"Hi princess..." Dean mengoyak senyuman melihat Aireen di depan pintu pejabatnya.
"Kenapa kunci pintu?"soal Aireen pelik lalu melangkah masuk ke dalam.
"I tak nak ada yang ganggu I buat kerja."
"So, I ni ganggu you ke?" Aireen melabuhkan punggung ke sofa.
"Eh, tak lah... mana ada. Kalau you datang I lagi suka." Dean mengambil tempat di sisi Aireen sambil itu matanya melirik ke arah tempat persembunyian Lydia.
"You dah settle kerja you belum? I ingat nak ajak..." Belum sempat Aireen menghabiskan ayat, matanya terpaku pada bahu Dean.
Ada sehelai rambut melekat di baju lelaki itu. Apa yang pelik rambut itu berwarna karat. Aireen juga ada terhidu bau minyak wangi wanita di dalam bilik itu.
"I ingat nak ajak you pergi lunch." Aireen bangkit dari sofa. Matanya mula meliar di serata pelusuk bilik. Kemudian, Aireen perasan ada jari seseorang di bawah meja kerja Dean.
"Bo-boleh... jom!" Dean terpaksa bersetuju. Dia tak mahu Aireen berlama-lama di situ. Takut pecah tembelangnya.
"Oh, phone dan wallet you kat atas meja tu. Biar I ambilkan." Aireen tersenyum sinis. Dia menghampiri meja kerja Dean. Dean mula rasa gelisah.
Sampai saja Aireen di meja itu, dia sengaja memijak jari manusia yang sedang menyorok di bawah meja tersebut. Dia tahu siapa orangnya. Siapa lagi kalau bukan Lydia Farhana, si penyondol suaminya.
Lydia menahan sakit sambil menerkup mulutnya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Aireen sengaja berdiri lama di situ agar gadis di bawah meja itu lebih menderita.
'Rasakan... tangan kau tu lain kali jangan gatal sentuh laki aku,' gumam Aireen.
"Jom sayang.... Nah wallet dan phone you." Aireen menghampiri Dean dan menghulurkan barang lelaki itu. Lengan Dean disauk sebelum berjalan keluar dari bilik pejabat itu.
.
Aireen yang baru sahaja selesai mandi menghampiri katil sambil mengeringkan rambut dengan tuala kecil. Dean pula sudah berlalu ke bilik air untuk mandi. Gilirannya pula menggunakan bilik air.
Ting!
Ting!
Ting!
Bunyi notifikasi bertubi-tubi masuk, menarik perhatian Aireen. Dia memandang telefon Dean yang bernyala di atas meja sisi katil.
Aireen mencapai iphone suaminya itu lalu dia menekan password untuk dibuka. Dia berjaya tahu password lelaki itu dengan curi-curi lihat sewaktu Dean ingin menggunakan telefon. Sejak dia tahu tentang hubungan Dean dan Lydia, dia telah menjadi stalker berjaya.
Lovely Lydia
-Tengok apa wife you dah buat
-photo *tangan Lydia berbalut
-Dia pijak tangan I, baby...Aireen tergelak. Puas hatinya dapat membalas dendam. Namun, tawanya mati apabila mendengar bunyi pintu bilik air dibuka dari dalam. Terus dia meletakkan kembali iphone Dean ke tempat asal.
Dean keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala di paras pinggang. Pandangan Aireen terus terpaku pada tubuh tegap Dean.
Dean yang perasan dengan mata gatal isterinya, lekas masuk ke ruang wardrobe. Dia terlupa bawa baju salin tadi. Kebiasaannya dia akan keluar bilik air dengan memakai tshirt atau singlet.
Sedang Dean menyarung baju tidur, Aireen datang memeluknya dari belakang.
"Err... Aireen. I nak pakai baju ni." Dean cuba merungkaikan pelukan Aireen tapi tak berjaya kerana Aireen memeluknya begitu erat seperti tak mahu lepas.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomantikPuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024