Punat loceng di luar rumah Aireen ditekan. Kali ini Dean bawa hadiah untuk Alisa sebagai ganti kepada cicak Alisa yang mati tempoh hari. Namun yang membuka pintu rumah itu bukanlah Aireen tetapi Zayyan.
"Dean?" Berkerut dahi Zayyan melihat Dean di depan pintu.
Senyuman Dean yang tadi lebar sedikit mengendur. Kecewa.
"Aku cuma nak bagi benda ni. Ni untuk Caca. Hari tu, aku terbunuh cicak dia." Dean menghulurkan sebuah bekas yang terdapat seekor haiwan.
"Binatang apa ni?"soal Zayyan.
"Chameleon."
Zayyan masih menilik haiwan di dalam bekas itu. "Okey, nanti aku bagi pada dia. By the way, thanks."
"You're welcome. Okey lah, kalau macam tu aku masuk rumah aku dulu." Terasa kekok pula dia mahu berbual dengan Zayyan. Sebelum ini pun dia bukannya rapat dengan lelaki itu.
Zayyan hanya mengangguk lalu menutup pintu. Dia berjalan menuju ke ruang tamu sambil membawa haiwan peliharaan tadi.
"Siapa yang datang?" soal Aireen yang sibuk memotong bahan masakan di dapur. Dia yang minta Zayyan bukakan pintu tadi.
"Dean Kusyairy."
Tangan Aireen yang bergerak mula terhenti. "Dia nak apa?"
Zayyan menghampiri Aireen di meja island. Dia merenung wajah Aireen.
"Dia selalu datang rumah you ke?"soal Zayyan curiga.
"Mana ada selalu."
"Maknanya pernah lah."
Aireen terdiam.
"Dia pernah masuk rumah ni sekejap sebab cari Nana. I ingat dia culik Nana. Tapi lepas tu dia yang tolong I cari Nana dalam rumah ni. Itu aje."
"You suka Dean lagi?"
"I benci dia lah. I dah banyak kali beritahu you kan."
"Tapi dia masih suka you."
"You merepek apa ni?" Aireen tergelak kecil. Namun tawanya terasa hambar apabila melihat wajah Zayyan yang masih kelihatan serius.
"Sekarang I dah faham kenapa you tak sudi kahwin dengan I. Sebab you masih cintakan Dean."
"Zayyan please... Jangan cakap pasal benda ni lagi boleh tak?"
"Kenapa you masih nak tipu diri you? I tahu you masih cintakan dia. You sengaja cakap you bencikan dia untuk deny perasaan you."
Aireen tergamam. Apa yang disangkakan Zayyan itu benar belaka. Dia cuba membenci lelaki itu tapi dia tak mampu. Mulut saja cakap benci tapi hatinya masih cinta.
Ketika Zayyan meluahkan isi hati kepadanya pada tiga tahun lepas, dia masih tak mampu terima cinta Zayyan. Zayyan pernah melamarnya tapi dia menolak. Dia sudah menganggap Zayyan hanya sekadar kawan baiknya sahaja. Dia bimbang jika tak mampu mencintai Zayyan sebagai seorang suami kerana hatinya masih mencintai Dean.
"I balik dulu. Tak boleh lama sangat di rumah you. Tak pasal-pasal nanti kena tangkap basah. Buku warna yang I beli tu nanti you bagi pada Nana dan Caca. Oh ya... Lupa nak beritahu. Dean bagi Caca sesuatu. Ada atas meja ruang tamu tu. Nanti you tengok lah apa dia." Zayyan berjalan menuju pintu keluar.
Zayyan hanya datang singgah sebentar sahaja. Dia datang dan pulang tanpa pengetahuan Alisa dan Alina. Malas pula dia nak menapak ke bilik mereka. Mereka sejak tadi berada di dalam bilik dan mungkin sedang bermain.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024