Ring

4.2K 246 6
                                    

Dean menyelinap masuk ke dalam rumah Aireen pada pagi itu demi memujuk semula hati isterinya. Setelah itu, dia mengeluarkan sekotak cincin emas dari dalam poket seluarnya. Cincin itu dia akan berikan kepada Aireen dan dia berharap Aireen berlembut hati dengannya setelah menerima hadiah tersebut.

Sepatutnya hadiah itu dia berikan sewaktu makan malam di hotel semalam. Tetapi disebabkan perkara tak diduga berlaku, terpaksalah dia batalkan semuanya.

Dean menuju ke bilik Aireen apabila melihat ruang tamu rumah itu sunyi. Mungkin Aireen masih lagi tidur. Setiba di bilik Aireen, kelihatan Aireen masih lagi terbaring di atas katil. 

Dean menghampiri Aireen. Dia lihat wajah Aireen kelihatan pucat. Dahi Aireen disentuh dengan belakang tangan. Panas. Aireen demam.

Dean pantas mendapatkan sebekas air lalu dia basahkan sehelai tuala kecil. Kemudian, dia letakkan tuala kecil itu ke atas dahi Aireen. Setelah itu, Dean berlalu keluar dari rumah Aireen.

Tak berapa lama kemudian, Aireen tersedar dari lena. Badannya terasa lemah dan panas. Dia perasan ada tuala kecil di atas dahinya.

'Aku demam ke? Siapa pula yang letak sapu tangan ni atas kepala aku?'bisik Aireen dalam hati.

"Dean ke? Dean datang sini?" Aireen mengetap bibir. Dia telah memberi amaran kepada lelaki itu agar tak masuk ke rumahnya lagi. Nampaknya Dean memang tak makan saman.

Klak!

Pintu bilik Aireen dikuak seseorang. Terpacul tubuh Dean di ambang pintu.

"You dah bangun?"soal Dean dengan wajah risau.

Aireen melarikan pandangan ke arah lain. Dia tak mahu bertembung mata dengan Dean. Dia terlalu bencikan Dean sehingga dia tak mampu lagi menatap wajah lelaki itu.

"Ni I ada belikan you air 100 plus dengan bubur nasi. You makan bubur ni dulu. Mesti you lapar kan? Lepas tu you boleh minum air ni. I tahu you tak suka makan ubat. That's why I keluar pergi beli air ni sekejap."

Dean menghidangkan semangkuk bubur bersama sebotol air 100 plus ke atas meja di sisi katil.

Aireen masih senyap tak menjawab.

"You nak I suapkan?" soal Dean lembut.

"I nak you keluar."

"Tapi... you tak si..."

"I said get out!!" Aireen menghalau. Suaranya sedikit kuat berbanding tadi.

"Darling..." Dean tak sangka Aireen sanggup tinggikan suara dengannya.

"You tak faham bahasa ke? I cakap berambus dari rumah I sekarang!!" Aireen membaling bantal ke arah Dean. Dia sudah mula hilang sabar.

"Okey... I keluar. Tapi you jangan lupa makan bubur tu." Dean melangkah keluar dari bilik setelah dihalau Aireen.

Setelah dia keluar, bekas cincin yang berada di dalam poket dikeluarkan lalu digenggam kemas.

"Maybe next time aku boleh bagi pada dia." Dean sedikit kecewa dengan sikap Aireen. Aireen begitu membencinya setelah mengetahui perkara sebenar. Memang salahnya kerana memanggil orang pejabat agama datang ke hotel itu. Jika tidak mereka tak perlu berkahwin pun.

.

"Tok baba, momeh dengan papa dah tak ingat kitowang ke? Momeh dah buang kitowang?"soal Alina sambil mencebik bibir.

Alina dan Alisa mula rindukan Aireen dan Dean. Jarang Aireen meninggalkan mereka dalam waktu yang lama. Paling lama sehari dua.

"Ish, apa pula cakap macam tu. Mana ada mommy buang kamu berdua. Mommy dengan papa pergi buat adik. Caca dan Nana mesti nak adik kan?"

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now