"Just relax." Aireen terkedu melihat Zayyan yang datang melindungi belakang tubuhnya dengan kot. Mujur ada Zayyan yang datang membantu. Aireen dah tak mampu berfikir apa lagi saat ini.
"Jom bangun dulu masuk bilik persalinan," ajak Zayyan.
"Kalau ada yang tanya, cakap I pergi tandas ya." Aireen sempat berpesan pada Dean sebelum dia bergegas keluar dari dewan bersama Zayyan.
Dean menghela nafas lega. Boleh pula Aireen buat hal di majlis perkahwinan mereka. Seperti mimpi pula dia rasa apabila telah sah menjadi suami kepada Aireen. Dalam ramai-ramai gadis cantik di luar sana, Aireen juga pilihannya.
Sepanjang majlis berlangsung hanya Dean sahaja yang kelihatan di dewan. Ramai yang bertanyakan soal Aireen. Pelik kerana pengantin perempuan tiba-tiba menghilangkan diri.
"Dean, Aireen mana?"soal Tan Sri Megat.
"Something bad happen daddy. Her dress..." Belum sempat Dean menghabiskan bicaranya, matanya menangkap kelibat Aireen yang berjalan masuk ke dewan dengan memakai gaun pengantin yang baru. Semua tetamu kagum melihat gaun pengantin Aireen kali ini. Gaun kembang berwarna putih yang dihiasi batu swarovski yang berkilau indah.
"Eh, kenapa Aireen tukar dress?" Soal Tan Sri Megat pelik.
"Tadi baju Aireen terkoyak daddy." Dean berbisik ke telinga bapa mertuanya. Tak mahu ada yang mendengar.
Aireen datang menghampiri mereka berdua. Wajahnya sudah bertukar ceria semula.
"Macam mana boleh dapat baju ni?"soal Dean.
"Waktu I bagi tahu yang baju I tak muat tu, Zayyan tolong carikan I baju pengantin yang bersaiz besar sikit. So dia dah prepare baju ni in case terjadi apa-apa pada baju I."
"Baguslah kalau macam tu." Dean menghela nafas lega sambil memandang Zayyan yang berdiri tidak jauh dari Aireen. Kagum dengan kecekapan Zayyan menjaga Aireen. Tadi pun ketika dia ingin membantu Aireen, Zayyan terlebih dahulu datang menyelamatkan keadaan.
.
Dean teragak-agak untuk berbaring di sebelah Aireen. Ini malam pertama mereka dan mereka hanya menginap di hotel itu.
Aireen menunggu Dean untuk berbaring di sebelahnya sambil itu dia pintalkan hujung rambutnya. Terasa malu nak pandang Dean yang memakai baju pijama satin berwarna maroon yang sama dengan warna baju tidurnya. Nampak cute!
Dean berbaring ke atas katil lalu dia terus pejamkan mata. Lantas mata Aireen merenung tajam ke arah Dean di sebelah.
'Aik, takkan dah nak tidur?'gumam Aireen dalam hati.
"You..." Aireen mencuit bahu Dean.
"Hm..."
"You... Bangunlah. Takkan dah nak tidur?"
"I penatlah... esok lah kita sembang okey? I nak tidur ni. Good night."
'Ish, tak romantik langsung. Baru ingat nak manja-manja dengan dia tadi.' Aireen menutup suis lampu lalu dia baringkan tubuh di sebelah Dean untuk tidur.
Beberapa minit kemudian, Dean mencelikkan matanya. Dia tak mampu melelapkan mata kerana terdengar bunyi dengkuran Aireen di sisinya.
"Aduh, tidur berdengkur rupanya minah ni. Dah lah berdengkur kuat pula tu..." Dean merungut perlahan.
'Berapa lama aku kena bertahan jadi suami dia? Ini baru hari pertama. Ya Allah... Aku tak sanggup. Ini semua mama punya pasal.' Dean meramas rambut dan dia berbaring semula. Sebiji bantal dia capai untuk terkup telinganya supaya tak mendengar bunyi dengkuran Aireen.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024