen. Kemudian, mereka saling berpelukan menandakan kini mereka telah berdamai. Tiada lagi dendam yang tersimpan di hati.

.

"Aku dah dapat beberapa maklumat tentang lelaki tu. Sebelum ni memang dia banyak kes suap-menyuap ni. Tapi kes dia semua ditutup. Seperti ada orang dalam yang cuba lindungi dia dari kes tu dibawa ke mahkamah."

Dean melihat beberapa dokumen yang menjadi bukti kegiatan Azriq sebelum ini. Dean tersenyum sinis. Dia berpuas hati dengan kerja penyiasat persendirian yang dia upah. Dia sendiri yang akan membongkarkan segala kejahatan Azriq selama ini.

"Good job. Thank you sebab berjaya dapatkan semua bukti ni. Aku nak perkara ni tiada sesiapa pun yang tahu. Dan aku akan pastikan Azriq meringkuk dalam penjara tak lama lagi."

Penyiasat persendirian itu mengangguk faham. Sudah menjadi tugasnya untuk tidak membelot terhadap kliennya.

"Ini upah kau." Dean menyerahkan sehelai cek kepada lelaki itu.

Setelah lelaki itu menerima bayaran, dia meminta diri untuk keluar dari bilik pejabat Dean.

Dean menyimpan bukti-bukti tersebut ke dalam sebuah peti besi yang berada di biliknya. Peti itu hanya boleh dibuka oleh dirinya sahaja.

"Kau tunggu aje lah nasib kau lepas ni. Aku akan pastikan kau tak terlepas kali ni,"ucap Dean perlahan.

Ting!

Dean menerima satu pesanan whatsapp dari Aireen.

Aireen:
Lunch dekat rumah tak hari ni? I ingat nak masak sambal udang.

Bibir Dean terus mengukir senyuman. Betul ke Aireen yang menghantar mesej tersebut? Rasa tak percaya pula.

"Okey. Tunggu I balik!" Dean membalas mesej Aireen.

Dean mengerling jam tangannya. Baru pukul 10 pagi. Lambat pula nak tunggu sehingga pukul 12. Dean duduk semula di kerusi untuk menyambung membuat kerja. Hatinya semakin bahagia sejak hari Lydia berkunjung ke rumahnya. Dia patut berterima kasih dengan Lydia kerana kini Aireen seakan sudah menerimanya semula.

.

Aireen menjeling jam di dinding. Jam sudah menunjukkan hampir pukul satu. Tetapi Dean masih lagi belum pulang ke rumah.

Sambal udang telah tersedia di atas meja. Dia hanya menemani anaknya makan sahaja. Biarpun perutnya sudah berasa lapar, dia tetap setia menunggu Dean pulang.

"Mana papa ni? Lambatnya balik. Cakap tadi nak makan kat rumah." Aireen cuba menghubungi Dean tapi panggilannya tidak dijawab. Aireen mula tak sedap hati.

"Ya Allah, lindungilah suami aku. Selamatkan lah dia dari segala ancaman dan mara bahaya." Aireen berdoa perlahan.

"Momeh, papa tak nak bayik kot. Momeh kan celalu mayah papa,"ujar Alina lalu menyuap nasi ke mulutnya.

"Tapi sekarang mommy tak marah papa lagi. Mommy nak berbaik semula dengan papa. Tapi papa pula yang tak nak berbaik dengan mommy. Kalau betul tak nak balik cakap aje lah." Aireen berpeluk tubuh seakan merajuk dengan Dean. Tapi dalam masa yang sama dia risaukan Dean.

Setelah hampir empat jam, Dean langsung tak menghubungi Aireen. Aireen masih setia menunggu balasan mesej dari Dean. Mesejnya langsung tak dibaca oleh Dean. Apa yang berlaku? Bateri phone habis ke? Tapi kenapa tak balik rumah tengahari tadi?

Tiba-tiba telefon Aireen berbunyi. Aireen terus mengangkat panggilan tersebut tanpa sempat melihat siapa yang menelefon.

"Sayang, you kat mana? Cakap tadi nak balik lunch." Aireen terus menyerang dengan soalan.

"Maaf, saya Inspektor Heliza."

"Inspektor?"

"Ya. Cik kenal Encik Dean Kusyairy?"

"Mestilah kenal. Dia suami saya."

"Maaf, puan. Saya cuma nak beritahu puan bahawa Encik Dean terlibat dalam kemalangan. Keretanya terjunam ke dalam tasik. Sekarang kami sedang usaha untuk mengeluarkan keretanya dari dalam tasik."

Telefon Aireen terlepas dari tangan. Lutut Aireen terasa lemah sehingga mengakibatkan dia jatuh terduduk di atas lantai. Tubir matanya terasa hangat lalu air mata mula mengalir keluar. Hatinya hancur berkecai apabila menerima panggilan tersebut.

Aireen menggeleng perlahan. Tak mungkin Dean akan pergi tinggalkan dia sendiri. Dia belum sempat meminta ampun dari suaminya.

"Ya Allah, jangan lah Kau tarik nyawa suamiku. Bagi aku peluang untuk berjumpa dia. Aku nak minta maaf pada dia. Bagi aku kesempatan, ya Allah." Aireen menangis teresak-esak di atas lantai. Dia masih belum ada kekuatan untuk bangun berdiri.

Rasanya dia perlu menghubungi Zayyan. Dia tak mampu untuk memandu sendiri ke tempat kejadian dalam keadaan dirinya begini.

"Zayyan... tolong I. Tolong bawa I jumpa Dean. Dean accident."

Walaweh...sad ending ke ni?

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now