Terbeliak mata Aireen mendengar kata-kata Azriq.
"Dean yang plan semua ni. Dia yang panggil orang pejabat agama untuk datang tangkap you guys kat hotel. Dia nak kahwin dengan you sebab nak bolot harta you. Dia nak company you, Aireen."
"You jangan nak tipu lah, Azriq. I kenal lah Dean macam mana. Dia takkan tipu I."
"You pasti dia takkan tipu you? You tak ingat apa yang dia dah buat pada you empat tahun lepas? You dah lupa ke, Aireen? You masih nak percaya lelaki macam dia? Dia cuma nak duit you aje. Dalam kepala dia cuma duit...duit dan duit. Dia tak cintakan you pun. Jangan jadi bodoh lah Aireen..."
"Shut up!" Kolam mata Aireen mula bertakung dengan air mata.
"Terpulang lah pada you nak percaya I atau tak. I cuma beritahu perkara sebenar. I tak nak you kena tipu buat kali kedua. I minta maaf sebab I terpaksa masukkan ubat tidur dalam minuman you. Dean ugut I kalau I tak buat macam tu, dia akan buat I meringkuk dalam penjara."
"You nampak sendiri kan apa yang dia buat pada I tadi. Dia marah bila I tak nak bagi duit peruntukan lebih pada company dia. Padahal dia nak duit tu masuk poket dia sendiri."
"Dah...cukup! I tak nak dengar lagi." Aireen menutup kedua telinganya. Dia rasa tertipu. Dia rasa selama ini dia telah diperbodohkan oleh Dean. Kenapa dia masih percayakan lelaki itu lagi? Sedangkan Dean pernah mengkhianatinya.
.
Dean keluar dari kamar mandi. Dia pelik apabila bilik itu sepi tanpa sesiapa. Ke mana pula Aireen menghilang?
"Aireen..." Panggilan Dean tiada sahutan. Bayang Aireen juga tidak kelihatan.
Dean menyarungkan seluar panjang dan tshirt. Kemudian dia menuju ke katil untuk memeriksa telefon bimbitnya. Mungkin Aireen ada menghantar pesan.
Tiba-tiba bunyi pintu dibuka dari luar. Kelihatan sekujur tubuh Aireen sedang berdiri di depan pintu bilik dengan wajahnya yang comot dengan air mata.
"Darling, you pergi mana?" soal Dean dengan nada risau.
"Puas hati you???"
Terkejut Dean apabila mendengar Aireen menjerkahnya.
"Darling... Kenapa ni?" Dean menghampiri Aireen.
"Penipu!!" Aireen menolak kuat tubuh Dean di hadapannya.
"Darling... what happen?" Dean masih terpinga-pinga. Pelik kerana Aireen tiba-tiba seperti orang sedang kerasukan.
"I hate you!!" Aireen memukul dada bidang lelaki itu sekuat hati. Dia melempiaskan rasa marahnya kepada lelaki itu.
Dean menahan rasa sakit apabila dadanya ditumbuk oleh tangan kecil Aireen. Meskipun penumbuk itu kecil tapi pukulan itu terlalu kuat.
"Hey...what's wrong?" Dean menangkap pergelangan Aireen. Kemudian tubuh Aireen dipeluk untuk menenangkan wanita itu.
Aireen meronta-ronta untuk dilepaskan dan akhirnya dia kepenatan. Dia menghamburkan tangisan di dada lelaki itu. Kemudian, kepalanya dielus lembut oleh Dean.
"You tipu I, Dean... you tipu I..." Aireen masih teresak-esak menangis dalam dakapan Dean.
Dean mula risau. Apa maksud Aireen? Dia tipu apa? Adakah tentang perkara itu?
Dean melepaskan pelukan apabila dia merasakan tangisan Aireen semakin reda.
"Apa maksud you? I tipu you apa?"
Pang!
Satu tamparan hinggap ke muka Dean. Sehingga terteleng mukanya ke tepi. Dean terpana dengan tindakan Aireen. Pipinya yang terasa berpijar itu dia usap.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024