"Aireen, you tahu tak pagi ni ramai reporter berkerumun depan pintu masuk company kita?" Awal pagi lagi Aireen mendapat panggilan daripada Zayyan.
"What's going on?"
"Sekarang kecoh isu you hamil anak luar nikah."
"Whattt?" Terbeliak mata Aireen.
Ini bermakna ugutan Azriq tempoh hari bukan satu gurauan.
"You okey aje kan kat rumah sana? I rasa mesti rumah you pun ramai reporters."
"I okey. Lagi pun tak ada yang tahu I tinggal sini." Mujur Aireen tinggal bersama mertuanya. Tiada siapa tahu Aireen telah menjadi menantu kepada Dato' Hashim. Kalau tidak pasti nama Brilliant Empire akan terpalit sama.
"You rasa ini kerja siapa? Siapa yang berani buat berita palsu macam ni?" Zayyan mengurut pelipis sebelum dia menghenyak punggung di atas kerusi.
Pagi tadi ketika dia tiba di pejabat, dia diserang pelbagai soalan dari pihak wartawan. Gosip itu telah tersebar luas. Apa yang lebih memburukkan keadaan apabila ada seseorang telah menyebarkan video Aireen dan Dean yang keluar dari sebuah bilik hotel. Video itu telah membuatkan semua orang percaya bahawa anak dalam kandungan Aireen adalah anak luar nikah bersama Dean.
.
Azriq ketawa sinis sambil menatal skrin ipadnya. Dia puas membaca komen netizen yang mengecam Dean dan Aireen. Dia lah individu yang menyebarkan video tersebut. Dia yang merakam video itu ketika mereka di Langkawi.
"Kenapa kau degil sangat, Aireen? Aku cuma minta kau setuju untuk kahwin dengan aku. Sekarang, kau terima lah padahnya. Kau jangan ingat aku tak boleh buat apa-apa. Aku Azriq Isyraf lah! Aku lebih bijak dari kau." Tawa Azriq pecah lagi.
"Apa yang istimewa sangat Dean tu? Aku ingat bila aku dah bunuh dia, aku boleh dapatkan kau. Aireen... Aireen... kesian betul aku dengan kau ni. Hidup kau tak pernah bahagia dengan Dean. Tapi kau masih cintakan lelaki tak guna tu." Azriq mengusap gambar Aireen yang terpapar di skrin.
Krekk...
Azriq tersedar dari lena apabila dia mendengar bunyi pintu biliknya seperti dikuak seseorang. Tapi apabila dia mencelikkan mata dia lihat pintu biliknya tertutup rapat. Azriq kembali menyambung tidurnya semula.
Tiba-tiba comforter yang menutupi tubuhnya diselak kasar. Azriq terkejut dan terus terjaga dari tidurnya. Dia lihat di dalam biliknya tiada sesiapa. Siapa pula yang tarik comforternya tadi?
Azriq lihat jam di sisi katil. Pukul 3 pagi. Azriq kembali mencapai comforter yang berada di hujung katil. Bulu romanya meremang. Takkan ada hantu kut yang kacau dia. Selama tinggal di rumah ini, tak pernah kena ganggu pun.
"Azriq..."
Tiba-tiba Azriq mendengar namanya diseru seseorang.
"Azriq..."
Sekali lagi Azriq mendengar suara seperti orang yang berbisik. Kemudian dia nampak sekujur tubuh sedang berdiri di tepi sudut dinding bilik.
"Rania... kau ke tu?" Azriq sangkakan orang gajinya yang bernama Rania. Tapi untuk apa gadis lurus bendul itu masuk ke biliknya pada pukul tiga pagi.
Biliknya ketika itu hanya diterangi dengan cahaya lampu tidur. Jadi dia tak mampu melihat entiti seseorang di depannya dengan jelas.
Azriq bangun dari katil dan berjalan menghampiri entiti yang sedang berdiri itu.
"Kau pembunuh!"
Serta merta Azriq terkejut apabila dia disergah begitu. Dia lihat sekujur tubuh Dean sedang berdiri di depan mata. Wajah dan pakaian lelaki itu comot dengan darah merah. Rambut lelaki itu pula basah dengan titisan air.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomantikPuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024