Break up

5.7K 341 19
                                    

Pakaian songket berwarna ungu lembut yang tersarung ditubuhnya dibelek lagi. Tak lama lagi majlis perkahwinannya bersama Dean bakal berlangsung.  Inara melangkah keluar dari fitting room dan berjalan menghampiri Dean yang sedang duduk menunggunya sejak tadi. Lelaki itu mungkin sudah selesai mencuba pakaian pengantin.

"Okey tak I pakai baju ni? Tak ketat sangat kan?" Inara bertanya pendapat tunangnya itu.

Dean mengangguk perlahan.

"You dah try baju you?"soal Inara meminta kepastian.

"Belum." Dean membalas dengan pandangan kosong.

"Kenapa tak try lagi?"

"Inara... I ada perkara nak beritahu you." Dean pandang Inara dengan wajah serius. Inara mula rasa tak sedap hati.

"I nak batalkan majlis kahwin kita."

Jantung Inara bagaikan terhenti. Matanya tak berkelip melihat Dean.

"Seriously?" Tak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

Dean mengangguk yakin.

"Tapi kenapa?"

Dean senyap tak menjawab. Mata Inara mula berkaca.

"Why?? Tell me why, Dean! Lagi sebulan kita nak menikah. Kenapa you nak batalkan?"

"Because I love someone else."

"Who's that woman?"

"My ex-wife..."

Inara tergamam.

"Apa ni Dean? You cakap you dah lupakan dia. Sekarang ni apa? Apa yang you cuba buat ni?" Inara melabuhkan punggung di atas sofa. Wajahnya diterkup dengan kedua telapak tangan. Dia tak mampu mengawal rasa lagi. Dia rasa ingin menangis saja sekarang ini.

"I'm sorry Inara. I tak boleh teruskan pernikahan kita. Tentang kerugian majlis biar I tanggung semua. You don't have to worry."

"Senangnya you cakap. You sedar tak apa you sedang buat? Kita dah nak kahwin. You senang-senang aje nak batalkan."

"I'm sorry. I can't love you, Inara."

Pang! Satu tamparan hinggap ke pipi kiri Dean.

"I hate you!" pekik Inara sebelum dia berlari masuk ke dalam fitting room semula.

Dean mengusap pipinya yang telah ditampar Inara. Sakit juga rasanya. Tapi dia tahu hati Inara pasti lebih sakit berbanding tamparan yang dia terima.

.

Zayyan berlari anak di sekitar Taman Tasik Titiwangsa pada petang itu. Dia gemar berjoging pada waktu petang di situ. Tiba-tiba dia terserempak dengan Inara yang sedang berdiri di tepi tasik. Senyumannya terus mekar.

"Hai,Inara. Tak sangka jumpa you kat sini,"tegur Zayyan dengan nada ceria.

Inara menyeka air mata sebelum menoleh melihat gerangan yang menegur.

"Are you crying?" Zayyan mengintai sedikit wajah gadis itu. Hatinya mula berasa risau.

Inara tersenyum nipis lalu menundukkan wajah. Dia malu lelaki itu melihatnya menangis.

"Anything to share?"soal Zayyan lagi.

Inara senyap seketika sebelum akhirnya dia meluahkan isi hatinya.

"Tunang I, Dean..."Inara melemparkan pandangan ke arah tasik di depan.

"Kenapa dengan Dean?"

"Dia nak batalkan majlis perkahwinan kami."

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now