Happy family

7K 384 26
                                    

"Aku nak kau cari tahu siapa yang report kejadian di hotel tu?" arah Azriq.

"Baik bos."

"Ni bayaran untuk kau. Lagi banyak info kau dapat, lagi banyak duit aku akan bagi."

"Thank you, bos. Arigato gozaimasu, kamsamida, xie xie..."

"Dah... Tak payah nak over sangat." Azriq menjeling orang suruhannya itu.

"Okey bos. Saya pergi dulu." Orang suruhan Azriq itu tersenyum senang hati sambil mencium sampul yang mengandungi duit.

Usai sahaja urusan dengan anak buahnya, matanya melilau memerhati pelanggan yang berkunjung ke bar  itu. Kebanyakan dari mereka adalah orang kenamaan.

Tiba-tiba matanya menangkap kelibat sepasang pasangan kekasih yang sedang berbual mesra sambil meneguk minuman. Dia cukup kenal dengan kedua orang itu. Lelaki itu adalah Dato' Mustafa iaitu salah seorang kakitangan ayahnya yang mempunyai peranan besar dalam menguruskan peruntukan dana untuk projek pembangunan. Manakala wanita itu pula adalah isteri Dato' Hashim dan ibu kepada Dean Kusyairy.

"Tak sangka ibu kau menyundal dengan lelaki orang, Dean. Kesian bapak kau." Azriq menggeleng kepala sambil tersenyum.

.

Dean menyusup masuk ke dalam rumah Aireen dengan berbekalkan password yang diberi Alina tempoh hari. Ketika itu jam sudah pukul 12.30 malam. Dia yakin Aireen sudah masuk tidur di bilik. Perlahan-lahan dia melangkah untuk menuju ke bilik Aireen. Langkahnya terhenti apabila dia melihat Aireen sedang nyenyak tidur di sofa ruang tamu.

Komputer riba di atas meja sudah pun berada dalam mode sleep sama seperti tuannya. Pasti Aireen tertidur ketika sedang membuat kerja. Dean menghampiri Aireen di sofa. Dia duduk melutut di situ sambil memerhati raut wajah isterinya. Bunyi dengkuran Aireen masih kuat kedengaran. Sama seperti dulu.

Rambut yang menutupi wajah diselak sedikit. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman kecil."Beautiful like always...," bisik Dean perlahan.

Dengan penuh berhati-hati Dean mengangkat tubuh Aireen menuju ke bilik. Aireen masih lagi lena dalam dukungannya. Setelah masuk ke dalam bilik tidur, Dean meletakkan tubuh Aireen di atas katil. Dia turut berbaring di sisi wanita itu. Kemudian, kepala Aireen diangkat agar lengan kekarnya dapat menjadi alas.

"I miss you so damn much."

Dahi Aireen dikucup lembut sebelum dia turut sama melelapkan mata di atas katil itu.

.

Aireen tersedar dari lena lalu memandang sekeliling bilik tidurnya. Bukan kah semalam dia tidur di sofa? Bila masa pula dia bangun menuju ke bilik tidur?

Aireen menggaru kepala. Jam loceng di atas meja direnung seketika. Pukul tujuh suku pagi. Dia perlu bangun membuat sarapan. Sebelum itu, dia perlu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Seusai mandi, Aireen menuju ke ruang tamu. Dia pelik melihat komputer ribanya sudah dimatikan dan segala kertas kerjanya disusun rapi di atas meja. Dia ke yang kemas semalam?

Tanpa berfikir panjang, dia menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk untuk mendapatkan segelas air susu.

Sedang dia meneguk air susu tersebut, tiba-tiba muncul wajah Dean di depan mata.

"Morning, darling." Lelaki itu tersenyum.

Tersembur terus air yang diminumnya. Susu itu tadi telah mencemari wajah tampan Dean.

"You bu-buat apa kat sini??" Aireen menyeka sisa susu di tepi bibirnya.

Dean masih kekal tersenyum meskipun wajahnya telah basah dengan semburan susu ulah dari Aireen.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now